Hoseok dibawa masuk ke dalam sebuah bilik seperti bilik pembedahan.Di dalamnya pula terpadat sebuah katil dan peralatan bedah.Hoseok dibaringkan ke atas katil.Dia langsung tidak melawan malah hanya mengikuti arahan yg diberikan oleh Taehyung dan Yein.
"Siapa yang bawa kau ke sini?"Yein menyoal memulakan bicara.Tugasannya kali ini senang kerana tidak mendapat tentangan daripada Hoseok.Taehyung pula sedang menyediakan peralatan bedah.
"Diri aku sendiri yang bawa aku ke sini.Aku yang pilih untuk terperangkap di dalam permainan ni."balas Hoseok.Yein memberikan satu suntikan pada bahu lelaki itu.Serta merta urat urat pada tubuh Hoseok mula timbul timbul seperti hendak terkeluar dari badan.Dia langsung tidak menggelepar bahkan hanya beriak selamba sahaja.Cecair yang disuntik masuk ke dalam tubuh Hoseok tadi merupakan sejenis racun.Ia boleh menghentikan pergerakan jantung manusia dalam masa dua minit saja.
"Aku bagi masa kau dua minit saje untuk bercakap.Bermula dari sekarang!!!"
Hoseok kelihatan sudah berpeluh.Nafasnya mula tidak teratur.
"Tujuan aku datang ke sini adalah untuk mengintip korang semua.Aku merupakan polis.Aku ditugaskan oleh Encik Kim untuk menangkap Madam.Tak sangka pulak aku yang tertangkap!"Dia berterus terang mengenai identiti sebenarnya.Yein sedikit terkejut dengan kenyataan Hoseok td.
"Kau sorang jer ker.So,kau ni pencerobohlah."Taehyung mencelah dalam bicara mereka.
Segera Hoseok mengangguk lemah.Dia terpaksa menipu untuk menyelamatkan Namjoon daripada menjadi mangsa seterusnya.Detik dua minit hampir tamat.Hoseok sudah mula nyawa nyawa ikan.
"Aku nak ikut mama aku di sana."Sempat lagi dia berkata kata sebelum dia menutup mata.
Tanpa berlengah lagi,Taehyung dan Yein terus menjalankan pembedahan kepada mayat Hoseok.Dada Hoseok dibelah dan jantungnya dikeluarkan.Seutas dawai besi sepanjang 10 meter dimasukkan ke dalam tubuh Hoseok.Dawai itu kemudiannya ditarik keluar menembusi bahagian pergelangan tangan,siku,paha,kaki,perut dan kepala.Satu lubang ditebuk pada atas kepalanya untuk memudahkan dawai keluar.Jasad Hoseok telah siap dijadikan puppet iaitu boneka yg dikawal oleh tali.
"Sekarang...kau dah boleh ikut mama kau.Kau sudah bebas dari permainan ni.Selama lamanya!!!"
* * * *
Namjoon mula gelisah tidak tentu arah.Dia risau.Betul betul risau akan keadaan Hoseok.Rakannya itu telah dibawa keluar oleh Taehyung dan Yein dan sehingga sekarang Hoseok tidak dihantar semula ke bilik tersebut.Namjoon takut sekiranya mereka mengapa-apakan Hoseok.Entah hidup atau mati lelaki itu sekarang dia pun tidak tahu.
Lama dia menanti kemunculan Hoseok di jejari besi.Jung Kook dan Jimin pula cuba untuk menenangkan Namjoon.Tanpa disedari...terjalin satu ikatan persahabatan di antara empat orang jejaka itu.Masing masing dianggap seperti adik beradik.
"Hyung,sabarlah.Diorg takan apa apakan Hoseok.
Percayalah."pujuk Jimin.
"Macam mana hyung nak percaya.Dah 5 jam diorg bawa pergi Hoseok."Suaranya naik seoktaf membuatkan Jimin dan Jung Kook tidak berani untuk bersuara.
Tidak lama kemudian Taehyung dan Yein kembali semula ke bilik tersebut.Lega sedikit Namjoon dibuatnya.Tetapi kelegaan itu tidak bertahan lama apabila dia mendapati Hoseok tiada bersama mereka.Damn itu!
"Mana Hoseok!"soal Namjoon agak sedikit kasar.Taehyung hanya diam.
"Aku tanya mana Hoseok.Kau pekak ker!!!!"Soalan yang diajukan buat kali kedua.Kolar baju Taehyung direnjam.Dia tidak teragak agak untuk mencekik batang tekak lelaki itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
The Devil's Game
Misterio / SuspensoNamjoon,Suga,J-Hope,Jin,Jung Kook,Jimin dan Taehyung....terperangkap dlm satu game online iaitu The Devil's Game. Tiada jalan utk keluar dari game tersebut.Penamatnya adalah kematian.Walau ke lubang cacing pun mereka lari....Madam J iaitu pengasas T...
