Villa itu masih tegak berdiri di depan matanya walaupun ia sudah buruk dimamah usia.Villa itu juga turut sama menggamit kenangan manis dan pahit ketika dia pernah menatap di dalamnya suatu ketika dahulu.Tidak sangka..villa milik keluarga Davidson itu masih lagi utuh berada di kawasan itu.Dia masih ingat lagi...selepas kematian Stella,dia keluar dari villa itu dan pergi meninggalkannya bertahun lama.Dan hari ini dia kembali ke villa itu kembali untuk menuntut haknya yg telah diambil oleh Madam J iaitu anak lelakinya.
Lamunan Tuan Kim terhenti seketika.Dia terus mengatur langkah ke dalam villa tersebut.
"Aku akan balas dendam terhadap apa yg kau lakukan pada aku dulu,J"bisiknya.
* * * *
Madam J melebarkan senyuman sinis di bibir memandang lelaki separuh abad itu.Dia bingkas bangun dari duduk dan menghampiri Tuan Kim.Tuan Kim dipandang dari atas sampai bawah.Langsung tiada perubahan yg berlaku pada lelaki itu.Raut wajahnya tetap sama seperti dulu.Kali pertama mereka bertatap mata.
"Tak sangka,kau ingat lagi villa Davidson ni."kata Madam J membuka tirai bicara.Yein yg berada di sebelah Madam J sekadar menjadi pemerhati.
"Aku takan pernah lupa.Aku juga ahli keluarga Davidson,so villa ni sentiasa berada di ingatan aku."balas Tuan Kim.Madam J sedikit tergelak kecil.Davidson.Sebut saja nama tu...dia pasti geli hati untuk ketawa.
"Setahu aku...hanya dua orang sahaja ahli Keluarga Davidson yg masih hidup.Yang lain dah mati kan!"Kata kata Madam J kali ini membuatkan Tuan Kim naik angin.Dia menarik Madam J dan mencengkam rahang wanita itu kasar.Yein ingin bertindak menyerang Tuan Kim tetapi di halang oleh Madam J.
"Perempuan sundal mcm kau ni sepatutnya dah lama aku bunuh dulu sebelum kau hancurkan keluarga Davidson."Tuan Kim mengugut.Madam J sekadar beriak selamba.Langsung tidak terkesan.
"Dah kau tahu aku ni parasit...kenapa kau tak bunuh aku.Sebaliknya kau jatuh cinta dengan aku pula!"
Rahang Madam J dilepaskan.Berbirat kesan jemari Tuan Kim pada wajahnya.
"Aku jadi bodoh sebab kau asyik goda aku.Kau sanggup jadi perempuan simpanan aku sebab kau nak balas dendam pada Stella kan."
Madam J mengangguk mengiakan kata kata Tuan Kim tadi.
"Memang tu pun rancangan aku.Kalau bukan disebabkan Stella,aku dah warisi seluruh harta Keluarga Davidson dan villa ni juga akan jadi milik aku."
"Jadi..kau yang bunuh Stella!"Tuan Kim menyeol.Kes pembunuhan isterinya,Stella Davidson menjadi misteri.Disebabkan pihak polis tidak mempunyai sebarang bukti mengenai pembunuh isterinya,kes tersebut terpaksa ditutup.
"Memang aku benci Stella,tapi bukan aku yang bunuh dia.Kau takde bukti nak tuduh aku."Dia berterus terang.Memang bukan dia yg membunuh Stella Davidson.
"Habis tu siapa?Aku datang sini bukan nak berbual kosong dengan kau.Aku nak kau pulangkan balik anak aku.Pulangkan Kim Taehyung."tengkin Tuan Kim.Kesabarannya mula menipis.Dia mengeluarkan pistol daripada poket seluarnya dan mengacukan ke arah Madam J.Wanita itu dijadikan tebusan.Yein mula gambra.
"Baik kau pulangkan Kim Taehyung sebelum peluru pistol ni tembus pd kepala kau."ugut Tuan Kim.
"Yein...pergi panggil Taehyung sekarang!!!"arah Madam J.Dia tiada pilihan lain.Bila bila masa sahaja Tuan Kim boleh menembaknya.
ANDA SEDANG MEMBACA
The Devil's Game
Mystery / ThrillerNamjoon,Suga,J-Hope,Jin,Jung Kook,Jimin dan Taehyung....terperangkap dlm satu game online iaitu The Devil's Game. Tiada jalan utk keluar dari game tersebut.Penamatnya adalah kematian.Walau ke lubang cacing pun mereka lari....Madam J iaitu pengasas T...
