Kesemua bilik di tingkat 2 telah digeledah oleh Yein bagi mencari petunjuk.Keadaan dalam villa yang berubah 360 darjah betul betul mengelirukannya.Bahkan, tempat tersebut dirasakan begitu asing baginya.
Pakk!pakk!Bunyi hentakkan tapak kaki yang memijak lantai betul betul mengejutkan Yein kala itu.Dia cepat cepat masuk ke dalam sebuah bilik dan bersembunyi di dalamnya.Dia perlu berhati hati.
Pakk!
Pakk!
Pakk!
Ia semakin dekat.Semakin jelas bunyi menerpa gegendang telinga.Yein menguak sedikit daun pintu bilik.Mengintai disebalik celahannya.Dia melihat beberapa orang pengawal Madam J sedang meninjau keadaan sekeliling.Mereka bukannya pengawal spesies manusia tetapi spesies makhluk aneh.Berkelapa dua.Mata merah menyala dan dahagakan darah.Mungkin mereka telah ditukarkan oleh Madam J.
Mereka mundar mandir di sekitar kawasan tingkat 2.Selepas beberapa minit,mereka berlalu pergi ke tingkat bawah.Yein sedikit lega tika itu.Lantas dia keluar dari bilik tersebut.Dia ingin ke tingkap 3 pula.Takanlah nak bersembunyi di sini saja.Mana tahu dia boleh memperoleh petunjuk.
Keadaan di kawasan tangga untuk naik ke tingkat 3 selamat.Pengawal pengawal Madam J sudah tidak kelihatan.Niat ingin memijakkan kaki pada anak tangga terpaksa dibatalkan disebabkan dia terdengar suatu bunyi lain pula.Leceh!
Tapi kali ini,bunyinya sedikit lain.Bunyinya seperti seseorang sedang meminta tolong.Jelas ia kedengaran datang dari arah bawah tangga.Yein menjadi serba salah.Berbelah bagi sama ada dia harus cepat cepat memanjat anak tangga atau memeriksa kawasan tersebut.
Malas mahu berfikir panjang,Yein membuat keputusan untuk memeriksa bawah tangga.Seakan akan ada sesuatu sedang memanggilnya di sana.Terdapat satu bilik berupa stor di bawah tangga.Pintu biliknya berlumuran dengan darah membuatkan Yein menjadi semakin keliru.Terus sahaja dia menguak pintu itu dan dia melihat Jung Kook berada di dalamnya.Jung Kook tidak boleh bergerak.Tubuhnya diikat dengan tali pada sebuah kerusi.
"Jung Kook!Apa dah terjadi pada kau?"
"Nanti aku cerita.Akhirnya kau datang jugak.Puas aku jerit minta tolong tadi.Cepat lepaskan aku."
Ikatan tali yang membelit tubuh Jung Kook segera dibuka oleh Yein.Jung Kook kelihatan sedikit lemah.Kepalanya berdarah.Cedera teruk.
* * * *
Dia seperti sedang mencari sesuatu.Mundar mandir sana sini tanpa arah tuju.
"Mana kau bersembunyi J.Aku akan cari kau sampai dapat.Aku takan biarkan budak budak mentah tu kunci kuasa The Devil's Master yang ada pada kau.Aku akan dapatkannya terlebih dahulu." Wajah Jung Kook pada bahagian mukannya bertukar kepada satu wajah baru.Wajah yang akan membuatkan Madam J ketukatan.Wajah itu sudah tentu milik.......
"Aku datang J.Aku datang untuk ambil balik apa yang kau dah rampas dari aku.Jangan ingat Lee Loki dah mati.Aku takan mati dan selamanya aku hidup."
* * * *
Jung Kook terjerit kecil bila Yein meletakkan ubat pada luka di kepalanya.Pedih jelas terasa.Berdenyut denyut membuatkan kepalanya menjadi sedikit sakit.
"Perlahanlah sikit!Sakit wei!" rungut Jung Kook.
"Macam budak kecil.Kalah anak aku." sindir Yein.Dingin sahaja.
"Mesti kau rindu anak kau kan.Pada pendapat akulah,kau mesti kalahkan Madam J.Tuntu bela utk anak kau tu..." Kata kata Jung Kook mati.Yein meletakkan jeri telunjuknya pada bibir Jung Kook.Serta merta menghentikan bicara lelaki itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/77344036-288-k577553.jpg)
YOU ARE READING
The Devil's Game
Misteri / ThrillerNamjoon,Suga,J-Hope,Jin,Jung Kook,Jimin dan Taehyung....terperangkap dlm satu game online iaitu The Devil's Game. Tiada jalan utk keluar dari game tersebut.Penamatnya adalah kematian.Walau ke lubang cacing pun mereka lari....Madam J iaitu pengasas T...