Semuanya gelap.Hitam!
Aku menarik nafas.Kemudian menghembuskannya keluar melalui rongga hidung.Aku cuba untuk bergerak.Bangun dari pembaringan.Ternyata tubuh aku akan berasa sangat sakit apabila aku melakukan demikian.Aku hanya mampu gagahkan diri utk duduk bersandar di kepala kaki.Bebola mata mula meliar ke arah sekeliling,menganalisi setiap apa yg aku lihat sekarang.
Sebuah bilik yang kecil.
Dinding berwarna biru langit.
Terdapat satu tingkap di bahagian kanan aku.
Aku terlantar di atas katil.Selimut yang menutupi separuh tubuh aku ditarik.Aku sedikit terkejut bila melihat kaki kanan aku berbalut.Aku meraba raba bahagian atas kepala.Turut sama berbalut.
Aku di mana?
Apa yg sudah jadi pada aku lepas letupan tu?
Prakk!Lamunan aku terhenti.Seseorang menguak daun pintu dan melangkah masuk ke dalam bilik.Dia tersenyum memandang aku.Dia mendekati aku.Dia memeluk aku.Erat sehingga agak sukar utk aku bernafas.
"Tae sedar jugak akhirnya.Syukurlah sebab Tae selamat.Appa betul betul risaukan Tae!" kata lelaki.Aku mula bingun dengan bicaranya.Kenapa dia membahasakan dirinya sebagai appa.Jujur aku cakap,aku betul betul tak kenal dia.Entah dari ceruk mana dia datang dan mengaku sebagai anaknya.
"Appa?"Aku pamer air muka pelik,memandang lelaki itu.
"Nae!Ni appa Tae!Kim Jong Kook!" Jadi nama lelaki itu Kim Jong Kook.Terus terang,aku tak pernah dengar nama tu.
"Kim Jong Kook?Mian saya tak kenal awak!"
Lelaki itu mencengkam tubuh aku.Memerhatikan aku dengan pandangan tajam.
"Takan Tae tak ingat.Ni appa!" Dia cuba menyakinkan aku.Seakan akan memaksa aku mengaku yang dia tu appa aku.
Aku cepat cepat menggeleng.
"Apa yang dah terjadi pada saya sebelum saya sampai ke sini?" soal aku.
"Tae kemalangan.Tae koma utk beberapa bulan.Dan sekarang appa gembira sangat bila Tae dah sedar semula"Dia memeluk aku lagi.Aku mula rimas.Cepat cepat aku menepis tubuhnya menjauhi aku.
"Tae!"Dia terkesiam dengan tindakan aku.Aku kembali bebaring.Terus tarik selimit dan tutupi tubuh aku.
"Saya letih.Saya nak rehat!"kata aku.Lelaki itu keluar dari bilik,meninggalkan aku keseorangan.
* * * *
"Macam mana dengan keadaan anak saya doktor.Dia tak apa apa kan?"Tuan Kim mula resah.
"Memang keadaan dia ok.Tapi,disebabkan kemalangan tu...dia mengalami amnesia.Mungkin ia akan mengambil jangka masa yg lama utk ingat semula memori dia.Tapi Tuan jangan risau,dia akan sembuh seperti sedia kala.Esok,Tuan dah boleh bawa dia keluar." balas Doktor itu.Tuan Kim sekadar diam.
Membisu!
* * * *
Seorang jururawat melangkah masuk ke dalam bilik.Dia membawa troli yg berisi makanan dan ubat ubatan.Bekas makanan diletakkan di atas meja kecil yang berada bersebelahan dengan katil.
Dia membuka balutan pada kaki aku.Luka pada bahagian tersebut dicuci dan disapu ubat.
"Lepas ni,Encik kena makan ubat dan bekal yg saya bawakan ni.Esok Encik dah boleh keluar.Tapi,hari ni Encik kena bermalam di sini dulu." katanya memberi nasihat.Aku memandang wajah jururawat itu.Aku kenal wajah itu.Pandangan aku beralih ke arah bahagian dadanya.Aku bukan nak mengintai,tetapi aku cuma mahu melihat nametag yg dipakai olehnya.Nametag tersebut tertera dengan nama Jeong Ye In.

ANDA SEDANG MEMBACA
The Devil's Game
Mystery / ThrillerNamjoon,Suga,J-Hope,Jin,Jung Kook,Jimin dan Taehyung....terperangkap dlm satu game online iaitu The Devil's Game. Tiada jalan utk keluar dari game tersebut.Penamatnya adalah kematian.Walau ke lubang cacing pun mereka lari....Madam J iaitu pengasas T...