CHAPTER 23-Reflection

425 64 24
                                    

Akibat terlampau ralit sedang memotong sayur....jari kelingking Jin terkena mata pisau menyebabkannnya sedikit luka.Dia terpaksa menghentikan kerjanya terlebih dahulu.Luka tersebut mula mengeluarkan darah.Terasa sakit dan agak pedih.

"Kenapa ni?" Bambam menyoal.Wait!Bambam?Sejak bila Jin kenal Bambam?

"Terkena pisau.Jangan risau.Luka kecil jer!" balas Jin, tdk mahu membuatkan Bambam risau terhadap dirinya.Entah mengapa...sejak dia kenal dengan Bambam,lelaki itu sangat mengambil berat tentangnya.Asyik berkepit sahaja mereka berdua.Di mana ada Jin di situ ada Bambam.

"Okey apanya kalau dah keluar darah macam ni bagai.Bak sini tangan kau tu."Dia menarik tangan.Mulanya Jin menolak.Tetapi bila dipaksa...dia pula terpaksa akur.Bambam memasukkan jari kelingking Jin ke dalam mulutnya.Dia menghisap darah pd jari Jin yg terluka dan meludahnya keluar.Perbuatan itu diulangan diulangi lagi sebanyak tiga kali.Muka Jin terasa membahang.Merah menyala tanda malu dengan tindakan Bambam td.

"Lain kali hati hatilah sikit!Cuailah kau ni." Bambam memberi nasihat.Hidung Jin dicuit manja.Jin tidak berani memandang wajah Bambam.Blushing yang teramat sangat tika itu.

"Okey!"

"Masak sedap sedap tau!"

Jantungnya terasa berdebar debar seperti hendak melonjak keluar dari tubuh.Ni semua salah Bambam.Sejak peristiwa dia terlanggar Bambam tempoh hari yang lalu...entah mengapa dia boleh menjadi rapat dengan lelaki itu.Bila mereka bertentang mata,Jin pasti malu.Bila berada dekat dengan Bambam,Jin berasa sangat bahagia.

Adakah...dia sudah jatuh cinta dengan Bambam?Gila!

*    *    *    *

Pintu dihempas kuat.Sengaja dia berbuat demikian.Madam J sedikit terkejut apabila Yein tiba tiba menerjah masuk ke dalam biliknya.

"What's happen my dear?" Madam J betulkan duduknya dan menghadap Yein.Gadis itu dengan air muka bengis memandang ke arahnya seperti hendak diterkam.

"Kenapa kau kurung Taehyung dan Tuan Kim."terus terang Yein menyoal.Sedikit kasar!Hilang sudah rasa hormatnya terhadap Madam J apabila dia mengetahui bahawa wanita itu telah menangkap Taehyung.

"So,kau datang sini sebab nak mengamuk pasal hal tulah!"

"Aku tanya kau kenapa kau buat dia macam tu?Kau tak reti bahasa ker apa?

"Dia khianati aku.Jadi,tulah balasannya."

Yein bertindak kasar.Habis dia selerakan barang barang yang berada di atas meja Madam J.Marahnya tidak boleh dikawal lagi.

"Kau memang manusia takde hati perut.Taehyung bersusah payah tolong kau capai impian kau...tapi ni yang kau balas pd dia.Binatang!" Dia meludah muka Madam J.Seperti biasa...Madam J hanya beriak selamba.Apabila pengikut hilang kesetiaan...macam nilah jadinya.

"Dah berani kau melawan aku sekarang!Great.Ni mesti kau berjangkit dengan Taehyung.Well...buat apa lagi aku nak bela pengkhianat macam dia.Lebih baik dia mati jer.And now...rasanya kau pun akan ikut jejak dia nanti." Kata kata Madam J betul betul menyakitkan hati Yein.Nak saja dia tumbuk muka Madam J sampai hancur lebur.Setan tu betul betul dah melampau.

"Baik kau lepaskan dia sekarang.Aku tak teragak agak akan gagalkan rancangan kau.Selama ni aku buta.Aku sanggup jd pembunuh sebab kau.Aku kehilangan anak aku sebab kau!" tengkin Yein.Bila difikirkan balik....dia memilih jalan yang salah dengan hidup Madam J.Dia terpedaya dengan janji manis wanita itu.Sedangkan janji itu palsu belaka.Sekadar manis di bibirnya.Satu persatu dia hilang insan insan yang dia sayang.

The Devil's GameWhere stories live. Discover now