CHAPTER 19-Begin

523 74 14
                                        

"Sudah 3 bulan kau berlatih.Aku telah turunkan segala ilmu yang aku ada pada kau.Sekarang,masa untuk kau buktikan pada aku yang kau tidak sia sia ilmu itu!"

Jane seraya mengangguk.Loki tersenyum sinis.Memang tepat sekali pilihannya untuk menjadikan Jane sebagai anak muridnya.Lebih 3 bulan dia mendidik gadis itu.Ternyata,didikannya berhasil.Sisi gelap gadis itu sudah sepenuhnya menguasai dirinya.Pertama kali dia bertemu Jane,seorang gadis yang naif,lemah dan baik hati.Tapi sekarang Jane telah berubah seratus peratus menjadi seorang yang kejam dan tidak berperikemanusian.

"Aku ada satu tugasan untuk kau!"bicara Loki.Punggung dilabuhkan ke atas sofa,mengambil kedudukan bersebelahan dengan Jane yg sedang merokok.Jane menghembuskan asap rokok ke arah Loki membuatkan lelaki itu terbatuk kecil.

"Tugasan apa?"soal Jane dalam keadaan separuh sedar.

"Senang jer tugasan ni.Tapi kita akan dapat upah yang lumayan."Loki sengaja untuk berteka teki.

"Beritahu jelah Tuan Loki.Malam ni jugak saya akan laksanakan tugasan tu!"

"Bunuh orang."

"Siapa???"

"Anak ahli koprat Oh,iaitu Sehun.Aku tahu kau mesti kenal dia!"

Jane tergelak kecil.Dia kenal dengan nama itu.Oh Sehun,teman lelaki musuhnya Suzy.Dia masih ingat lagi lelaki itu pernah memperlekehkannya dahulu.

"Kerja senang jer ni.Kacang!"

"So,tunggu apa lagi.Pergilah bersiap!"arah Loki.Jane bingkas bangun.

"Pakai baju yang telah aku sediakan tu.Senjata pun aku dah sediakan.Pastikan kau berjaya.Jangan sesekalipun gagal!"

"Baik Tuan Loki!"balasnya

Jane terus meluru ke arah biliknya.Selepas selesai bersiap,dia dan Loki menaiki kereta menuju ke arah kediaman Tuan Oh.Sebenarnya,mereka adalah pembunuh upahan yang paling tersohor.Sudah ramai yang mendapatkan perkhidmatan drpd mereka.Hasil kerjanya begitu memuaskan.Sehingga sekarang pihak polis masih gagal menangkap mereka.

*    *    *    *

Dengan langkah teratur,Jane melangkah masuk ke dalam dewan tari keluarga Oh.Gadis itu kelihatan sangat eligen dengan menggayakan gaun labuh hitam.Rambut hitam likatnya pula dibiarkan mengurai di belakang.Dia memekai topeng menutupi separuh wajahnya.Hanya mulutnya sahaja yg kelihatan.Loki tiada bersamanya.Lelaki itu sedang berada di dalam kereta di luar dewan.

Setelah beberapa minit,para tetamu yang hadir mula memenuhi dewan.Malam itu merupakan malam penting bagi keluarga Oh kerana mereka akan mengumumkan tarikh pertunangan anak mereka iaitu Oh Sehun.

Tuan Oh naik ke atas pentas memberi ucapan penghargaan kepada tetamu yang sudi hadir.Selepas itu giliran Sehun pula berucap dan memberirahu tarikh pertunangannya.Semua tetamu memberikan tepukan gemuruh apabila seorang gadis tampil naik ke atas pentas dan memeluk Sehun.Gadis itu adalah Suzy merangkap bakal tunang Sehun.

"Perkenalkan,Bae Suzy bakal tunang saya!"Sehun mencium bibir Suzy di hadapan orang ramai.Naik menyampah Jane melihatnya.Baginya,biarlah Suzy bahagia bersama Sehun buat seketika kerana tidak lama lagi lelaki itu pasti akan pergi meninggalkannya.Dengan erti kata lain,mati!

Keluarga Oh turun dari pentas.Lagu Exodus daripada group EXO dipasang,bergema gema di dlm dewan.Acara dimulakan dengan tarian sebelum para tetamu menjamu selera.

Jane pula bertindak,bergerak ke arah Sehun.Tetapi,melihat Sehun yang sedang asyik menari dengan Suzy,membuatkan dia sedikit sukar untuk menghampiri lelaki itu.

The Devil's GameTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang