Yein menerung skrin telefonnya yang terpamer gambar Eun Woo.
Gambar itu diambil olehnya secara senyap senyap ketika Eun Woo tidur.Bila difikirkan balik,dia memang seorang ibu begitu kejam.Dia membiarkan sahaja Eun Woo diseksa dan dibunuh.Kini,baru dia sedar akan kesalahannya itu.Dia betul betul berdosa pada Eun Woo.
"Omma rindukan kamu!"Air matanya merembes keluar membasahi pipi.Skrin telefonnya dikucup.Lama.Dia betul betul rindukan Eun Woo.Yein menangis di situ.Teresak esak!
* * * *
Disebabkan kehausan,Suga pergi menjelajah ke dapur untuk mendapatkan air.Keadaan di dalam villa sunyi sepi.Mungkin penghuni penghuni yg lain sedang lena tidur,begitu juga dengan Hara.Siap berdengkur lagi.
Ruangan dapur masih cerah.Mungkin tukang masak yang bernama Jin tu lupa untuk matikan lampu.Dia memang baik dengan Jin.Sememangnya,sepanjang dia tinggal di sini...dia dihidangkan dengan pelbagai jenis masakan yg sedap, air tangan Jin.Mungkin dulu lelaki itu pernah bekerja atau menyandang jawatan Chef.
Suga menguak pintu peti sejuk.Sempat lagi dia menjelajah ruangan peti itu.Bahagian frezeer dipenuhi dgn daging.Bahagian tengah pula diletakkan jag air strawberry dan air sejuk.Suga menggapai jag air sejuk.Dia lebih suka air sejuk daripada air manis.Gelas yang berada di atas rak dicapai.Lantas,air sejuk yang berada di dlm jag dituangkan ke dlm gelas.
Diteguknya beberapa kali.Terasa hilang sedikit kehausannya.
"Sob!sob!sob!!!"
Suga sedikit terkejut apabila sayup sayup kedengaran tangisan seseorang.Habis air yang diminumnya tadi tersembur keluar.Mulanya,dia ingatkan itu cuma khayalannya sahaja.Tapi lama kelamaan tangisan itu semakin jelas kedengaran malah ia lebih kuat.Gelas diletakkan di atas meja.Suara tangisan itu datang dari arah bilik stor yang berada bersebelahan dapur.
Dengan langkah perlahan,dia menghampiri stor.Memang betul sangkaannya,bunyi itu datang dari sana.
Setapak demi setapak langkahnya diatur sehingga dia betul betul berada di hadapan stor.Suga mengintai di sebalik
celahan daun pintu stor yg tidak ditutup rapat.Melalui pandangannya,dia melihat seorang wanita sedang memeluk sesuatu sambil menangis.
Kasihan melihat gadis itu,Suga terus mara ke dalam stor tanpa mengetuk pintu dahulu.Wanita itu tidak perasan akan kehadirannya di situ.
"Awak tak apa apa?"soal Suga.Wanita itu menoleh memandang ke arahnya.Pandangan mereka bertemu.Bebola mata masing masing terbuntang luas seperti hendak tersembul keluar dari soket.
"Yein!"
"Suga!"
* * * *
"Lepaskan aku!Kau nak apa lagi hah!"Yein meronta ronta.Suga mencengkam bahunya.Wajah Yein berkerut.Sakit.
"Oppa sayangkan Yein.Oppa nak tebus balik atas apa yang telah oppa buat pada Yein dulu."
Dia cuba utk melepaskan diri,tetapi gagal.Suga telah mengunci pergerakannya.
"Pergi mamposlah kau tu.Kenapa baru sekarang kau datang nak mintak maaf.Bagi aku,kau dah lama mati!"balas Yein kasar.Semakin kuat Suga mencengkam tubuhnya.Wajahnya mempamerkan satu riak yg menunjukkan dia betul betul bersalah.Tapi bagi Yein,walaupun Suga menyesal separuh nyawa atas perbuatam yg dia lakukan dulu pada dirinya....dia takan sesekali pun memaafkan lelaki itu.Min Yoongi telah lama mati dlm hidupnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
The Devil's Game
Gizem / GerilimNamjoon,Suga,J-Hope,Jin,Jung Kook,Jimin dan Taehyung....terperangkap dlm satu game online iaitu The Devil's Game. Tiada jalan utk keluar dari game tersebut.Penamatnya adalah kematian.Walau ke lubang cacing pun mereka lari....Madam J iaitu pengasas T...
