EP 1 : BERPINDAH KE RUMAH BARU

497 33 5
                                    

"Annyeong, Hyuna~", kata Yuju.

"Erm, Annyeong!", kata Hyuna.

"Lama aku tak nampak kau!", kata Yuju.

"Owh, aku demam sikit. Ni dah baik.", kata Hyuna.

"Oh ya Hyuna, kau ada dengar pasal dua orang putera sekolah KIAS (Korean International Academy School) tak?",tanya Yuju.

"Hah? KIAS? Sekolah budak pandai kan? Tapi, aku tak pernah dengar pulak pasal dua orang putera. Entahlah. Wae?", kata Hyuna.

"Ehh, kau patut tahu tau! Diorang popular gila kat sekolah tu! Si hyung dan si dongsaeng! Dengar kata diorang handsome!", cerita Yuju bersemangat.

"Geuraeseo? (그래서? - jadi?)", tanya Hyuna.

"Diorang nak pindah ke sekolah ni!!", kata Yuju.

Hyuna membuat muka tidak berminat.

"Nanti kita skodeng diorang eh??", kata Yuju.

"Hish, tak naklah aku! Mian, tak minat.", tolak Hyuna mentah-mentah.

"Alaaa, jomlah~", pujuk Yuju.

"Hish! Dahlah! Dah bunyi loceng tu! Kena pergi masuk kelas! Aku tak nak masuk kelas lambat pastu kena denda.", kata Hyuna sambil berlari.

"Yah!! Kim Hyuna!! Gachiga!! (가치가!! - tunggu)", jerit Yuju.

******

"Eomma, saya dah balik~", Hyuna memberi salam.

Hyuna pelik melihat barang-barangnya berada di luar biliknya.

"Eomma?", panggil Hyuna.

Hyuna mengintai di dalam bilik. Ternampak eommanya sedang terbongkok-bongkok di bawah katil. Entah apa yang dibuatnya.

"Eomma!'', Hyuna menjerit sedikit.

"Aiyayo!", eommanya melatah.

DANK!! - Bunyi besi katil.

"Adui dui dui.. Kim Hyuna!", jerit eommanya.

Hyuna ketawa terkekeh-kekeh. Hyuna menggosok kepala eommanya.

"Mianhaeyo eomma. Tak sengaja.", kata Hyuna.

"Bagilah salam dulu lain kali! Sakit kepala eomma. Dah benjol!", marah eommanya.

Marah-marah sayang~

"Ne, ne.. Eomma buat apa ni sebenarnye? Habis barang Hyuna berselerak kat luar tu.", tanya Hyuna.

"Ah... eomma tak bagitahu Hyuna lagi ke?", tanya eommanya.

Hyuna menggelengkan kepalanya.

"Aigoo, eomma lupa. Dah tua la katakan. Sebenarnye, mulai hari besok, kita akan berpindah ke rumah majikan eomma.", kata eomma Hyuna.

"Hah? Jinjjaro? Waeyo?", tanya Hyuna.

"Eomma.. Eomma kena pergi ke Thailand. Harabeoji (할아버지 - Atuk) kamu tu sakit teruk. Kan harabeoji tinggal seorang. Siapa nak jaga dia? Eomma la yang kena pergi sana, uruskan segala keperluan dia.", terang eommanya.

"Parah ke?", risau Hyuna.

"Tak adalah parah sangat tapi kesianlah. Harabeoji mungkin kena jalani pembedahan. Hyuna kenal kan Encik dan Puan Kang? Diorang baik sangat dengan kita. Eomma kan kerja dengan diorang. Kalau eomma pergi, siapa yang nak uruskan rumah diorang? Jadi, eomma nak Hyuna gantikan tempat eomma jadi pembantu rumah kat sana.", kata eommanya.

"Hah? Eomma ni biar betik! Hyuna mana tahu nak jadi pembantu rumah? Masak tak reti! Kalau setakat sidai baju, lipat baju atau gosok baju tu reti lah...", kata Hyuna.

"Hish, kamu tu kan dah besar! Sebab tulah Hyuna kena belajar memasak. Nanti dah besar tak adalah susah-susah. Nak bagi suami kamu makan apa? Batu? Kayu?", perli eommanya.

"Eomma kan ada. Eomma masak sedap. Hyuna suh jelah eomma yang masak.", kata Hyuna.

"Ehh, sesedap kamu je! Dah, kamu kemas barang-barang kamu ni. Eomma nak tidur dulu, penat! Banyak betul barang kamu kat bilik ni! Belakang eomma pun rasa nak patah.", rungut eommanya.

"Ne ne...", Hyuna mengalah.

"Boleh ke aku jadi maid ni? Aku ni tak reti memasak. Kerja rumah tu tahulah sikit-sikit. Yelah, anak tunggal eomma la katakan. Tu yang manja sangat. Pengsan lah aku macam ni...", desis hati Hyuna.

Hyuna mula mengemas. Setelah 20 minit, Hyuna mengeluh.

"Huh! Betul la apa eomma cakap! Banyak khazanah dalam bilik aku ni! Penat betul nak kemas... nak tak bak kenalah uruskan semua benda alah ni...", rungut Hyuna.

*****

Keesokan harinya...

Hyuna hari ni tak bersekolah. Semua barang-barangnya dibawa keluar daripada kereta buruk eommanya. Walaupun kereta itu sudah berusia 35 tahun, namun masih boleh bergerak. Dah macam kereta Mr.Bean aku tengok.

Beg yang dibawa Hyuna lebih kurang 4 buah beg semuanya. Besar-besar pulak tu. Padahal tubuh Hyuna kecil je. Sedaya upaya Hyuna membawa beg-begnya itu.

"Uwaah... besarnya apartment ni...", Hyuna terpegun.

Macam tak percaya je yang dia berada di kawasan apartment ini. Apartment EXOTIC ni memang 5 bintang! Hanya orang-orang kaya je tinggal di sini.

"Betul ke aku tinggal kat sini?", tanya Hyuna pada diri sendiri.

Hyuna melihat sekeping kertas yang tertulis alamat rumah majikan eommanya. Eommanya dah naik kapal terbang untuk ke Thailand tadi pagi.

"Betul lah ni. Hurm.. tingkat 17.", Hyuna membaca isi kandungan kertas itu.

Hyuna menekan butang lif. Sambil menunggu sampai ke tingkat tujuh, Hyuna mendengar lagu yang berada di dalam lif itu.

~I’ll be your man
dasin neoreul nochi aneulge
du beon dasin neol geureoke dul sun eopseo
jebal lae ireumeul bulleojwo
neo eopsi sal su eomneun geol
dasi nae pume angyeojwo
deoneun neol honja dul sun eopseo Baby I just pray~

Hyuna ikut menyanyi. Lagu favourite dia tu! Btob!

TINK! - Bunyi lif dah sampai.

Hyuna menarik beg-begnya keluar. Hyuna mencari bilik yang bernombor 12. Pusing punya pusing, 30 minit baru jumpa. Tercungap-cungap Hyuna dibuatnya.

"Ini.. kalau hari-hari camni.. boleh pengsan aku! Penat gila! Huh., huh..", keluh Hyuna.

Hyuna baru nak menekan loceng, namun tiba-tiba pintu terbuka dan tangannya ditarik masuk ke dalam. Hyuna hampir je melatah.

Mercun mengeluarkan kertas yang berwarna-warni. Bunyi wisel membingitkan telinga. Hyuna memandang sekeliling. Ada parti ke? Hias macam ada birthday je.

"Welcome to our house!!!", ucap Encik dan Puan Kang.

"Ah.. ah? Er.. Annyeonghaseyo..", Hyuna tergagap.

"Eh, Janganlah diri kat luar tu je! Meh, masuk dalam!", kata Puan Kang lalu menarik Hyuna masuk ke dalam rumah.

"Eh eh, jamkammanyo! Beg saya!!", jerit Hyuna.

Hyuna disuruh duduk di atas kerusi meja makan. Terbentang sebiji kek coklat yang kelihatan enak. Hyuna tertelan air liur.

"Ini.. untuk saya?", tanya Hyuna malu-malu.

"Ne.", kata Encik Kang sambil tersenyum.

Hyuna dengan pantas memotong kek itu. Terkeluar cecair coklat lava daripada kek itu, kelihatannya sangat menyelerakan. Baru nak merasa sekeping kek coklat itu, tiba-tiba ada orang datang.

"Siapa pulak tu?", Hyuna tertanya-tanya.

~To Be Continue~



2 EKOR SERIGALA NI AKU PUNYA! | ✔Where stories live. Discover now