EP 15 : HASRAT JENNIE

161 25 5
                                    

DING DONG DING DONG - Bunyi loceng rumah bertalu-talu.

"Ne ne ne! Sabarlah!", Hyuna geram.

Hyuna membuka pintu dengan kasar.

"Sekali dua tekan loceng dah lah...", Hyuna terkejut.

"Jen..Jennie?", kata Hyuna.

"Annyeong~", Jennie melambai.

"Eh, Jennie? Lama tak jumpa!", tegur Puan Kang.

"Auntie!", Jennie masuk dalam rumah sambil bahunya melanggar bahu Hyuna.

"Auch..", Hyuna mengaduh perlahan sambil mengusap bahunya.

Jennie memeluk Puan Kang.

"Rindu sangat kat auntie~", kata Jennie.

"Auntie pun. Wae lama sangat Jennie tak datang ke sini?", tanya Puan Kang.

"Auntie kan tau Jennie dah masuk kolej. Sibuk memanjanglah Jennie. Lenguh bahu-bahu ni.", ngadu Jennie.

"Ish, kesiannya Jen auntie ni..", Puan Kang mengurut bshu Jennie.

Hyuna buat muka menyampah.

"Gedik gila!", kata Hyuna dalam hati.

Tiba-tiba Hyuna terasa ada sepasang tangan memeluk pinggangnya. Hyuna terjerit kecil kerana terkejut. Hyuna memandang gerangan siapakah yang memeluknya.

"Jongdae?", kata Hyuna seperti tak percaya.

"Mian aku balik lambat~", Jongdae meletakkan dagunya di atas bahu Hyuna.

Hyuna terkaku. Kyungsoo memandang mereka.

"Eh Jongdae, sejak bila kamu pandai bermanja ni?", tanya Puan Kang pelik.

"Sejak hari ni. Yang kau, buat apa kat sini?", pertanyaan dituju ke Jennie.

"Saja jumpa auntie. Kan dah lama I tak datang sini. Salah ke?", kata Jennie selamba.

"Salah!", marah Jongdae.

"Auntie, tengok Jongdae tu..", kata Jennie sambil memeluk lengan Puan Kang.

"Apa Jongdae ni? Dah setahun Jennie tak datang sini. Biarlah dia datang tengok eomma.", Puan Kang menyebelahi Jennie.

"Huhh..", keluh Jongdae perlahan.

Hyuna boleh rasa nafas Jongdae di telinganya. Darah rasa tidak mengalir. Tangan Jongdae dari tadi tak lepas memeluknya.

"Mulai hari ni, Jennie boleh datang bila-bila masa.", kata Puan Kang.

"Eomma!!", Jongdae geram.

"Ha, dengar tu?", Jennie menjelir lidah ke arah Jongdae.

"Gomawoyo, auntie~", Jennie memeluk Puan Kang.

"Err.. Jongdae.. erm.. boleh lepaskan tak?", kata Hyuna sambil tidak memandang Jongdae.

"Lepas apa?", tanya Jongdae.

"Lurus pulak dia ni...", gumam Hyuna.

Hyuna memusingkan kepalanya.

"Tangan kau.."

CHUP!

Hyuna tercium pipi Jongdae tanpa sengaja. Semua orang terkejut termasuk Hyuna sendiri.

"Ah.. ah.. mianhae!", Hyuna memusingkan kembali wajahnya yang sudah merah. Malu!

Perlahan-lahan Jongdae meleraikan pelukannya. Jongdae menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kyungsoo memandang tajam ke arah Hyuna.

Kyungsoo bangun sambil mencampakkan majalah yang dibacanya tadi sedikit kasar.

"Eh, wae dengan kamu ni?", soal Puan Kang.

"Aniyo. Nak balik bilik.", kata Kyungsoo dingin.

Kyungsoo menjeling Hyuna. Hyuna pelik. Kyungsoo menaiki tangga menuju ke biliknya.

"Ehh, wae dengan Kyungsoo ni? Takkanlah... Jealous?", bisik hati Hyuna.

"Eish, takkanlah.. Tak ada sebab untuk dia jeles.", kata Hyuna.

******

Semenjak daripada hari itu, Jennie asyik datang ke rumah Puan Kang. Sampai naik muak Hyuna, Kyungsoo dan lagi-lagi Jongdae.

"Kau agaknya tak ada kerja datang sini hari-hari?", tanya Jongdae.

"Memanglah tak ada kerja. I kan still belajar lagi kat kolej.", Jennie buat lawak bodoh.

Hyuna berasa tidak selesa. Jongdae asyik melekat dengannya bila Jennie ada. Dari tadi tangannya digenggam oleh Jongdae. Rasa berpeluh pun ada.

"Jongdae.. erm.. aku nak ke toilet..",kata Hyuna.

Jongdae melepaskan tangannya.

"Pergilah.", Jongdae memberi senyuman manis tapi Hyuna tau itu hanya lakonan.

Di toilet..

"Hah.. baru aman sikit..", kata Hyuna selepas membasuh muksnya dengan air sejuk.

Baru Hyuna nak melangkah keluar, kakinya tergelincir.

"Uwaah!", Hyuna menutup mata.

"Gwaenchana?", tanya Kyungsoo.

Hyuna membuka matanya. Terkejut dia berada dalam pelukan Kyungsoo. Pantas Hyuna menolak Kyungsoo.

"Okay.. okay..", kata Hyuna.

Hyuna berasa sedikit awkward dengan Kyungsoo setelah apa yang berlaku di cafe. Kyungsoo perasan perubahan Hyuna. Dia cuba untuk berkelakuan biasa.

"Woi.. kau.. dengan hyung aku.. couple ke?", tanya Kyungsoo.

Hyuna terdiam. Hyuna tak tahu nak bagi jawapan apa. Nak kata tak, tapi Jongdae sendiri  cakap depan Jennie dan lain-lain yang dia dan Jongdae couple. Nak cakap ya, tapi ni cuma lakonan secara tak lansung.

"Err.. aku..", Hyuna berfikir.

"Hyuna!", panggil Jongdae.

"Err.. aku kena pergi.", kata Hyuna sambil membetulkan lengan baju yang tersingkap kerana Kyungsoo tadi.

Kyungsoo hanya memandang Hyuna yang berlalu pergi.

******
Hari berikutnya..

Hyuna membuka pintu dan seperti yang dijangkakan, muka Jennie berada di hadapannya.

"Kalau nak jumpa Puan Kang, hari ni dia pergi Bandung.",bagitahu Hyuna.

"Oh, I bukan datang nak jumpa dia.", kata Jennie.

"Erm? Jongdae ke? Dia balik lambat sebab ada hal kelab.", kata Hyuna.

"Not him too. I want to talk with you. Personal.", kata Jennie.

"Ha? Aku?", Hyuna menunjukkan jarinya ke mukanya.

"Yup.", Jennie tersenyum.

Jennie masuk ke dalam rumah lalu duduk di atas sofa empuk. Hyuna menghidangkan teh strawberry.

"Uppss, I tak minum teh selain green tea tanpa gula.", kata Jennie.

"Banyak cekadak lah kau ni.", Hyuna geram.

Hyuna membawa teh itu ke dapur semula dan membacuh teh yang lain. Hyuna memberi secawan kepada Jennie dan secawan lagi untuk dirinya sendiri.

Hyuna minum teh suam itu.

"I nak you lepaskan Jongdae untuk I.", terus straight to the point Jennie berkata.

Tersembur teh itu ke lantai. Hyuna tersedak. Terbatuk-batuk dibuatnya.

"Mwo?", Hyuna bertanya.

"You dengar I kan? I maksudkannya.", kata Jennie lembut tapi bernada sedikit tegas.

Perasaan Hyuna menjadi bercampur baur. Apa semua ni?

~To Be Continue~

2 EKOR SERIGALA NI AKU PUNYA! | ✔Where stories live. Discover now