EP 19 : HYUNA DEMAM

168 26 2
                                    

넌 이별이 참 쉽다
난 아픈데도
넌 쉽다 날 떠난대도
아무렇지 않으니까
(Just tell me you wanna go)
눈물조차 없으니까
(Drinks up let’s lose control)

Ringtone lagu Easy Love by SF9 berkumandang dari handphone Hyuna. Hyuna mengangkatnya.

"Yeoboseyo?", tanya Hyuna dalam separa sedar.

"Hoi, anak dara pemalas!!", jerit si pemanggil.

Hyuna menjarakkan handphone itu daripada telinganya. Boleh pekak dibuatnya. Hyuna melihat nama si pemanggil.

'EOMMAKU SINGA'

"Kalau aku tau eomma yang telefon, memang aku tak angkat.", gumam Hyuna.

"Mwoya?!!", jerit eommanya.

"Aniyo..", kata Hyuna sambil memicit kepalanya yang agak pening.

"Kamu tu Hyuna, bukan muda lagi. Nanti habis belajar nak kahwin macam mana? Bangun lewat. Masak pun bukan kamu reti. ", bebel eommanya.

"Semalam demam la eomma. Hari ni pun cuti. Bagilah Hyuna rehat.", kata Hyuna.

"Cuti kepala hotak kamu!! Lepas kahwin ingat kamu boleh kata kat suami yang kamu tak nak buat kerja rumah?! Alamatnya takda namja yang nakkan kamu tau!!", marah eommanya.

"Ne.. ne.. eomma telefon ni sebenarnya nak apa?", geram Hyuna.

"Eomma nak tanya pasal markah peperiksaan kamu. Dapat nombor berapa dalam kelas?", tanya eommanya.

"Nombor 1.", balas Hyuna.

"Jinjjaya?", eomma Hyuna bagai terkejut.

"Err.. nombor 1 dari belakang.", kata Hyuna.

"Mwoya?! Bertuah punya anak!!", jerit eommanya.

Hyuna meletakkan handphone nya di sebelah telinga lain pula. Sakit telinganya.

"Kamu ingat kamu boleh sara hidup kamu ke?! Baik kamu kahwin je! Bukan dapat sambung belajar pun! Itu pun kalau ada namja yang kesiankan kamu untuk ambil kamu sebagai isteri!", bebel eommanya lagi.

"Ish, ne arassso! Dah la eomma. Hyuna ada kerja nak buat ni.", dalih Hyuna.

"Hah, bila kita bebel, mesti ada je alasan nak elak! Hyuna!! Hyuna!! Yah, Kim Hyuna!! Siap kamu lepas eomma balik nanti!!", marah eommanya.

Hyuna tekan butang 'silent' handphone nya. Hyuna menarik semula selimut dan ingin tidur. Daripada semalam tidurnya tidak lena. Kepalanya daripada semalam tak hilang.

Hyuna menangis. Memang Hyuna jenis yang bila demam, dia akan menangis. Bak kata orang, anak mengada-mengada, manja. Biasanya, bila dia demam, eommanya akan bustkan bubur dan tidur bersamanya namun eommanya membebel padanya pula.

Tiba-tiba, Hyuna terasa seperti ada satu mahluk naik ke atas katilnya. Perlahan dia membuka matanya semula. Hyuna hampir terjerit kerana terkejut namun mahluk itu sempat menutup mulut Hyuna.

"Kang Jongdae?", kata Hyuna.

Kang Jongdae berbaring di sebelah Hyuna.

"Wae kau masuk bilik aku ni? Naik katil aku pulak tu. Main masuk je bilik anak dara.", geram Hyuna.

"Bilik anak dara? Ingat bilik anak bujang. Macam sarang tikus aku tengok." , perli Jongdae.

"Eii, kau apa kisah? Bilik aku kan!", marah Hyuna.

Mata Jongdae dan Hyuna bertentangan. Jongdae menghampiri Hyuna. Terus Hyuna menutup matanya. Jongdae menyentuh dahi Hyuna dengan dahinya. Hyuna membuka matanya apabila sedar Jongdae tidak menciumnya.

2 EKOR SERIGALA NI AKU PUNYA! | ✔Where stories live. Discover now