EP 11 : PURA-PURA TAK TAHU?

166 26 5
                                    

Hyuna ditarik ke dalam rumah. Kyungsoo memandang Hyuna dari atas ke bawah. Hyuna berasa malu kerana bajunya koyak walaupun tubuhnya ditutup dengan jaket Kyungsoo.

Kyungsoo menolak Hyuna di atas sofa.

"Eh, apa yang dia nak buat ni?!", kata Hyuna dalam hati.

"Duduk diam-diam.", arah Kyungsoo.

Hyuna melihat Kyungsoo pergi ke dapur. Kyungsoo datang semula dengan membawa peti kecemasan.

"Apa yang kau..", kata Hyuna.

"Tangan.", kata Kyungsoo.

"Mwo?", tanya Hyuna.

"Tangan.", kata Kyungsoo untuk kali kedua.

Hyuna menghulurkan tangannya. Kyungsoo melipat lengan baju Hyuna. Terdapat kesan lebam. Mungkin kerana pegangan namja sado tadi.

Kyungsoo menyapukan krim tahan sakit pada kesan lebam itu. Lepas siap, Kyungsoo membalutnya dengan kain pembalut. Hyuna hanya memerhati perlakuan Kyungsoo dari A sampai Z.

Tiba-tiba, Kyungsoo memerhati wajah Hyuna lama. Hyuna berasa serba tak kena. Malu.

Kyungsoo menarik Hyuna mendekatinya. Kyungsoo mendekatkan bibirnya di sebelah telinga Hyuna.

"Masuk bilik kau, tukar baju, tidur.", pesan Kyungsoo.

Hyuna berdiam diri. Jantungnya masih berdebar. Kyungsoo menggosok rambut Hyuna dengan lembut.

"Jangan risau. Lupakan apa yang berlaku tadi. Tidur nyenyak.", kata Kyungsoo.

Jantung Hyuna makin berdegup laju. Hyuna pantas menaiki tangga dan masuk ke dalam biliknya. Hyuna merebahkan dirinya di atas katilnya.

Hyuna memikirkan semula kejadian tadi. Kyungsoo mencium dia... Hyuna menyentuh bibirnya. Muka Hyuna memerah.

"Takkan Kyungsoo suka aku...?", Hyuna bersoal sendiri.

"Ahh, tak mungkinlah!", Hyuna memeluk bantal peluknya dengan erat.

Malam ni memang Hyuna tak boleh tidur!!!!

******

"Hyuna...", panggil Kyungsoo dengan lembut.

Rasa meremang pun ada!

"Mana ciuman selamat pagi untuk saya..?", tanya Kyungsoo sambil membuat muka comel.

"Oh maii gaddd!!", Hyuna terjerit.

Hyuna memandang kiri kanan.

"Ha.. mimpi rupanya..", kata Hyuna.

Hyuna menghembuskan nafasnya.

"Eh.. tapi, kalau mimpi ni jadi kenyataan macam mana?", risau Hyuna.

Hyuna berpusing-pusing sekeliling katilnya.

"Huh, kalau dia minta aku jadi girlfriend dia, aku tak akan terima!", tegas Hyuna pada diri sendiri.

Hyuna terus bangun dan bersiap sedia untuk mandi.

*****

Hyuna mengemaskan tie nya. Kerana sibuk membetulkan tie nya, dia terlanggar Kyungsoo.

"Auu!", Hyuna mengaduh sedikit.

Hyuna terkejut melihat orang yang dilanggar nya adalah Kyungsoo. Hyuna jadi kekok.

"Hish, pagi-pagi dah buat masalah dengan aku! Yeoja leceh!", kata Kyungsoo.

"Hah?", Hyuna bagaikan tak percaya.

Hyuna menarik bahu Kyungsoo.

"Yah, Kang Kyungsoo! Semalam.. semalam..", Hyuna tergagap.

"Wae dengan semalam?", tanya Kyungsoo seperti innocent.

"Semalam kau dah buat perkara yang besar dalam hidup aku!", Hyuna melancarkan ayatnya.

"Huh? Perkara apa?", Kyungsoo buat-buat tak faham.

"Mwo?!", kata Hyuna.

"Takkan namja ni boleh lupa?!", jerit Hyuna dalam hati.

Tiba-tiba, seseorang melanggar Hyuna daripada belakang. Si abang pula muncul, Kang Jongdae!

"Hoo, kau still ada lagi kat rumah ni? Sangat berani!", perli Jongdae dengan matanya dibesarkan.

Hyuna berasa geram dengan perangai dua adik beradik itu. Rasa macam dimainkan.

"Takpe.. Aku akan lawan serigala-serigala ni! Aku akan buat diorang jinak macam kucing! Kang Kyungsoo dan Kang Jongdae.. Tunggulah!", tekad Hyuna.

******

"Hyuna~", panggil Yuju.

"Yah, Kim Hyuna!!", jerit Yuju.

"Ne ne?!", latah Hyuna.

"Yah, kau ni termenung wae?", tanya Yuju sambil memakan sandwich telurnya.

"Ani.. aku sebenarnya...", Hyuna berasa serba salah untuk berkongsi cerita.

Maklumlah, mulut Yuju ni becok sikit. Takut kantoi satu sekolah jadi berita panas. Lebih panas daripada HOT FM!

"Tak ada apalah.", kata Hyuna sambil minum air Jus Orennya.

"Kiss..", kata Yuju.

Tersembur Hyuna jadinya.

"Yah, neo waeirae?! Basah lengan baju aku ni!", marah Yuju.

"Mianhae.. yang kau tiba-tiba sebut kiss apahal?", kata Hyuna.

"Kiss? Mana ada! Aku sebut cheese lah!", kata Yuju.

"Oh. Salah dengar lah.", kata Hyuna.

Hyuna sambung minum air jus oren.

"Hyuna...", panggil seseorang.

"Hurm...? Burkk!", lagi sekali Hyuna tersedak. Tersembur air just oren tepat di wajah orang itu.

"Kang Kyungsoo?", kata Hyuna.

"Hish, basah dah baju aku!", kata Kyungsoo.

"Mianhae, aku tak sengaja. Yang kau pun muncul belakang aku ni kenapa?", Hyuna membela diri.

"Kau kena bertanggungjawab!", kata Kyungsoo.

"Mwo?!", kata Hyuna.

Kyungsoo terus menarik Hyuna.

"Yuju......!!!!!", jerit Hyuna.

Yuju pula hanya mampu menangkat tangannya menandakan 'sorry, aku x boleh tolong' kepada Hyuna.

******

"Ni kan bilik muzik kau. Wae kau bawa aku kat sini? Kau pergi lah toilet ke apa...", kata Hyuna.

Kyungsoo membuka butang bajunya. Hyuna terkejut.

"Yah yah yah, kau buka butang ni kenapa?!", kata Hyuna.

"Buat apa? Sukahatilah.", kata Kyungsoo.

"Woi, stop! Lagi satu butang kau buka, aku jerit!", ugut Hyuna.

"Nak jerit? Kau ingat dekat sini ada orang ke? Kita berdua je tau.", kata Kyungsoo.

Hyuna menelan air liur.

~To Be Continue~

2 EKOR SERIGALA NI AKU PUNYA! | ✔Where stories live. Discover now