EP 13 : JENNIE

165 26 2
                                    

Keesokan pagi harinya...

"Huahhh!!", Hyuna menguap besar.

Hyuna mengelap air matanya yang mengalir daripada tubir matanya. Terpisat-pisat dia untuk bangun. Maklumlah, hari ni cuti.

Hyuna turun daripada katil. Hyuna berjalan turun tangga apabila menghidu bau harum bibimbap yang dimasak oleh Puan Kang. Hyuna menarik kerusi lalu duduk. Tangannya menyedok bibimbap ke dalam pinggan. Baru hendak memulakan suapan, Kyungsoo pula datang duduk disebelahnya.

"Tepi sikit la gemuk!", kata Kyungsoo.

"Macam tempat ni appa kau punya.", kata Hyuna.

"Excuse me, memang ni tempat appa aku punya.", kata Kyungsoo sambil jelir lidah.

"Huh!", Hyuna menghentak kakinya.

Dia membawa pinggannya ke ruang tamu.

"Aman sikit nak makan.", Hyuna menghelakan nafas.

Baru cedok sudu, terdengar panggilan Puan Kang.

"Hyuna...!", panggil Puan Kang.

Hyuna meletakkan kembali sudunya.

"Apa lagilah..", hati Hyuna bersuara.

"Ne?", kata Hyuna.

"Minta tolong boleh tak? Jongdae tertinggal bekal dia.", kata Puan Kang.

"Huh? Jongdae pergi mana?", tanya Hyuna.

Memang Hyuna perasan Jongdae tiada di dalam biliknya.

"Dia ada koko kelab bahasa Inggeris di sekolah.", terang Puan Kang.

"Kyungsoo tu?", tanya Hyuna.

"Aku ada tuition. Aku bukannya suka buat benda tak berfaedah macam kau.", kata Kyungsoo.

"Hish!!", Hyuna berdesis.

"Minta tolong kamu sangat-sangat. Ne?", Puan Kang memegang bahu Hyuna.

"Er.. erm..", Hyuna memandang Puan Kang yang berharap.

"Ne..", Hyuna mengalah.

Hyuna merapikan rambutnya yang sedikit serabut dan memakai jaket labuh untuk membaluti tubuhnya yang memakai baju tidur arnab berwarna pink. Macam kanak-kanak ribena.

Hyuna mengambil bekal yang telah diikat dengan kain lalu melangkah keluar daripada rumah. Separuh perjalanan, Hyuna ternampak Jongdae. Hyuna berjalan laju ke arah Jongdae.

"Kang Jongdae!", panggil Hyuna.

Jongdae berpaling memandang empunya suara. Apabila ternampak Hyuna, dia teru berjalan.

"Yah, Jongdae! Tunggu!!", jerit Hyuna.

Hyuna menarik tangan Jongdae.

"Weyh, ni bekal kau tertinggal lah!", kata Hyuna.

"Huh?", Jongdae memandang bekal yang ditayangkan oleh Hyuna.

Jongdae menarik tangannya semula lalu pergi ke 7Eleven. Hyuna mengikuti langkah Jongdae.

"Kau nak buat apa ni?", tanya Hyuna.

"Aku nak beli bekal.", kata Jongdae.

"Hey, habis bekal ni?", tanya Hyuna.

"Aku tak nak makan bekal yang dah dicemari oleh tangan kau.", kata Jongdae.

"Hoi, cakap baik sikit eh?! Aku dah basuh tangan lah! Kau ni, membazir je bekal ni!!", marah Hyuna sambil menampar tangan Jongdae.

"Auu! Wei!", baru Jongdae hendak marah, datang sekumpulan yeoja menyapa mereka.

"Hey, you Kang Jongdae kan?", tanya yeoja itu.

"Jennie..", perlahan suara Jongdae.

"Siapa ni, Jen?", tanya chingunya.

"Ex namja chingu I", kata Jennie.

Hyuna memandang Jongdae. Wajah Jongdae kelihatan sedikit suram.

"You ni siapa ya?", tanya Jennie kepada Hyuna.

"Er.. erm.. Hyuna. Kim Hyuna.", kata Hyuna.

"Oh, you ni yeoja chingu baru Jongdae ke?", tanya Jennie lagi.

"Er.. aku..", Hyuna baru hendak menjawab, tetapi Jongdae menarik Hyuna rapat ke sisinya dan meletakkan tangannya di atas bahu Hyuna.

"Dia yeoja chingu aku.", kata Jongdae.

"Mwo?!", bisik Hyuna.

"Just shut your mouth!", bisik Jongdae sambil tersenyum fake ke arah mereka.

"Yeoja chingu ya.. Hurm.. Tak sangka taste you dah change ya. You yang I kenal, suka yeoja yang lebih matang and macam model. But, dia ni pendek. Macam budak-budak. 150 cm maybe? Terbantut kot. Hihihih. You ni pelajar sekolah rendah ke? ", kata Jennie sambil ketawa halus.

"Dia panggil aku pendek?! Terbantut?! Eii, geramnya!!", kata Hyuna dalam hati.

Hyuna baru hendak membalas kata-kata Jennie, tetapi Jongdae memeluk erat Hyuna. Hyuna terkaku.

"Sekurang-kurangnya, dia ni lebih baik daripada kau.", kata Jongdae dengan nada yang tegas.

Jennie dan chingu-chingunya berhenti ketawa.

"Mmo.. mwoya?", kata Jennie.

Jongdae mengenggam tangan Hyuna erat lalu melangkah keluar daripada 7Eleven itu.

"Jong...Jongdae?", kata Hyuna.

Keluar sahaja, Jongdae menolak Hyuna ke tepi. Hyuna terduduk.

"Apa yang kau buat ni?!", jerit Hyuna sambil menggosok punggungnya.

Hyuna melihat muka Jongdae yang tidak ceria. Jongdae tidak menjawab pertanyaan Hyuna malah dia terus berjalan pergi.

"Jongdae..", Hyuna menarik tangan Jongdae dengan lembut.

"Apa lagi?!", nada Jongdae sedikit tinggi.

"Kau tadi tak sempat beli makanan dekat 7Eleven tu. So, kau makanlah bekal yang aku bawa ni.", pujuk Hyuna.

Jongdae memandang tajam ke arah Hyuna.

"Erm.. kalau kau memang tak nak, takpe aku faham. Tapi kau tetap kena makan, nanti kau sakit. Aku pergi belikan makanan lain nak?", tanya Hyuna prihatin.

Hyuna hendak bergerak ke sebuah restoran tapi Jongdae menarik tangannnya.

"Tak perlu. Bekal ni okey.", kata Jongdae.

KRUKK KRUKK- Bunyi perut.

"Kau...", kata Jongdae.

Muka Hyuna memerah.

"Malunya!!!!!!", jerit Hyuna dalam hati.

~To Be Continue~

2 EKOR SERIGALA NI AKU PUNYA! | ✔Where stories live. Discover now