EP 5 : PENGACAU

216 30 15
                                    

Kyungsoo menarik tangan Hyuna. Hyuna hampir je tergelincir.

"Apa...", Hyuna terkesima.

Kyungsoo mendekatkan wajahnya dengan wajah Hyuna. Hyuna dapat merasakan deru nafas panas daripada mulut Kyungsoo.

"Apa namja ni nak buat ni?! Nak kiss aku ke?!", kata Hyuna dalam hati.

Hyuna mula berasa sesak. Nafas Kyungsoo menyapa wajahnya. Makin lama, wajah mereka semakin dekat. Dada Hyuna berdebar.

HACCHHUUUUHHHH!! - Bunyi bersin.

"Apa yang...", Hyuna terkejut buat kedua kalinya.

Hyuna menyentuh wajahnya yang sedikit basah kerana Kyungsoo memberinya hadiah bersin class A++ punya.

"Supaya demam aku berjangkit dengan kau.", kata Kyungsoo.

Hyuna geram. Hyuna menyepak kaki Kyungsoo.

"Adoi doi!", Kyungsoo jatuh terduduk di atas sofa sambil memegang kakinya.

"Namja gila!! Ada ke bersin depan muka aku?! Eii, kalau tumbuh jerawat baru, aku tumbuk kau!!", marah Hyuna.

Kyungsoo baring. Tangannya diletakkan di atas dahinya.

"Yeoja pabo macam kau takkan demam. Dahlah tengkuk aku tengah sakit gila.", kata Kyungsoo.

"Kau nak aku tendang mulut kau pulak ke? Sakit tu buat cara sakit! Ni cari pasal je tau!", marah Hyuna lagi.

"Aku nak tidurlah! Jangan kacau!", kata Kyungsoo.

Hyuna melangkah menjauhi Kyungsoo.

"Uhuk! Uhuk!", Kyungsoo terbatuk-batuk.

Hyuna berhenti melangkah. Hyuna memerhati Kyungsoo dari depan pintu.

"Nak tinggalkan dia macam tu... kesianlah pulak. Namja bawah ketiak eomma ni biasanya manja. Manalah dia tau nak jaga diri macam mana...", kata Hyuna.

"Hish, tak kisahlah. Dahlah cari pasal dengan aku tadi!", masih geram rupanya Hyuna.

Tapi, Hyuna tak sampai hati. Rasa serba salah. Dahlah yang buat Kyungsoo demam tu Hyuna sendiri. Simbah orang pakai air sejuk. Dahlah time tu memang tengah hujan. Mana tak demam nya?

"Hesy, memang tak bolehlah!", kata Hyuna.

Hyuna mengangkat lengan bajunya ke atas. Beg sekolahnya diketepikan dahulu.

"Yosh! Mulakan!", kata Hyuna.

*****

3 jam selepas itu..

"Euhm...", Kyungsoo menggeliat sedikit.

Kyungsoo berasa sedikit segar namun masih belum sembuh. Demam macam dah kebah sikit.

Kyungsoo bangun. Tiba-tiba, sehelai kain terjatuh daripada dahinya. Kyungsoo membuka lipatan kain itu lalu melihat nya. Kyungsoo terperasan ada sulaman nama di sisi belah kanan sapu tangan yang berwarna pink itu.

"Kim.. Hyuna... (김현아)", Kyungsoo membaca sebaris nama itu.

Kyungsoo memerhati sekelilingnya. Di atas meja di sebelah sofa ada satu baldi kecil dipenuhi air. Kyungsoo meraba lehernya. Ada koyok (x tau eja (¯―¯٥)).

"Padanlah tak sakit lagi.", kata Kyungsoo.

Kyungsoo bangun dan menaiki tangga. Sesekali Kyungsoo terbatuk-batuk kecil. Tiba-tiba, Kyungsoo berasa dia tertendang sesuatu. Dia menunduk.

"Apa ni? Ubat?", Kyungsoo melihat ada satu kotak ubat panadol dan sebotol air cap kaki lima.

Kyungsoo mencapai sehelai kertas berupa resit. Di belakang nya terdapat tulisan.

"Makan ubat ni. 2 biji je tau! Makan lebih overdose nanti. Ubat ni bukan percuma. Bayar balik! Tambah GST + Bunga!

Yang Memang Benar,
Kim Hyuna"

Kyungsoo tergelak kecil.

"Memang yeoja pelik!", kata Kyungsoo.

******

TING! TONG! TING! TONG! - Bunyi loceng rumah.

"Ne! Ne! Jamkammanyo!! Hish, tak tau sabar lah!", jerit Hyuna daripada dalam rumah.

Hyuna membuka pintu. Terdapat lima orang yeoja beruniform sekolah lama Kyungsoo.

"Nugu... seyo?", tanya Hyuna.

"Hai~ Kami chingu Kyungsoo.", kata salah seorang yeoja.

Hyuna memandang diorang yang macam tergedik-gedik.

"Hari ni Kyungsoo sakit ye? Kami risau gila ni! Sebab tu kami datang bak melawat.", kata lagi seorang yeoja.

Tiga ekor yeoja lagi hanya ketawa kecil + gedik + perasan comel.

"Oh ya? Mianhaeyo, sekarang ni dia tengah tidur.", kata Hyuna.

"Wahhh~ Kitaorang nak tengok wajah dia tengah tidur!!", kata yeoja ketiga.

"Mesti comel kan? Aku nak ambil gambarlah!!", kata yeoja keempat pula.

Yeoja kelima hanya tersengih sambil mengangguk kan kepala tanda setuju dengan idea-idea chingunya.

"Apasal pulak ni?!", Hyuna geram dalam hati.

"So, kitaorang boleh masuk tak?", tanya yeoja pertama.

"Aku rasa... aku tahu kenapa Kyungsoo dan Jongdae yang popular di kalangan yeoja ni benci aku. Alasannya... kerana yeoja-yeoja tergila-gilakan diorang sampai nak kacau privasi orang lain.", Hyuna membuat analisisnya.

Maklumlah, budak sains kan banyak buat analisis.

Hyuna menarik nafas panjang.

"Minta tolong korang baling ya. Nanti menyusahkan je.... Kalau sakit dia makin teruk sebab perangai korang ni.", kata Hyuna.

"Apa maksud kau?", tanya yeoja kedua.

"Kau ni pulak siapa ha? Rasanya Kyungsoo tak ada adik beradik, sepupu sepapat, sedara mara yeoja. Semua namja. Data dah diperiksa!", kata yeoja ketiga.

"Wahhh.. siapa data peribadi keluarga Kang diorang cari tahu!", kata Hyuna dalam hati.

"Betul tu! Wae ada orang asing dalam rumah ni?", tanya yeoja keempat.

"Eh? Jangan tuduh aku sebarangan! Aku.. bukannya orang... luar..", Hyuna baru nak marah tapi tiba-tiba rasa tangannya digenggam.

Hyuna memandang pemilik tangan itu. Kang Kyungsoo?!

"Dia maid aku.", kata Kyungsoo.

"Maid? Ingat aku bibik kau ke? Aku tetamu lah!", jerit Hyuna dalam hati.

"Korang jangan datang ke sini lagi, bising tau tak?", kata Kyungsoo perlahan namun tegas.

Kyungsoo menarik tangan Hyuna supaya mengikutinya masuk ke dalam rumah lalu menutup pintu. Hyuna memandang Kyungsoo. Kyungsoo memandang Hyuna.

DUB! DAB! - jantung Hyuna berdegup laju.

"Gomawo.", kata Kyungsoo lalu melepaskan tangannya.

"Aa.. err.. erm..", kata Hyuna.

Kyungsoo kembali ke biliknya. Hyuna hanya memandang setiap langkah Kyungsoo menaiki tangga hingga ke bilik.

"Macam mana serigala tu boleh tahu cakap gomawo pulak? Hish, bila dia cakap gomawo handsome pulak aku tengok.. eh eh, gatal pulak aku ni!", Hyuna menepuk pipinya dua kali.

~To Be Continue~

2 EKOR SERIGALA NI AKU PUNYA! | ✔Where stories live. Discover now