EP 4 : KYUNGSOO DEMAM

234 30 4
                                    

Hyuna terkejut besar apabila seorang namja main terjah masuk ke dalam bilik mandi. Hyuna menyelamkan tubuhnya ke dalam bathtub yang penuh dengan buih sabun.

"Ho? Kau masih mandi lagi? Apahal lambat sangat?", soal Jongdae.

Hyuna memandang Jongdae daripada hujung rambut sampai ke hujung kaki. Tubuhnya yang berketak-ketak dan hanya membaluti tubuh bawahnya dengan sehelai tuala berwarna biru gelap.

'Gulp!' - Hyuna tertelan air liur.

"Woi! Yeoja! Kau pekak ke?", Jongdae melambaikan tangannya di hadapan Hyuna.

Hyuna tersedar daripada lamunannya.

"Ah, hei! Kau pulak?! Main selamba badak sumbu air je masuk bilik air ni! Pintu ada tak nak ketuk!", marah Hyuna.

"Weyh, kau tak kunci! Mana aku tahu ada orang! Lagipun kau siapa nak suruh aku ketuk dulu sebelum masuk ha? Ni rumah aku! So, ni pun bilik air aku!", kata Jongdae.

Hyuna hanya mendiamkan diri di dalam air. Jongdae bersandar di tepi dinding.

"Heh, badan kau yang kurus keding, tak ada ukuran menarik, buat apa nak salut dengan sabun? Nanti kau makin kecut. Duduk belakang tiang takde siapa nampak.", perli Jongdae.

Hyuna menahan geram. Jongdae mengambil semula bajunya lalu dipakai. Hyuna pantas bangun dari dalam bathtub lalu membalut tubuhnya dengan sehelai tuala berwarna coklat.

"Kang Jong Dae sshi!!!!", jerit Hyuna lalu menarik baju Jongdae.

Jongdae memandang Hyuna.

"Mworago?", tanya Jongdae.

"Dahlah kau mengintip seorang yeoja suci yang sedang mandi! Lepas tu, muncul depan aku dengan bogel separuh badan! Apa kebendanya kau ni?!", jerit Hyuna.

"Eh. Apahal kau ni? Lepaskan akulah!", Jongdae merentap bajunya.

Hyuna terlepas pegangan nya. Hyuna mengambil sebuah baldi yang dipenuhi dengan air sejuk.

"Apa kau nak buat ni?", soal Jongdae.

"Kau sepatutnya... salah! Sewajibnya minta maaf!!!", kata Hyuna.

Hyuna menyimbah air itu kepada Jongdae. Eh... bukan! Hyuna memandang mangsa yang tidak bersalah di hadapannya.

"Oopss... Er... Kyungsoo.. ", Hyuna terkejut.

Kyungsoo memandang pakaiannya basah menitik-nitik di atas lantai. Kyungsoo memandang tajam ke arah Hyuna.

"Kau...", Kyungsoo menggenggam penumbuknya.

Jongdae menjelirkan lidahnya terhadap Hyuna manakala Hyuna menjelingkan matanya.

"Errr.. mianhae. Jinjja tak sengaja.", kata Hyuna.

"Yeoja gangster..", perli Kyungsoo.

"Mwo?!", tanya Hyuna.

"Aniya. Kau baik berambus sebelum aku rendam kau dalam kolam ikan kat luar rumah tu.",suruh Kyungsoo.

"Ne..", Hyuna akur.

Tapi, dalam hati dia mengutuk Jongdae dan Kyungsoo. Hyuna masuk ke dalam bilik lalu mengambil patung kesayangan nya. Hyuna menumbuk patung itu beberapa kali kerana geram.

"Cis dua ekor serigala ni! Dua-dua annoying! Takpe, aku kuat jalani semua ni!", kata Hyuna.

Hyuna menutup lampu tidur dan menarik selimut itu hingga ke paras leher. Hyuna memejamkan matanya.

******

Keesokan harinya..

Hyuna sudah siap-siap memakai seragam sekolahnya. Hyuna membetulkan rebennya yang sedikit senget itu.

"Okay, perfect!", kata Hyuna.

Hyuna menuruni tangga dengan pantas. Dua keping roti disapu dengan jam keluaran Jimin's Got The Jam Food Industry kegemarannya. Sedang enak menjamu selera, Hyuna ternampak seseorang yang sedang terbaring di atas sofa.

"Jongdae ke? Tapi, dia selalu pergi sekolah awal kan? Siapa pulak ni?", Hyuna mendekati tubuh orang itu.

"Eh? Kyungsoo? Tidur lagi ke budak ni?", Hyuna menggoncangkan tubuh Kyungsoo.

"Hei, ireona!!", jerit Hyuna.

"Eh.. jamkamman.. Wae panas tangan dia ni?", Hyuna memegang dahinya pula.

"Eh. Demam ni. Mana alat pengukur suhu tubuh badan?", Hyuna membuka peti kecemasan. Disuakan alat itu ke dalam mulut Kyungsoo.

"Ohok ohok!", Kyungsoo terbatuk.

Kyungsoo mengeluarkan alat itu.

"Woi, kau ni nak kasi aku tercekik ke apa? Main masukkan je benda alah ni dalam mulut aku. Sekali tertelan?", marah Kyungsoo.

"Ceyh, cepatlah! Aku nak ukur suhu tubuh badan kau dulu!", arah Hyuna.

Kyungsoo memasukkan alat itu ke dalam mulutnya semula. Setelah beberapa saat, kedengaran bunyi.

Tit tit tit - bunyi thermometer.

Hyuna melihat hasilnya.

"Pergh! 38 darjah!? Tinggi gila!", kata Hyuna.

Kyungsoo terbatuk lagi.

"Uhuhu, cian dia.. Tiba-tiba je demam.Takde siapa boleh jaga dia ya..", ejek Hyuna.

Kyungsoo menjeling Hyuna.

"Pergi makan ubat. Pastu terus rehat. ", kata Hyuna.

Tiba-tiba, Hyuna teringat sesuatu.

"Oopps! Ubatnya habis hari tu kan? Habislah kau..", Hyuna memerli Kyungsoo.

"Bisinglah kau! Kalau dah menumpang tu buat la cara menumpang!", kata Kyungsoo.

"Tapi kan? Camne kau boleh demam?", tanya Hyuna.

"Kau ni memang pelupa eh? Siapa yang simbah aku dengan air sejuk semalam!", kata Kyungsoo.

"Oh.. betul tu.. haha.. Jangan sampai aku terjangkit! Jauh banyak-banyak! Syuh syuh!", kata Hyuna sambil menepuk bahu Kyungsoo perlahan.

Kyungsoo menarik tangan Hyuna. Kerana tarikannya kuat, Hyuna terdorong betul-betul di hadapan Kyungsoo. Hampir je terpeluk. Hyuna terkejut.

Wajah Hyuna betul-betul dekat dengan wajah Kyungsoo. Kyungsoo mendekatkan wajahnya lagi.

"Takkan mamat serigala ni nak kiss aku!!??", jerit Hyuna dalam hati.

~To Be Continue~

2 EKOR SERIGALA NI AKU PUNYA! | ✔Where stories live. Discover now