EP 24 : PERPISAHAN

163 23 0
                                    

Hyuna mengesat air matanya. Hidungnya yang meleleh dihembus ke tisu. Matanya sudah memerah. Cikgu Luhan memberi secawan hot chocolate kepada Hyuna.

"Kamsahabnida...", kata Hyuna.

"Gwaenchana?", tanya Cikgu Luhan.

"Saya tak mau nangis lagi tapi.... Uuhh.. uwahhh!!!", Hyuna start nangis lagi.

"Saya takkan suruh awak berhenti menangis kalau itu yang buat awak puas.", kata Cikgu Luhan.

"Uuh wahh!!", lagi kuat Hyuna menangis.

Hyuna memegang erat baju Cikgu Luhan. Cikgu Luhan memeluk Hyuna. Dibiarkan Hyuna nangis sehingga puas.

Seketika kemudian, Hyuna berhenti menangis. Cikgu Luhan memberi Hyuna lagi tisu.

"Err... josonghaeyo. Baju cikgu.. err basah..", Hyuna serba salah.

"Gwaenchana.", Cikgu Luhan tersenyum.

Hyuna menghirup sedikit air hot chocolatenya yang sudah suam.

"Dah okay sekarang?", tanya Cikgu Luhan.

Hyuna mengangguk. Cikgu Luhan hanya menunggu Hyuna memulakan bicara.

"Saya.. memang rancang nak reject diorang berdua..", Hyuna mula meluahkan segalanya.

"Tapi.. saya.. dah keluarkan ayat yang teruk.. yang melukakan hati diorang.. saya kata Jongdae seorang loser.. walaupun sebenarnya dia bukan.. Dia seorang yang hampir sempurna walaupun.. dia seorang yang pemalu.. Kyungsoo pulak.. saya buat dia terluka.. saya masih jelas ingat wajah dia yang sangat kecewa...", terang Hyuna.

"Tapi saya... saya tak mahu diorang berhenti mengejar cita-cita diorang hanya demi.. saya.. seorang yeoja yang tak ada apa-apa.. saya hanya.. membuatkan masa depan diorang gelap.. Saya.. tak sengaja.. tercakap benda yang teruk..", air mata Hyuna mengalir lagi.

"Awak dah dewasa dan matang, Kim Hyuna sshi.", kata Cikgu Luhan.

"Huh?", kata Hyuna.

"Dulu, masa awak first masuk sekolah, saya nampak awak seorang yang manja dan kebudak-budakan. Sekarang awak dah berubah. Tapi, satu je yang awak tak berubah.", kata Cikgu Luhan.

"Apa?", tanya Hyuna.

"Gembeng!", Cikgu Luhan tersengih.

Hyuna memukul ringan bahu Cikgu Luhan.

"Apa yang awak buat ni..saya tak tahu ia baik untuk kesemua pihak atau tidak. Tapi.. bagi saya.. Awak buat je apa yang awak rasa betul sekarang ni. Apa yang awak dah buat ni, takleh berpatah balik.", kata Cikgu Luhan.

Hyuna tertunduk.

******

Hyuna tergopoh-gapah membutangkan baju uniform sekolahnya sambil kakinya menutup pintu. Sedang kelam kabut membutangkan bajunya, Hyuna terserempak dengan Kyungsoo. Hyuna dan Kyungsoo sama-sama terkejut. Kedua-duanya diam kaku.

"Butang kau..", kata Kyungsoo.

"Huh?", tanya Hyuna.

"Salah.", kata Kyungsoo.

Hyuna terus memandang bajunya. Salah butang! Bajunya serabut! Malu sekejap. Hyuna terus membetulkan butangnya.

"Err.. gomawo..", kata Hyuna.

Kyungsoo tidak membalas apa-apa. Kyungsoo terus menuruni tangga. Hyuna jalan di belakang.

"Eh, Hyuna! Sinilah makan sama-sama!", ajak Puan Kang sambil menggoreng telur dan bacon.

Hyuna ternampak Jongdae yang sedang duduk di kerusi meja makan. Jongdae ternampak Hyuna. Jongdae memusingkan kepalanya. Beg dipakai.

"Eomma, Jongdae pergi dulu.", kata Jongdae.

"Eh, breakfast camne?", tanya Puan Kang.

"Gwaenchana.", kata Jongdae.

Jongdae menjeling Hyuna sebelum keluar. Kyungsoo mengambil begnya dan berlalu pergi juga.

"Wae dengan diorang tu?", tanya Encik Kang.

"Entahlah. Hyuna tau apa-apa tak?", tanya Puan Kang pula.

Hyuna menelan air liur kelatnya.

"Mollayo..", Hyuna tersenyum tawar.

******

Sejak dari itu, hubungan Kyungsoo, Jongdae dan Hyuna semakin renggang. Usahkan nak bertegur sapa, tengok muka pun dah susah. Jongdae selalu kunci duduk dalam bilik. Yang Kyungsoo asyik keluar entah pergi mana. Dah rasa seperti orang asing. Cakap pun benda penting je.

******

"Saya terima tawaran tu.", ucap Jongdae dan Kyungsoo serentak.

Cikgu Luhan tersenyum.

"Dua-dua terima tawaran tu? Baguslah kalau macam tu.", kata Cikgu Luhan.

Jongdae dan Kyungsoo memandang sesama sendiri.

"Wae hyung terima tawaran tu?", tanya Kyungsoo.

"Itu yang aku nak tanya kau. Wae kau pun terima tawaran tu?", tanya Jongdae.

"Sebab aku ingatkan Hyuna pilih hyung.", kata Kyungsoo.

"Aku ingatkan kau yang Hyuna pilih!", kata Jongdae.

"Korang nak tau perkara sebenar ke?", kata Cikgu Luhan.

Mereka memandang Cikgu Luhan.

******

"Apa? Sebab tu ke?", kata Jongdae.

"Kitaorang tak kisah pun kalau tak dapat tawaran tu. Saya nak tolak balik.",kata Kyungsoo.

"Andwae!", kata Cikgu Luhan.

"Waeyo?", tanya Jongdae.

"Kamu tau tak semua ni bukan mudah untuk Hyuna. Hyuna pun sedih bila dia terpaksa buat macam ni. Tapi, cuba korang fikir. Hyuna bukan lagi sedih ke bila korang tolak tawaran tu lagi?", terang Cikgu Luhan.

Jongdae dan Kyungsoo terdiam.

******

"Lusa hari last Jongdae dan Kyungsoo kat sini.. Diorang akan bertolak ke UK dan Jepun.. Tinggal lah aku hidup seorang balik.", Hyuna melihat kalender bercorak Despicable Me nya.

Hyuna baring di atas katil.

"Ah~ Aman lah hidup aku nanti! Tak ada dua ekor serigala yang annoying tu!", kata Hyuna.

Hyuna memandang siling.

"Tapi.. wae aku rasa kosong? Aku... nak dengar lagi Kyungsoo main gitar.. dan aku.. nak tengok lagi Jongdae bermanja dengan kucing-kucing liar..", kata Hyuna.

Hyuna meletakkan tangannya di mukanya.

"Wajah nakal Kyungsoo.. wajah malu-malu Jongdae..", kata Hyuna.

"Tapi.. yang paling aku rindukan ialah... sentuhan hangat diorang..", gumam Hyuna.

Lagu Easy Love by SF9 berkumandang. Hyuna mengangkatnya.

"Yobeoseyo?", Hyuna memulakan bicara.

Mata Hyuna terbuka luas.

"Eomma?", kata Hyuna.

Hyuna mendengar setiap butir bicara eommanya.

"Mwo...? Apa yang eomma cakap..?", Hyuna terkejut.

"Eomma cakap yang semua masalah dan urusan eomma kat kampung ni dah selesai. So, eomma dah boleh balik. Kamu pun dah boleh balik semula kat eomma. Mesti kamu suka kan dapat balik?", kata eomma.

"Ar.. erm.. bila?", tanya Hyuna.

"Besok kita pindah semula. Secepat mungkin.", suara eommannya kedengaran happy.

"Erm.. ne..", balas Hyuna.

"Tak sabar eomma nak sambut anak eomma ni. Hari tu exam ulangan dapat keputusan bagus kan? Eomma akan buat party untuk kamu. Bye!", eomma meletakkan handphone.

Air mata Hyuna mengalir. Makin lama makin deras.

"Ini.. memang akan jadi perpisahan antara kita bertiga...", kata Hyuna.

~To Be Continue~

2 EKOR SERIGALA NI AKU PUNYA! | ✔Where stories live. Discover now