3). MANUSIA CIPTAAN ALLAH YANG TERBAIK

74 6 0
                                    

(kejadian 1:26-2:7)
ayat kunci: 1:26, 27; 2:7

manusia ciptaan Allah yang di ciptakan menurut rupa Allah, juga di berikan hidup oleh Allah (kejadian 1:26, 27; 2:7). manusia di letakkan di atas segala ciptaan lain dan di berkati oleh Allah (kejadian 1:26, 28). Allah baru berasa puas setelah manusia di ciptakan (kejadian 1:31). dia berhenti daripada kerja penciptaanNya dan menjadikan hari ke tujuh sebagai hari istirehat (kejadian 2:1-3)

dalam bahagian ini, kita sedar akan maksud, tujuan dan nilai kewujudan kita. kita di ciptakan agar dapat mengenal kasih, tujuan dan harapan Allah terhadap kita

* untuk di renungkan:
sudahkah kita sedar bahawa hidup kita bukan milik kita dan bukan untuk kita melainkan milik Tuhan dan untuk Tuhan?

* untuk di bincangkan bersama:
sebagai ciptaan Allah yang mulia, masihkah kita membeza bezakan antara orang yang kaya dengan yang miskin yang berkedudukan dengan tidak berkedudukan? apakah yang sudah kita perbuat untuk Allah

* doa
mintalah pada Tuhan supaya dapat hidup selaras dengan kehendak-Nya

SANTAPAN ROHANIWhere stories live. Discover now