30). UMAT YANG BERAKAL BUDI

8 1 0
                                    


========================
🎯 *UMAT YANG BERAKAL BUDI*
========================
✝     *Amsal 14:35*
*Raja berkenan kepada _hamba yang berakal budi,_ tetapi kemarahannya menimpa orang yang membuat malu.*

✍ Hamba yg berakal budi adalah orang yg  berhikmat dan penuh pengertian. Orang seperti ini sangat dihargai dan perkhidmatannya diperlukan oleh semua pihak bahkan KFT👆 berkata raja berkenan kepadanya. Sebaliknya, kemarahan menimpa orang yg membuat malu.
✍ Sudah tentu orang yg berakal budi dapat melakukan tugas dan t'ggungjawabnya dgn baik. Tapi orang yg melakukan sesuatu hanya kerana emosi akan membawa kehancuran. Tanda orang yg berakal budi ialah punya pengetahuan, daya fikir yg tinggi, cara perlaksanaan yg teratur dan mempunyai karekter yg menyenangkan. Dia bukan sahaja bijaksana tapi memiliki gaya hidup, pertuturan dan cara tindak yg excellent.
✍ Dari mana seseorang dapat memiliki akal budi yg menyenangkan raja?? Sudah pastinya daripada hikmat Tuhan. Setinggi mana pun pelajaran dan kemahiran serta pengalaman kita, tanpa hikmat syurgawi, semuanya sampah kata Rasul Paulus.
✍ Jangan bergantung pada kepandaian sendiri dan bertindak sebelum berfikir. Itu memalukan. Selidiki KFT dan bergaul rapat dgn Allah kerana Dialah sumber segala hikmat. Amen 🙏🙏🙏
🛐 *AKAL BUDI DARI TUHAN MEMBUAT KITA BIJAKSANA*

SANTAPAN ROHANIWhere stories live. Discover now