"nyanyikan lagu baru bagi Tuhan". demikianlah ajakan pengarang Mazmur dalam pembacaan hari ini. ini kerana dia berasa firman Tuhan itu benar dan apa pun yang di firmankanNya pasti akan di genapi. kasih setia Tuhan juga nyata, adil dalam setiap keputusan dan dalam hukum yang di tetapkan. selain daripada itu, firman Tuhan mempunyai kuasa yang besar. dalam kitab kejadian bab pertama kita pun sudah menyaksikan bahawa alam semesta di ciptakan dengan firman Nya saja (ayat 4, 5, 6, 9)
namun demikian, siapakah yang layak bernyanyi bagi Tuhan? orang yang benar di hadirat Tuhan, iaitu orang yang sudah percaya kepada Tuhan Yesus, yang dosanya di ampuni oleh Allah dan tingkah lakunya berkenan di hadapan Tuhan (ayat 1)
* untuk di renungkan
marilah kita menghitung berkat, kasih setia dan keadilan yang telah Tuhan nyatakan dalam hidup kita* untuk di bincangkan bersama
adakah kita selalu ingat untuk bersyukur dan memuji nama Tuhan dalam hidup kita sehari hari?* doa
nyatakan syukur atas berkat berkat Tuhan dan mohonlah kepadaNya agar kita layak untuk bernyanyi memuji Tuhan.
YOU ARE READING
SANTAPAN ROHANI
SpiritualBertumbuh dalam firman Tuhan - (Kristian) (Mazmur 119:105) Firman-Mu itu pelita bagi kakiku dan terang bagi jalanku.