(kejadian 2:8-25)
ayat kunci: 18, 24perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang wanita di mulai oleh Allah sendiri. perkahwinan yang pertama itu berlangsung setelah mereka memenuhi syarat syarat perkahwinan iaitu mempunyai tempat tinggal (ayat 8), mempunyai pekerjaan (ayat 15), sudah dewasa, tahu bertanggungjawab dan dapat melaksanakan tugas dengan baik (ayat 16, 17, 19, 20)
adam dan hawa ialah pasangan yang pertama di ciptakan oleh Tuhan. mereka pasangan yang sepadan. kedua duanya di ciptakan oleh Allah agar dapat hidup saling melengkapi, saling mengasihi dan saling tolong menolong
* untuk di renungkan
Allah mengadakan perkahwinan yang pertama untuk pasangan yang sepadan. adakah kita juga telah meminta petunjuk dari Tuhan dalam hal perkahwinan kita?* untuk di bincangkan bersama
perkahwinan di mulai oleh Allah sendiri. ini bererti perkahwinan itu suci adanya. adakah kita menghormati kesucian dalam perkahwinan?* doa
bersyukurlah atas sistem perkahwinan yang Allah telah tetapkan dan mintalah agar Tuhan memberkati rumahtangga kita.

YOU ARE READING
SANTAPAN ROHANI
SpiritualBertumbuh dalam firman Tuhan - (Kristian) (Mazmur 119:105) Firman-Mu itu pelita bagi kakiku dan terang bagi jalanku.