33. ATASI PENGHALANG DAN TERUS MAJU

2 1 0
                                    


========================
🎯 *ATASI PENGHALANG DAN TERUS MAJU*
========================
✝ *Nehemia 4:6*
*Tetapi _kami terus membangun_ tembok sampai setengah tinggi dan sampai ujung-ujungnya bertemu, karena seluruh bangsa _bekerja dengan segenap hati._*

✍ Semasa berusaha membangunkan tembok Jerusalem, Nehemia berhadapan tentangan dari Tobia dan Sanbalat yg cuba sedaya upaya untuk menggagalkan rancangan pembinaan tembok tersebut. Nehemia Tetap berjuang dan meneruskan tanggungjawabnya sampai pembinaan selesai.
✍ Tentangan  seperti ini juga sering kita hadapi baik di sekolah , tempat kerja mahupun dalam pelayanan. Sedang kita berusaha membangunkan sesuatu yg baik, pasti ada 'Tobia dan Sanbalat' yg menentang dan memberi pandangan negatif. Jika kita memberi fokus kepada reaksi mereka, fokus kita akan tersasar dan kerja kita terbantut.
✍ Jika kita sedang membangunkan sesuatu sesuatu yg baik, ( sikap, cara hidup, kerohanian, pekerjaan, persekolahan) jangan memberi peluang kepada Tobia dan Sanbalat. Teruskan usaha yg baik itu sehingga usaha itu berhasil. Jangan mengizinkan orang lain menghalangi kita mencapai apa yg Tuhan mahu kita lakukan dalam hidup ini. Amen 🙏🙏🙏

*FOKUS DENGAN RENCANA TUHAN BUKAN PERSEPSI NEGATIF ORANG LAIN*

SANTAPAN ROHANIWhere stories live. Discover now