Bab 6

263 14 3
                                    

"Assalamualaikum.. Assalamualaikum"

Mak Tam dari arah dapur bergegas ke pintu hadapan. Sempat dia menyambar serkup kepala bagi menutup aurat rambut. Keningnya berkerut pelik dan hairan. Siapa pula yang menghadirkan diri sebagai tetamu pagi-pagi sabtu?

"Waalaikumsalam" jawab Mak Tam sambil membuka selak pintu.

Terkejut bukan kepalang melihat seorang anak gadis bertudung labuh berseluar trek berdiri di hadapan muka pintu. Wajahnya cantik dan redup. Sesiapa sahaja yang pertama kali melihat sudah tentu akan terbit kesenangan hati.

Tapi kesenangan itu hanya hinggap sebentar di hati Mak Tam. Siapa pula gadis ini getis hati Mak Tam.

"Ini ibu Aisar ke?"

Mak Tam menangguk pantas. Lebih kaget bila gadis itu menghulurkan tangan untuk bersalam. Tergopoh-gapah Mak Tam menyambut. Terus pelbagai persoalan mula bertubi di hati. Anak yatim minta derma ke? Macam mana dia boleh kenal Aisar? Aisar sekolah semua lelaki, sejak bila dia ada kawan perempuan? Eh, takkan Aisar dah..

"Mak cik, saya Lynn. Saya tahu kedatangan saya ni mengejutkan. Tapi saya ada hal penting untuk berbincang dengan mak cik. Cuma... Saya minta untuk berbincang di dalam"

Bila mendengar sedemikian, darah Mak Tam terus berseriau. Mahu tidak mahu, dia membesarkan lagi muka pintu untuk mempersila Lynn masuk

***

Pagi ini Aisar ditugaskan ibunya untuk membeli barang dapur. Kedai yang dituju tidaklah jauh. Hanya beberapa selang jalan sahaja. Tapi entah mengapa terdetik hatinya mahu ke kubur ayahnya. Dari ibunya, kubur ayahnya jauh di Shah Alam. Ibunya juga tidak bercerita panjang mengapa mereka berpindah ke Kampung Jawa selepaa kematian ayah.

Motornya di tongkat di tepi jalan jalan. Kawasan perkuburan biasanya tidak menghadapi masalah parkir kecuali ketika berlaku kematian. Kubur ayahnya di tanam jauh di sudut perkuburan.

Assalamualaikum wahai ahli kubur...

Aisar memberi salam kepada mereka yang telah mati. Bau bunga kemboja lembut menyapu hidung. Kuburan mempunyai aura sunyi walaupun jumlah yang dikuburkan di sini ramai. Masing-masing dengan lahad mereka, menanti saat dibangkitkan seperti yang dijanjikan.

Langkahan Aisar berhati-hati menuju ke kubur ayahnya. Entah mengapa hatinya terpanggil untuk melawat ayahnya. Jarang sekali dia ke sini. Hanya ketika pagi Syawal sahaja setiap tahun. Dari jauh sudah kelihatan kubur ayahnya. Terdapat beberapa helai lalang yang sudah tumbuh di celah tanah kubur.

"Ayah..." Aisar melutut sambil mengusap nisan Ayahnya. Tangan yang sebelah lagi sibuk mencabut lalang-lalang kecil sambil mulut memberi sedekah surah pembukaan. Selesai membaca perlahan, matanya melirik pada tarikh yang terpahat jelas. Dia sehingga sekarang tidak akan melupai tarikh tersebut. Tarikh keramat yang menjadi titik pusing kehidupan dirinya. Tarikh ayahnya ditemui mati dengan kecederaan parah di abdomen. Menurut ibu, ayah menghadapi kemalangan ketika kerja. Tapi hati kecilnya mengatakan ibunya merahsiakan sesuatu. Selain tarikh kematian ayahnya, berlaku juga sesuatu ke atas dirinya pada hari yang sama. Ibunya menyangkal. Semuanya adalah cerita-cerita orang. Aisar sendiri tidak empunya memori mengiakan perkara yang dikhabarkan.

"Ayah... siapa saya ni ayah? Adakah saya..."

Aisar tidak menghabiskan ayatnya. Dihalang dengan pintasan hati yang menyangkal cerita yang bukan-bukan. Tapi satu fakta yang kekal sehingga sekarang. Aisar ditemui berkeliaran seorang diri tanpa hala tuju beberapa kilometer dari tempat ayahnya bekerja. Cuma cerita yang dia ditemui dengan berlumuran darah, dia sendiri kurang pasti.

SKAK x BELANTARA  [completed]Where stories live. Discover now