Bab 2

27 2 1
                                    

Zikri tidak kembali ke pejabat. Usai mengisi perut, dia terus ke ruang parkir yang serba luas di hadapan bangunan Urus Tadbir. Matahari mula menyinar segan di balik awan nipis. Hujan renyai-renyai sudah berhenti lalu meninggalkan alam dalam kelembapan. Langkah Zikri tenang memijak lopak menuju ke arah Honda Civic VTEC 1.7 warna hitam miliknya.

Boss, I keluar kejap ambil angin.

Teks dihantar ke Kay sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta. Disapu-sapu lembut papan pemuka agar tidak dicemari habuk. Bini baru, hutang baru. Tapi ribanya bukan ke bank, DuBois sendiri yang menawarkan pinjaman kepada pekerja mereka. Mereka yang terlibat dengan arena jenayah perlu hidup mengikut tangga gaji dan tidak boleh berlebih-lebihan, kelak boleh menimbulkan curiga bagi yang memerhati, kata mereka. Itu antara garis panduan yang diberi BOD.

Okay. Remember, don't act on your own.

Zikri tersenyum lalu menghidupkan enjin. Ditekan-tekannya pendikit minyak. Ngauman enjin dijadikan halwa telinga sebentar lantas menolak gear dan memulakan pemanduan. Hati terlintas agar ada awek di bangunan depan mengintai lalu tertanya-tanya siapakah tuan punya kereta yang maha cantik itu.

Telefon bimbitnya bergetar lagi.

I want you in the office by noon. You don't cb with me today.

Zikri tersengih membaca sekilas mesej Kay itu sebelum memecut keluar dari perkarangan kompleks DuBois dan melaju di sepanjang Persiaran Raja Muda Musa. Sebaik sahaja dia berhenti di lampu merah, telefon bimbitnya dicapai semula lalu didailnya dengan pantas.

"Charlie-Sierra-Zulu. Permission to active," sebut Zikri dengan jelas sebaik sahaja talian bersambung.

Kedengaran orang di hujung talian menghembus nafas panjang. "State your reason."

Nafas ditarik dalam-dalam. Jawapan yang bakal dia berikan akan mengubah segalanya. "Ice of DuBois."

"Hold the line."

Lampu isyarat bertukar hijau. Zikri tergopoh-gapah memasukkan gear dan meneruskan pemanduan. Sejurus tiba di Bulatan Simpang Lima, dia mengambil simpang yang melalui Taman Diraja Klang lalu perlahan menuju ke arah Klinik Kesihatan Klang sebelum menghentikan keretanya di sebuah lereng bukit.

Telefon bimbit masih terlekat di telinga. Diam tidak berbunyi tapi talian masih bersambung.

"I don't see a solid reason for us to intervene."

Zikri sudah mengagak jawapan sebegitu. "He might be framed," balasnya bersahaja.

"You got a lead?"

"Yes."

"Granted. Report back any findings."

Talian diputuskan. Tangannya sedikit. Gementar tapi teruja. Sudah lama dia tidak aktif di lapangan. Papan pemuka kereta dibuka lalu dia menyambar segumpal kain hitam. Kepalanya menoleh kiri dan kanan sebelum membuka balutan itu dengan cermat. Ada sepucuk pistol revolver jenama Colt tergeletak di pahanya. Lantas dia selitkan di bucu jeans belakang badan dan disorok di balik baju.

Seterusnya dia mengambil jaket hitam dari tempat duduk hadapan berserta topi hitam yang disembunyikan di bawah tempat duduk yang sama. Dia memandang-mandang dirinya dalam cermin pandang belakang sebelum menyimpan kain hitam yang membalut revolver tadi. Setelah pasti tiada siapa yang berdekatan, dia keluar dari kereta menuju ke Little India Street.

***

Seorang lelaki separuh umur berbangsa India sedang sibuk mengemas di dalam stor kecil. Mulutnya tidak henti memaki hamun dalam bahasa Tamil. Dia sebagai pengurus stor, baran melihat stok yang baru sampai tidak disimpan secara sistematik. Semua kotak itu diangkatnya dan disusun secara hentam kromo tanpa dia sedari ada manusia yang bersembunyi di sudut stor itu.

SKAK x BELANTARA  [completed]Where stories live. Discover now