Bab 5

269 20 1
                                    

*Nota : Nama kumpulan Crows ditukar kepada Rooks. Harap maklum*


Pelajar dibenarkan berada di kawasan sekolah dan menggunakan fasiliti sekolah untuk kegiatan kelab dan persatuan dari Isnin 6 pagi sehingga Jumaat 12 tengah malam. Penggunaann pada hari sabtu adalah pada sabtu terpilih atau kebenaran dari pihak sekolah

Pekeliling No. 54, perkara 6, Tahun 2003


"Do you think that we should? Dey bro, its commons sense not to la bro"

Seorang pelajar lelaki sedang duduk di atas kusyen lama mengajukan soalan dugaan kepada ketuanya. Kedua tangannya kemas memegang dek daun pakau yang tepat dibahagi dua. Sekali-sekala dia akan memindahkan sekeping dari kiri ke kanan atau sebaliknya. Pindahan ala David Blaine di mana kelihatan satu kad seolah-olah melompat terbang ke tangan yang lain. Matanya akan kembali bertaut pada ketuanya selepas melakukan aksi tersebut.

"But he hit one of our family la Magic. We must get him back!"

Ketuanya menjawab seolah-olah menderam sambil berdiri mengadap tingkap membelakangi yang bertanya. Matanya tidak berkedip melihat laluan lapang yang membahagikan bangunan utama sekolah dengan kantin. Kini waktu sudah melepasi 3 petang. Tiada pelajar yang berkeliaran sebelum waktu rehat. Ruangan kosong dia renungkan dengan memikirkan kejadian yang menimpa kepada kumpulan yang mempunyai pertalian dengan mereka.

"The thing is, every Rooks knows who the hell is Ice. Diorang tak nak mati awal la, bro"

Ayat Magic itu ditamatkan dengan satu lagi aksi lompatan kad. Kali ini dari kanan ke kiri pula. Kad tersebut dilihat seolah-olah melompat sendiri tanpa sebarang pergerakan tangan. Rakan Magic akhirnya berpusing memperlihatkan wajah seorang pelajar yang jauh lagi tua dari umurnya yang sebenarnya. Kulitnya cerah sedikit daripada tipikal warna bangsa india. Cuma ibunya sahaja yang sebangsa dengan Magic. Di atas T-shirt hitamnya tergantung rantai berloketkan seekor burung gagak berwarna perak.

"Apa kata aku hantar kau. Kau kan 'magician'? Boleh je belasah dia dengan trick kau." ketuanya yang bernama Rahman atau Ra pula memberi cadangan sambil berpeluk tubuh.

Pandangannya tidak terus disahut Magic. Dia kembali menyatukan semua kad menjadi satu dek dan mengocok ringan. Daun terup adalah antara barangan larangan sekolah termasuk beberapa barangan lain. Para pelajar DuBois biasanya mengetahui bilakah spot check akan berlaku. Lagipun, barangan-barangan terlarang biasanya tidak ditayang megah. Sekadar digunakan dan disimpan di dalam bilik aktiviti. Tambahan pula Magic tidak pernah menggunakan untuk sebarang aktiviti perjudian.

"Well, 'see the leg la bro'. Tapi not now. Things still hot out there. Plus, the last witness had done his job. It just is a matter of time. Ice takkan balik ke sekolah ni. Pick a card."

Pinta Magic bila berhenti mengocok lalu dia mengerakkan kad dari tangan kanan ke kiri sebagaimana seorang ahli silap mata memulakan persembahan. Ra merapati yang menunjukkan satu kad dan mengambilnya. Tangannya kini memegang 2 of clover.

"Bro, dia belasah cousin aku sampai nak mati. Kau ingat dia boleh walk away gituh je??!"

Magic hanya membisu dan kembali mengocok perlahan. Bila dia berhenti dan memegang kuat keseluruhan dek dengan sebelah tangan sehingga sedikit melengkung. Tiba-tiba semua kad tersebut meluncur keluar dan mula berselerak di atas lantai bilik aktiviti Kelab Interact, kelab rasmi sekolah yang menjadi samaran kepada kumpulan Rooks.

"Can you guess kad apa yang takde kad lantai?" tanya Magic setelah semuanya habis berserakan. Ra memandang-mandang kad di lantai dan mengangkat bahu tidak tahu. Tangannya masih lagi memegang kad yang dipilih tadi.

SKAK x BELANTARA  [completed]Where stories live. Discover now