Bab 1

29 1 0
                                    

Berita yang langsung tidak dia sangka, sama seperti mendungnya langit yang diramalkan cerah pada suatu pagi tahun 2005. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, dia segera masuk. Butang ke tingkat empat ditekan tidak sabar.

Ini semua tak betul. Ini semua tak logik. Aisar bukan orang macam tu.

Pintu lif terbuka sekali lagi. Kakinya segera melangkah keluar menuju ke muka pintu pejabat berkaca gelap. Daun pintu ditolak keras. Yang berdekatan memanjangkan leher, terkejut.

Orang yang dicarinya tiada dalam kitaran pandang. Kemudian dia mengorak langkah pantas menyelusuri ruang sempit di antara konti-konti pejabat. Tiba di sebuah lagi pintu kaca di hujung sudut pejabat, dia terus membukanya tanpa mengetuk. "Kay! You heard the news?"

Kay segera mengangkat muka, terkejut dengan terjahan Zikri itu. Dilihat dada Zikri turun naik. Wajah Zikri yang bersegi dengan dagu sedikit runcing itu juga jelas cemas. "Yes," jawabnya ringkas.

"Then?" Zikri segera menutup pintu. Perbualan mereka tidak boleh didengari oleh pekerja lain.

"Kita tak boleh buat apa-apa. Dah jadi kes polis."

Kening Zikri terangkat. Itu bukan jawapan yang mahu dia dengar. Apa yang berlaku sehari sebelum itu bukan sesuatu yang boleh diambil enteng. Segera dia menutup tirai yang mengelilingi pejabat satu per satu. Suasana suram diundang agar rahsia mereka terlindung dari mata-mata yang memerhati. "Come on! Pernah ke dia bergaduh sampai macam tu?" desisnya lalu duduk tanpa disuruh.

Dua pasang mata bertentangan tanpa kedip. Sepasang mahukan jawapan. Sepasang lagi mahu rakannya bertenang.

Kay mengeluh pendek sambil menolak cermin matanya yang sedikit melurut di batang hidung. Dia masak dengan perangai Zikri yang keras kepala. Orang kanannya itu tidak akan puas selagi setiap persoalan yang menganggu benaknya tidak terjawab. "Historically, I tak tau. But maybe this is not the first time," jelas Kay. Kalau boleh dia juga tidak mahu perkara itu dibesarkan.

"Ok fine. Tapi ada ke sampai dia mengamuk sorang-sorang? Sampai nak mati orang yang dia bantai?!" Wajah Kay yang bulat dengan mata sedikit sepet seorang lelaki Baba diperhati. Yang lebih menarik perhatian Zikri, rambut Kay yang berwarna perak kehitaman, tidak ubah seperti seorang yang sudah lanjut usia. Walhal usia Kay jauh lebih muda daripada dirinya.

"Zikri, our hands are tight right now. We can't do anything..."

"We are talking about Ice here! Chief accountant DuBois! Tak boleh ke company buat something?!" bentak Zikri yang mula hilang sabar. Jarinya menuding ke arah gambar yang berdekatan. Gambar mereka berempat yang diambil ketika majlis makan malam tahunan bertemakan cosplay. Zikri dan Kay yang mengapit kumpulan itu. Tudingan Zikri tepat ke arah seorang lelaki yang mengenakan kimono merah keunguan lengkap berterompah dan pedang samurai tersisip kemas di pinggang.

"Not that easy. Like you said, sampai separuh mati, patah rahang, patah rusuk, retak tengkorak... seriously, I sendiri pun tak percaya Ice boleh mengamuk macam tu."

Kay mengambil jeda sambil menjalin jemari. Ini kali pertama rakan mereka terlibat dalam aksi tumbuk-menumbuk. Selama ini mereka hanya tahu yang Aisar menumbuk sandbag di rumah. "Witness dalam report tuduh dia yang start dulu. Company nak jaga air muka. Reputation ni bukan boleh buat main-main. Company takkan masuk campur hal peribadi," terang Kay lagi.

Zikri menyumpah keras. Mahu sahaja dia menghentak meja sekuat hati untuk melepaskan perasaannya. Nafas ditarik panjang agar amarahnya tidak terbelahak keluar. "Tapi you tahukan siapa yang dia belasah?" Dia mengetuk-ngetuk perlahan meja Kay. Ketukan peringatan.

Soalan Zikri dibalas tanpa kata kerana Kay tahu siapa mereka. Mereka yang dibelasah Aisar adalah gangster-gangster picisan yang bertindak melanggar kawasan.

SKAK x BELANTARA  [completed]Where stories live. Discover now