Bab 2

447 26 3
                                    

Perkara yang berlaku dan kejadian selepasnya benar-benar mengejutkan dan mendukacitakan. Oleh itu, Sekolah ini tidak lagi memberi toleransi kepada sebarang kegiatan gansterisme atau mereka yang terlibat dengannya.

Ucapan perhimpunan Tuan Pengetua Razali, 2000


Empat tahun kemudian...

Aisar memandang lemah papan hitam di depan kelas. Suara cikgu yang mengajar bagai bunyi latar yang serabut untuk difahami. Sepatah haram dia tak mengerti. Bagai menonton tv tanpa siaran dipenuhi kebisingan hitam dan putih. Aisar bukanlah seorang yang bengap dan tidak mampu fokus. Cuma apabila yang diajar tidak tahu hujung pangkal, akal Aisar terus shutdown.

Dia lalu mendagukan meja. Sekilas mata untuk melihat waktu. Mengeluh. Mengapa perlu dia mengingati kesemua fakta sejarah dalam buku teks? Tak boleh kah ia semudah menyelesaikan matematik? Dipindah-pindah nombor melangkau simbol '=', sudah temui jawapan?

Cikgu yang mengajar di depan begitu syok sendiri. Tangan kanan dengan kapur, tangan kiri dengan buku teks terbuka. Bila tidak membuka mulut menyemburkan fakta lapuk ke arah papan hitam, bunyi kapur berlaga dengan papan hitam pula mengambil alih.

Aisar mengangkat kepalanya melihat rakan-rakannya yang lain. Hampir keseluruhan pelajar kelas 4ST4 berada dalam dunia mereka sendiri. Yang segar bugar adalah pelajar baris depan; The Skematiks. Gelaran yang mereka rasakan cool bagi mereka yang rajin untuk menelaah.

Aisar menyandar malas badannya di atas kerusi plastik kenduri kahwin. Kepalanya kali ini mengadap siling kelas yang kosong berwarna putih. Tidak semena-mena luka di keningnya menggigit. Dia endahkan saja. Bagai digigit semut api. Sakit lagi bila muka yang dihempas dengan penumbuk manusia. Bahu kirinya diangkat-angkat meredakan lenguh otot bahu dan leher. Gaya seperti hendak bertinju. Namun bukan sekarang kerana dia baru sahaja selesai bertumbuk minggu lepas.

'Aisaar!'

Kedengaran suara cikgunya memanggil memutuskan monolog dalaman yang sarat dengan rungutan. Dia membetulkan badannya lalu memandang cikgunya. Kenapa pula namanya dipanggil? Ada lagi pelajar yang lebih teruk tidak tumpu perhatian. Siap mengalirkan air liur basi juga!

Kali ini cikgu nya berdiri bersama dua orang pengawas yang entah bila masa muncul.

Aaahh... Sudah... getis pendek Aisar.

'Pengetua nak jumpa awak'

Suara cikgu itu mendatar. Seolah-olah sudah satu kebiasaan namanya dipanggil pengetua. Kepala-kepala yang tadinya terlentuk semuanya memandang pada Aisar, termasuk juga Skemas. Bersungguh mereka berpaling kebelakang. Jika mampu pusing 180 darjah,,memang mereka akan lakukan. Suasana entah tiba-tiba sepi bagai menunggu reaksi dari Aisar.

Aisar mengeluh panjang. Punggungnya diangkat langsung kerusi kosong tanpa beg sekolah itu bergerak kebelakang memberi laluan untuk Aisar bangkit. Dia berhenti seketika. Matanya memandang kepada dua orang pengawas di depan.

Seorang upper class, seorang lagi budak form 3

Sempat minda Aisar membuat analisa. Kakinya diseret ke depan kelas. Boleh saja dia keluar dari pintu belakang alang-alang kedudukan mejanya di kelas berada di situ. Paling kurang tidak menjadi big scene sangat bila nak keluar kelas. Siap ada escort lagi. Hati kecilnya memilih jalan jauh. Lebih honorable bak kata orang putih.

'Kami akan escort awak' kata pengawas yang lebih muda. Pelat bangsa Tionghua kedengaran

'Macam la aku nak lari.' balas Aisar dengan dingin lalu dia terus melangkah keluar. Setiap kepala mengekori. Terdengar juga bisik-bisik antara pengumpat dan pengadu domba. Pelbagai versi namun cerita yang sama.

SKAK x BELANTARA  [completed]Where stories live. Discover now