Bab 3

376 20 1
                                    

Pihak sekolah tidak akan melayan sebarang kes kecurian yang berlaku di kalangan pelajar. Pelajar harus bertanggungjawab dengan barang mereka sendiri.

Pekeliling nombor 31; perkara 5 , 2001

'Kay! It looks like we-'

Mulut Dhaya terkunci dan langkahnya terus mati. Tergamam tidak percaya. Susuk belakang yang berdiri di dalam bilik pengawas amat dia kenali.

Tuan Razali menoleh ke belakang lalu tersenyum.

'I admire your urgency of a news but I believe you familiar with knocking I suppose. Well... Walau pun bilik ni, initially kamu yang punya...' kata Tuan Razali menegur lembut lalu mengukirkan senyuman. Tuan Razali terkenal dengan ketegasan dalam kelembutan. Bibirnya tidak lokek memberi senyuman. Lidahnya tak penah jemu memberi teguran dan nasihat yang paling baik. Seolah-olah tidak padan seorang pengetua sebegini sifatnya mentadbir sekolah yang penuh dengan malaun bawah umur yang rata-rata mempunyai masalah displin. Ramai yang mengatakan dia dahulunya berambut hitam. Tapi kini warna putih sudah merebak sehingga ke bulu janggunya. Ternyata mentadbir sekolah Dubois benar-benar menyedut keluar keremajaan dan umur mudanya.

'Yes sir. Sorry sir.' balas Dhaya yang badannya tiba-tiba automatik berdiri tegak ala dalam perbarisan. Refleks seorang anggota yang mementing displin dan hormat.

What is he doing here? Getis hati Dhaya

'Excuse my assistant Tuan Pengetua. Before the interruption, I'm perfectly clear on the task given.' Kata Kay dari tempat duduknya. Ternyata Dhaya telah memotong satu perbincangan yang amat serius

Mengapa Tuan Razali datang sendiri ke bilik ni? Monolog hati Dhaya terus menerus menubi.

'Very well. See through that I'm well informed of its progress. And good day to you Dhayaparan' Tuan Razali terus melangkah keluar meninggalkan mereka berdua. Mata Dhaya di balik kaca mata masih lagi terpinga-pinga apa yang berlaku. Kay hanya senyum, menampak baris atas gigi yang teratur. Kay berwajah muda tanpa bulu janggut dan misai. Rambutnya pula macam Justin Bieber yang belum capai baligh. Sekali imbas seperti pelajar yang bersifat lembut kerana berwajah jambu. Bahkan ada yang mengatakan dia masih sekolah rendah walhal dia sudah tingkatan empat.

'What it's that bro?!!' Dhaya terus bertanya separa menjerit. Matanya menjeling melhat Tuan Razali sudah melangkah jauh. Kay hanya diam. Dia kembali membaca nota berbentuk peta minda. Dhaya merapati ke meja Kay. Matanya mengimbas pantas apa-apa dokumen baru di atas meja. Tiada kertas atau dokumen lain selain nota peta minda Kay.

'Let just say, Tuan Pengetua perlukan bantuan kita. Tindakan dia yang still bagi chance kat Ice dapat perhatian BOD (Board of Directors). Diorangkan Shareholders sekolah. Dia percaya yang Ice tak bersalah. So dia minta kita untuk carikan maklumat untuk buktikan tindakannya bersebab.' Terang K dengan tenang. Kedengaran loceng panjang menandakan tamat sesi pagi. Kay dan Dhaya sebagai pengawas sekolah kadang-kala tidak masuk ke kelas kerana tugasan. Lagi-lagi Kay yang menjawat jawatan ketua pengawas sekolah. Tanggungjawabnya banyak dan terpaksa berkongsi beban bersama dengan Dhaya, timbalannya.

"Yoooo...!! Waassap geng!"

Seorang lagi timbalannya tiba-tiba masuk dengan gaya rapper dibuat-buat. Azizi, timbalannya yang kedua yang menggalas sebelah begnya. Tali lehernya longgar tidak berbutang dan kemeja lengan panjangnnya berlipat. Bajunya sahaja yang kemas dimasukkan dalam seluar. Mukanya antara yang terhensem di sekolah. Cumanya perangainya ada sedikit kebudak-budakkan.

"Lain kali kalau nak ponteng kelas akhir, ajak la"

Gumam Azizi sambil menghayun begnya yang dipercayai agak kosong itu ke mejanya lalu buat menggeliat tangan dan bahunya.

SKAK x BELANTARA  [completed]Where stories live. Discover now