Part 2

128 4 0
                                    


"ARYAN, salam." Pada waktu muka ibu dan abang sedang kelam itulah aku menyuruh Aryan menyalami mereka. Tadi, ibu dan abang kelihatan gembira apabila melihat wajahku. Namun sebaik sahaja kehadiran Aryan disedari, terus berubah riak wajah mereka.

"Siapa ni, Nuha?" Abang terus sahaja melontar soalan itu kepadaku.

"Something happened last three years, abang... Tahun yang Nuha tolak pinangan Naufal."

Ada kerutan yang muncul pada wajah abang. Aku tersenyum nipis. Aryan yang sedang berdiri kubawa ke dalam dukungan.

"Kita cakap dekat dalam? Bukan di depan Aryan. Dalam Bahasa Melayu."

Abang masih kaku merenungku dan Aryan.

"Marilah masuk dulu."

Setelah ibu bersuara, barulah abang ada ura-ura untuk bergerak dan memberiku laluan untuk masuk ke dalam rumah. Wajah ibu tampak tenang dan aku berharap akan kekal begitu. Aryan aku biarkan bermain dengan anak-anak abang di bawah pengawasan kakak iparku. Walaupun berlainan bahasa komunikasi mereka, namun Aryan tidak nampak kekok. Alhamdulillah.

Kepada ibu dan abang, aku ceritakan segala-galanya, dari awal hingga akhir. Aku tidak menangis. Ya, tidak. Kerana sungguh, air mataku sudah terlalu banyak dibazirkan untuk kesilapan yang bukannya berpunca daripada aku. Ibu yang banyak menangis dan abang pula kelihatan bengang. Dia seakan-akan ingin menyalahkan aku di dalam hal ini. Dia begitu bijak mengeluarkan soalan dan memutar belitkan soalannya supaya aku keliru. Mentang-mentanglah dia merupakan seorang peguam.

"And finally you decided to keep him and take care of him?" Abang akhirnya bangun daripada duduknya setelah agak lama mendengar ceritaku.

"He's my responsibilty, abang. Dia anak Nuha."

"Anak apa kalau tak ada ayahnya, Nuha?!" Suara abang mula meninggi dengan pandangan mata yang menikam tepat sepasang mataku. Aku tertunduk seketika.

"Dia tetap lahir dari rahim Nuha, abang. Siapa bapanya boleh dipersoal, tetapi siapa ibunya tidak boleh dipersoal. Dia milik Allah dan dia juga yang Allah pinjamkan untuk menjadi milik Nuha. Abang tak tahu betapa susahnya Nuha untuk buat keputusan yang tepat selepas dia lahir. Menjaga dia bukan pilihan kerana Nuha tahu beginilah penerimaan keluarga Nuha dan membuang dia juga bukan pilihan kerana Nuha tahu erti tanggungjawab dan dosa pahala."

"Why didn't you make a police report about this? He raped you!"

Aku diam. Aku tak pernah terfikir pun nak buat laporan polis. Yang aku fikir, aku sendiri nak balas perbuatan lelaki itu.

"Abang rasa kalau dia dah hilang macam ni, ada guna ke Nuha buat laporan polis pun?"

"I doubted you. Betul ke dia buat semua tu tanpa kerelaan Nuha?"

Aku menarik nafas dalam-dalam. Kalau abang sendiri pun dah meragui aku sehingga tahap ini, apatah lagi orang yang tidak mengenaliku. Pastilah aku akan dihukum dan diadili tanpa mendengar penjelasan daripadaku.

"Nuha berani bersumpah, abang, ibu. Nuha tak pernah redha dan tak pernah pasrah dengan apa yang dah berlaku. Nuha tak pernah merelakan semua benda ni jadi. Ya, walaupun Nuha sedar masa tu, tapi kudrat Nuha tak ada. Nuha tak mampu untuk gerakkan tubuh sendiri pun. Nak bersuara pun Nuha tak mampu."

Abang dan ibu hanya mendiamkan diri mereka.

"Abang, ibu... Tolonglah terima Aryan. Dia tak salah pun dalam hal ni. Dia tak minta pun untuk dilahirkan dengan status begini. Tolonglah, jangan hukum Aryan. Dia layak disayangi sebagaimana ibu sayang anak-anak abang dan abang sayang anak-anak abang. Kalau nak menghukum pun, hukumlah Nuha. Mungkin dalam tak sedar, Nuha yang salah. Mungkin ada silap perbuatan Nuha di mana-mana yang menyebabkan benda ni berlaku. Terimalah Aryan, ibu, abang."

Hidayah DiaWhere stories live. Discover now