ENTAH sudah berapa lama aku merenung skrin telefon bimbitku ini. Mesej ini kuterima daripada Wardina.
Sweetest family photo I've ever seen. I hope you'll take time staring at him like what he did to both of you. He loves you. Really. (Sorry sebab lambat hantar gambar ni. Dah seminggu pun birthday Aryan berlalu)
Paparan pada skrin telefon bimbitku kini menunjukkan gambar Aryan yang sedang mengucup pipiku dan kami menjadi perhatian mata Ihsan.Gambar ini diambil ketika sambutan hari lahir Aryan minggu lepas. Aku tak pernah sedar pun bahawa Ihsan yang sedang ralit berborak tu sebenarnya sedang memandang ke arah aku dan Aryan.
"What are you looking at?"
Suara itu kedengaran benar-benar dekat dengan telingaku lantas pantas tanganku bergerak menerbalikkan telefonku supaya skrinnya menghadap ke bawah.
"Hmmm?" Aku buat-buat macam tak dengar akan apa yang ditanya Ihsan sebentar tadi.
"Apa benda yang buatkan awak khusyuk sangat tenung telefon tu?" Ihsan memandang telefon yang berada di atas ribaku.
"Kenapa nak tahu?"
"Manalah tahu tengah tenung muka saya..." Ya Allah, perasan juga dia ni!
"Dah, dah. Cepat, gate dah buka pun." Aku terus memegang telefon bimbit di atas riba dan bangun daripada dudukku. Mata merenung Ihsan yang tak ada tanda-tanda untuk bangun daripada duduknya.
"I don't feel like going to Malaysia without you guys..." Ihsan memejamkan matanya dan kemudian wajahnya diraup dengan kedua-dua belah tangannya. Kasihan pula aku melihat wajahnya pada ketika ini. Namun Ihsan bangkit juga dalam keengganannya.
"Ihsan..." Aku mendongak dan memandangnya.
"Kalaulah saya tak kerja, saya akan ikut awak tau?Tapi saya tak sampai hati untuk tinggalkan Dr Dave macam tu saja walaupun dia suruh saya ikut awak."'
"Never mind. Dua minggu saja pun." Ihsan mengukir senyum. Dua minggu saja? Dia ingat sekejap ke dua minggu tu? Aku mengalihkan pandanganku ke bawah.
"Emmm, take care. Nanti dah sampai sana, call saya." Itu pesanku buatnya.
"Nuha."
Pandangan aku angkat kembali membalas pandangannya.
"Hmmm?"
"Will you miss me?" Riak wajah Ihsan sukar untuk aku tafsirkan. Tetapi aku ada jawapan untuk persoalannya.
Badly, Ihsan. Badly.
"Tak tahu." Aku angkat bahu. Agak-agak jadi tak aku berlakon ni?
Ihsan mengukirkan senyumannya.
"I know you will. Just take care of yourself and Aryan, okay?" Aku mengangguk.
"I love you. Both of you," sambung Ihsan lagi.
"Dah, better awak gerak sekarang." Tangan kanan Ihsan kucapai sejurus selepas aku menutur bicara itu. Belakang tangannya itu kukucup. Memang aku sengaja hendak lari dari topik hati dan perasaan begini.
"Nice starting." Ihsan senyum pandang aku selepas tangannya aku lepaskan.
"Baik awak pergi cepat. Kalau tak nak, biar saya yang pergi dulu."
YOU ARE READING
Hidayah Dia
Short Story-TAMAT- *Cerita ini ditulis dalam BAHASA MELAYU* "Allah is the Light of the heavens and the earth. The example of His light is like a niche within which is a lamp, the lamp is within glass, the glass as if it were a pearly [white] star lit from [the...