ARYAN sangat patuh. Aku kira, aku sangat perlu bersyukur. Kata orang, anak-anak yang terhasil daripada cara yang tidak betul, selalunya berakhlak buruk. Tetapi setakat ini, Aryan sangat mendengar kata.
Saat mataku sedang ralit memandangnya, Aryan tiba-tiba berkalih memandangku dan kemudian dia tersenyum. Dia kelihatan serba salah seperti ingin meminta sesuatu yang tak dapat aku penuhi.
"What is it, Aryan?" Rambutnya aku sisip ke belakang.
"Can I sleep in your arm?" pintanya. Aku tersenyum dan mengangguk. Tubuhnya dari kerusi sebelah aku dukung dan aku letakkan di atas ribaku. Dia menyandarkan kepalanya pada dadaku dengan tanganku memeluk erat tubuhnya. Matanya terpejam. Aku terlalu lemah dengan matanya. Kerana matanya itu begitu sama dengan mata lelaki itu.
"I hope to see my dad soon. I love you," bisiknya perlahan. Aku terkesima. Aryan. Dia terlalu berharap untuk berjumpa dengan ayah tidak wujudnya. Akulah yang salah sebenarnya. Akulah yang mewujudkan angan-angan kosongnya itu.
"I really hope you can..." bisikku pula. Ubun-ubun Aryan kukucup pula. Kalaulah Aryan tahu...
Beberapa ketika menemani Aryan tidur, aku mula terasa mengantuk. Lagipun, bukankah memang fitrah bahawa malam merupakan masa untuk manusia tidur? Lambat lagi nak sampai UK pun. Mata terus kupejamkan untuk tidur.
Aku tersedar apabila telinga menangkap bisik-bisik suara berbicara. Bukan suara Aryan ke yang sedang ketawa itu? Aku buka mata perlahan-lahan. Nampak Aryan tengah pandang ke kerusi di sebelah kiri aku. Bukan ke seat sebelah tak ada orang? Dan kenapa kepala aku macam senget ni?
Terus sahaja aku menegakkan kepala apabila terdengar bunyi orang ketawa di sebelah. Aku tertumpang bahu dia ke macam mana ni? Serius tadi langsung tak ada orang dekat seat sebelah aku ni.
Aku berpaling sekilas ke sebelah sebelum aku tunduk dan mengelap wajahku. Entah siapa-siapa entah yang duduk sebelah aku ni.
"Your ibu is finally wake up, Aryan." Dia kenal Aryan? Siapa ni?
"Ibu, you slept on Uncle Ihsan's shoulder just now."
Ihsan? Lailahaillallah.
"Sorry."
Aku terus bangun daripada dudukku dan meletakkan Aryan pada tempatku dan aku beralih ke tempat Aryan. Sungguh, aku tak selesa untuk dekat dengan Ihsan selepas dia jeling aku macam aku ni buat salah dekat dia dulu.
Duduk sahaja di situ, aku terus menutup kepala dengan kot pada tubuh. Tubuh kuiiring membelakangi Aryan dan Ihsan. Yang penting aku nak sambung tidur.
BANGUN sahaja daripada tidur, aku tengok Aryan sedang tidur di atas riba aku dan sedang bersandar pada tubuhku. Aku ada tersedar masa Aryan datang kepada aku. Tapi tak berapa ingat sangat. Yalah, otak tak berapa nak fokus masa tu.
Aku berpaling ke kiri, tengok Ihsan dah tak ada. Alhamdulillah.
Sebaik sahaja kapal terbang jejak tanah dan ketua pramugara ucap terima kasih, aku terus bangun dengan Aryan yang masih lena dalam dukungan. Nak keluar cepat-cepat dari dalam kapal terbang ni.
"Seems like you're very excited to back to your husband?" Teguran itu aku tidak endahkan sebab aku tahu teguran itu daripada Ihsan. Aku terus berjalan dan mendapatkan bagasiku. Ihsan terus menerus mengikutiku sehinggalah aku berhenti apabila aku ternampak John, cucu jiran sebelah aku yang baya-baya aku tu. Dia ni pun rajin melayan Aryan.
YOU ARE READING
Hidayah Dia
Short Story-TAMAT- *Cerita ini ditulis dalam BAHASA MELAYU* "Allah is the Light of the heavens and the earth. The example of His light is like a niche within which is a lamp, the lamp is within glass, the glass as if it were a pearly [white] star lit from [the...