Aku paling tak boleh tahan apabila aku dapat baca segala komen yang orang lain beri. Dahlah dapat likes sampai tujuh ribu guna gambar suami dan anak aku. Lepas tu orang lain pun cakap tahniah sebab kahwin dengan Zach, tahniah sebab ada anak, teruja sebab anak aku tu comel. Dan dengan bangganya dia komen, thank you, look who's the mum.
Blergh! Memanglah anak aku tu comel. Dah nama pun anak aku. Aku sepak juga perempuan ni kalau aku jumpa dia. Menyampahnya aku!
Masa hati tengah marah nilah tiba-tiba telefon keluarkan lagu Open Your Eyes nyanyian Maher Zain. Insaf sekejap aku. Perlahan-lahan aku menutur istighfar. Panggilan daripada Dina yang masuk itu aku abaikan. Bukannya apa, aku takut termengadu dekat Dina saja. Dahlah Dina tengah sarat mengandung anak pertama dia. Tak fasal-fasal dia terberanak dengar masalah aku nanti.
Selepas nada dering itu tamat, baru sahaja aku mula bertenang, keluar lagi suara Maher Zain. Kali ni lagu For The Rest of My Life. Dan kali ini, tak sampai sebaris pun Maher Zain menyanyi, aku terus tolak panggilan tersebut. Sungguh, inilah pertama kali selama dua tahun lebih aku dah kahwin, aku tak bagi peluang Maher Zain menyanyi lagu tu.
Nombor telefon Dr Dave aku dail. Tak tunggu lama, panggilan terus bersambung.
"I need three days leave. Please."
"Okay. But..."
Aku terus matikan talian tanpa memberi peluang untuk dia bercakap. Selepas itu, telefon terus sahaja aku matikan. Sebab aku yakin suami aku akan call selagi tak dapat bercakap dengan aku.
AKIBAT bengang dengan bunyi telefon rumah yang tak henti-henti berdering sejak pukul tiga tadi sampailah dah nak dekat pukul enam sekarang ni, maka aku ambil telefon itu dan aku masukkan ke dalam almari baju Aryan, pada bahagian bawah sekali dalam banyak-banyak baju Aryan yang berlipat.
Mentang-mentanglah dah dua hari aku matikan telefon, Ihsan target telefon rumah pula. Pandai. Memang pandai. Ihsan ni pun, dia tak tidur ke apa dekat Malaysia tu?
Setakat ini, aku dah berjaya habiskan dua bekas 5 liter aiskrim berperisa vanila dengan cip coklat dan satu bekas 5 liter aiskrim berperisa coklat. Semuanya buatan sendiri. Memang satu-satunya benda yang boleh buat aku lega 24 jam dalam sehari sekarang ini ialah aiskrim. Walaupun sekarang ni winter.
Sekarang ni juga, aku perintahkan darurat untuk diri aku sendiri. Aku tak keluar rumah dan tak ada sesiapa boleh masuk dalam rumah aku. Ketuklah pintu tu macam nak roboh pun, aku takkan buka. Walaupun yang datang tu nenek Ihsan sendiri, aku takkan bersimpati langsung. Dan memang semalam nenek Ihsan datang pun. Tapi aku tutup segala benda yang boleh menghasilkan bunyi dan aku sendiri pun diam sahaja supaya nenek Ihsan berputus asa dengan cubaannya untuk bertemu dengan aku. Dr Dave ada datang juga. Adik Ihsan, Cecelia pun ada datang juga, jiran sebelah rumah aku pun datang juga tapi semua orang aku kecewakan. Sebab aku tahu, semua orang yang datang tu, semuanya bawa mesej daripada Ihsan. Tak kuasa aku nak bertoleransi sekarang ni. Upah orang bersihkan salji pun aku selitkan bawah pintu saja sekarang ni. Tak main dah jumpa depan-depan.
Semua gambar yang ada di dalam rumah aku turunkan dan terbalikkan sebab kalau aku tengok mana-mana gambar pun, mesti aku terbayangkan muka Samantha psiko tu.
Sambil mata pandang tv, tangan kanan yang memegang sudu menyuap aiskrim coklat ke dalam mulut. Kalau Ihsan nampak aku buat perangai lanun macam ni mesti dia peluk aku sambil membebel. Mana taknya, dua hari ni aku hidup dengan makan aiskrim saja. Tak ada dah makanan berkhasiat.
YOU ARE READING
Hidayah Dia
Short Story-TAMAT- *Cerita ini ditulis dalam BAHASA MELAYU* "Allah is the Light of the heavens and the earth. The example of His light is like a niche within which is a lamp, the lamp is within glass, the glass as if it were a pearly [white] star lit from [the...