BRO! Tisu Ada Tak?

476 26 0
                                    

Jo dah mula letih. Apa tidaknya, habis saja kerja jam 5:30 petang tadi, dia redah jem di Subang bukan main lama lagi. Sesak dengan orang ramai yang berpusu-pusu nak pulang ke rumah ditambahnya lagi dengan kemalangan yang disebabkan ada sebuah kereta rosak. Dia tiba di rumah hanya untuk membilas badan, menunaikan asar dan menukar pakaian sebelum dia keluar semula untuk ke Johor, oustation.

Akhirnya dia tiba di R&R. Pundi kencing yang terasa sudah penuh sejak sejam yang lalu sudah mencucuk- cucuk daripada dalam untuk segera keluar. Dia mencari papan tanda kecil yang tertera ikon lelaki dan perempuan, yang kebiasaannya berwarna biru dan pink sebelum melihatnya berada tidak jauh daripada tempatnya memarkir kereta. Jo segera bergerak ke sana. Bebird nya sudah meronta-ronta. Dia tidak tahan lagi, dia harus cepat.

"Woi skodeng ke!!, kalau nak cakap"

"Ops, sorry bro," kata Jo berlalu ke kubikel sebelah.

Ditolaknya pintu tiga kubikel lagi dan kondisi kesemuanya mengecewakan. Satunya kerana, ia merupakan tandas jenis duduk. Jo pantang sikit bab tandas awam jenis duduk. Even bersih sekalipun, ia tetap dirasakan kotor dan tidak suci daripada najis yang tercalit yang pada hemahnya mungkin najis itu invisible. Yang lainnya, dengan lantai bertakung, kotor tanah tercalit sana sini, tisu terlerai jatuh berlerakan dan juga lubang tersumbat membejat seleranya untuk masuk ke mana-mana kubikel. Jo beralih ke tempat 'kencing berdiri'.

Zip ditarik buka. Air suam kekuningan yang memancut keluar memberikan satu kelegaan yang maksimum. Ah! Mengigil lutut Jo mungkin terlalu sedap.

Jo pandang kiri dan kanan, dia dapati line clear tanpa orang. Berdehem sekali lagi. Senyap. Sah, line clear. Brader di dalam pun masih belum keluar. Tanpa memasukkan semula asetnya yang berjuntai keluar ke dalam seluar, dia bergerak ke sinki. Pili dibuka dengan tangan kanan, air ditakungkan ke tapak tangan kemudian membasuh Bebird nya yang sedari tadi dipegang tangan kiri. Diulang sebanyak tiga kali, afdhal. Dirasakan sudah bersih, dia tarik zip semula dan mencuci tangan di sinki.

"Ah, takde air," kedengaran suara brader dari dalam kubikel yang cuba dimasuknya sebentar tadi.

Jo sengih. Dia tahu macam mana celakanya rasa kalau sudah buang air, air tiada. Sakit.

Jo memicit sabun basuh tangan tidak berjenama. INI SABUN berwarna hijau berbau limau terjatuh ke atas tangannya. Sedang dia basuh tangan yang berbuih, kedengaran pintu kubikel yang dibelakanginya terbuka dek bunyi keriut.

"Bro, ada tisu tak?" Tanya brader itu.

Jo masih tidak endah, dia tidak dengar. Sekali lagi, brader itu bersuara.

"Bro, ada tisu tak? Air takde ni."

Jo yang baru perasan ditegur segera menoleh. "Hah?"

Brader itu diam.

Jo juga terdiam. Brader itu, tidak berwajah. Mukanya kosong dan licin bagaikan dinding putih. Jo menelan liur. Jantungnya berdegup pantas. Takutnya memuncak.

"Bro, tisu ada tak?"

Jo ketakutan lalu berlari keluar. Celaka!  

Eeeee Seram Yeee....Where stories live. Discover now