DISOROK HANTU

316 17 0
                                    

ORANG-orang tua memang melarang keras bermain pada waktu matahari rembang ini. Tak elok kata mereka. Menurut mereka selain waktu senja, waktu ini juga syaitan, iblis dan jin berkeliaran serta suka menganggu, menyampok atau merasuk terutamanya pada kanak-kanak  dan wanita  serta kepada mereka yang berjiwa lemah. 

Farhan dan kawan-kawannya berdegil. Puas ditegah tetapi tidak mahu mendengar kata. Peluang itu diambil ketika ibu bapanya tiada di rumah. Dia menunggang basikal mencari rakan-rakan yang lain. Mereka diajak bermain di kawasan rumah.

Kali ini mereka bermain sorok-sorok. Mereka main cabut undi. Lidi yang Suri cabut lebih panjang dari yang lain. Suria mencebik. Dia duduk di tangga sambil matanya dipejamkan. Suria mengira satu... dua... tiga... sehingga nombor sepuluh. Rakan-rakan sepermainan mula mencari tempat itu menyembunyikan diri termasuklah Farhan.

Farhan menyorok jauh dari rakan-rakan yang lain. Dia bersembunyi di dalam sebuah pergi buta di belakang hutan berdekatan  rumahnya. Pergi buta itu tidak sedalam mana. Jadi, mudahlah Farhan turun ke bawah.

Farhan tersenyum apabila melihat Suria menjengukkan kepala ke dalam peirgi buta itu. Hairan. Suria tidak dapat melihatnya. Farhan ingin keluar dari perigi buta itu tetapi ada tangan yang menariknya dari belakang. Dia menoleh. Seorang budak lelaki tersengih memandangnya.

"Jangan keluar dulu. Teman saya main kat sini." ujar budak lelaki itu. Wajahnya agak pucat. Bibirnya tidak putus dengan senyuman.

"Saya laparlah" ujar Farhan. Dia langsung tidak terfikir yang pelik  tentang budak lelaki itu.

Budak lelaki itu tersenyum. Dia menghulurkan satu pinggan mi goreng kepada Farhan. Farhan tidak berfikir panjang lalau duduk semula melahap mi goreng dengan rakus. Budak lelaki itu hanya tersenyum melihat Farhan makan.

"Farhan! Farhan!" pekik rakan-rakannya. Farhan buat tidak endah.

Rakan-rakan yang lain telah ditemui kecuali Farhan. Puas mereka mencari di merata tempat tempat tetapi Farhan tidak dijumpai. Mereka mengadu kepada orang tua Farhan. Farhan terus dicari hingga petang berlabuh. Farhan masih tidak ditemui. Ibu bapa Farhan tidak sedap hati. Mereka meminta bantuan Pak Abu salah seorang orang tua yang arif perkara melibatkan perkara ghaib ini.

Pak Abu menarik nafas panjang.

"Insya-ALLAH... anak kamu akan ditemui. Dia ada dekat-dekat sini saja." Mulutnya terkumat-kamit membaca beberapa potong ayat Al-Quran.

Satu lembaga kelihatan menyusup keluar dari perigi buta dan menghilang. Orang tua itu segera menjengukkan kepala ke dalam perigi buta itu. Farhan ditemui sedang tidur lena di dalamnya. Farhan dibawa balik ke rumah. Farhan memuntahkan segala 'mi goreng' yang dimakan setelah diubati. Mi goreng yang dilihatnya itu adalah cacing dan ulat.

"Dia memang sengaja sorokkan anak kamu dari mata kasar kita. Kemudian dijamunya anak kamu dengan cacing dan ulat." ujar Pak Abu.

Dia menyuakan air kosong yang sudah dibacakan dengan ayat-ayat Al-Quran untuk memulihkan semangat Farhan.

Farhan serik selepas kejadian itu.

Eeeee Seram Yeee....Where stories live. Discover now