Orang kampung mula berkerumun di rumah Pak Samad. Suasana yang selalunya aman damai di waktu pagi bertukar riuh rendah apabila berita yang memilukan tersebar dari mulut ke mulut orang kampung. Yang paling terkesan dengan berita ini ialah seorang pemuda dan juga anggota polis bernama Kamal.
Kamal meminta izin dari Pak Samad untuk memasuki rumahnya. Kelihatan segala perabut di dalam rumah itu berselerakan. Seperti dimasuki pencuri. Dinding pula penuh dengan tompokan hitam yang berlendir. Kamal terus menuju ke bilik Farah iaitu tunangnya. Kamal dan Farah akan melanjutkan perkahwinan mereka tidak lama lagi. Namun hari ini merupakan hari yang malang buat mereka.
Kamal membuka pintu bilik dan memerhati keadaan di dalamnya. Didapati Farah sedang duduk sambil menutupi mukanya dengan bantal di tepi katil. Dia menangis teresak-esak walaupun disapa oleh tunangnya.
“Farah… Awak ok ke?” Tanya Kamal pada tunangnya walaupun dia hampir tahu apa yang sudah berlaku.
Farah terus menangis dan menutupi mukanya seerat-eratnya. Seperti tidak mahu bersemuka dengan Kamal.
Kamal tiada pilihan. Dia pergi ke arah Farah dan duduk disebelahnya. Farah cuba menjauhi tunangnya namun Kamal terus mendakap Farah.
“Farah, buka bantal ni.. Jangan risau, abang ada di sini.”
“isk.. isk.. Abang.. Farah minta maaf..”
Kamal terdiam mendengar rintihan Farah. Perlahan-lahan Kamal menarik bantal yang menutupi muka Farah. Kamal seperti sudah bersedia untuk melihat bala yang akan menimpanya. Bantal yang ditariknya tadi kelihatan mempunyai tompokan hitam yang berlendir.
Farah perlahan-lahan memusingkan wajahnya ke arah Kamal. Airmatanya menjadi warna hitam apabila ia mengalir di pipi kerana bercampur dengan minyak. Ya wajah Farah penuh dengan lendiran minyak.
Kamal tahu itu adalah tanda yang ditinggalkan oleh makhluk paling keji di dunia ini. Dia tahu tunangnya sudah dinodai oleh makhluk itu. Makhluk yang mengamalkan ilmu hitam semata-mata mahu kemewahan dunia dan memuaskan nafsu. Makhluk itu tidak lain tidak bukan ialah orang minyak yang sudah lama menyerang di kampung ini.
Kamal terus bingkas bangun meninggalkan tunangnya. Sebaik sahaja Kamal mahu meninggalkan bilik itu, Farah memanggil tunangnya. Kamal berpaling ke arah Farah sambil berdiri di tepi pintu.
“Abang… tolong bunuh dia…” Permintaan Farah kepada tunangnya sambil menangis teresak-esak.
Kamal terus berlalu dari bilik itu dengan raut muka yang sangat bengis. Pak Samad kelihatan sedang menunggu Kamal di luar pintu masuk sambil memegang satu bungkusan dari kain batik.
“Ambil ni Kamal. Dia sudah nodai anak aku. Aku nak kau pastikan nyawa dia berakhir hari ni juga!” Kata Pak Samad sambil memberikan bungkusan itu kepada Kamal.
Kamal mengambil bungkusan itu dan terus berlalu pergi tanpa berkata apa-apa. Orang-orang kampung tidak berani menegurnya apabila melihat wajah Kamal yang bengis seperti mahu makan orang.
…………………………………..
Kelihatan Nek Salmah sedang menyapu sampah di bawah rumahnya yang agak usang. Ketika dia asyik menyapu, dia ditegur oleh Kamal.
“Nek, cucu nenek ada dirumah?” Tanya Kamal.
“Eh Kamal. Lama tak jumpa kamu, tak kerja ke kamu hari ni?”
“Cucu nek ada di atas ke?”
“Cucu nek? Ali tu ke? Rasanya nenek perasan dia baru balik malam semalam. Kenapa kamu nak jumpa dia?”
“Saya nak bunuh dia. Dia ada di atas ke?”
Nek Salmah tergaman mendengar kata Kamal. Dia melihat Kamal memegang bungkusan kain batik yang dibawanya. Bagaikan dia tahu isi kandungan bungkusan tersebut.
![](https://img.wattpad.com/cover/91767518-288-k565645.jpg)
YOU ARE READING
Eeeee Seram Yeee....
HorreurSambungan dr Story Eeeeee Takut Yeee.... Yg sblm nie dah full parts dah so kite smbg kt sini plak ok.....