Pada suatu malam yang hening,angin sepoi-sepoi bahasa,desiran angin yang lembut tidak sedikitpun mengganggu lena seisi alam pada ketika itu.Jam sudah menganjak ke angka 12 tengah malam,Nawwal Hanani masih belum mampu melelapkan matanya.Hatinya dipagut rasa risau yang teramat.Dia tidak mampu memikirkan tentang apa-apa melainkan tentang tunangnya Haiqal Iskandar yang sedang dalam perjalanan menuju ke Utara Tanah Air atas urusan kerja.Hatinya tidak tenteram dikala itu,seolah-olah akan berlaku sesuatu yang tidak baik.Tiba-tiba ,bunyi nyaring alunan lagu Selena Gomez yang dijadikan sebagai nada dering bagi telefon bimbit milik Nawwal Hanani berbunyi berulang kali menandakan ada panggilan masuk.Dengan rasa berat hati,Nawwal Hanani pun menjawab panggilan telefon itu.
“Assalammualaikum...” Nawwal Hanani memulakan bicara.
Suasana sepi seketika.Nawwal Hanani mula teresak-esak.Air mata merembes laju dari kelopak mata ke pipi mulusnya.Jawapan kepada ketidaktenteraman hatinya terjawab.Tunang Nawwal Hanani telah tiada akibat kemalangan jalan raya.Takdir Allah yang maha esa tidak mampu kita elak.Dia terjelepok dan menangis sepuas-puasnya.Hatinya benar-benar rapuh kala itu.****************
Selesai sudah majlis pengebumian Haiqal Iskandar,tunang Nawwal Hanani.Nawwal hanya mampu termenung mengingati memori manis mereka berdua.Tiada bicara daripada bibir comel Nawwal kala itu.Matanya penuh dengan air mata yang tidak henti-henti mengalir.Sesiapa yang memandang pasti dipagut rasa sayu tatkala melihat keadaan Nawwal Hanani yang sungguh lemah kala itu.
“Nawwal,sudahlah tu.Jangan dimenungkan lagi.Yang dah pergi tu biarkan pergi.Kita yang hidup ni kena teruskan hidup ye sayang” Begitulah nasihat ibu kepada Nawwal Hanani.Tidak betah hatinya melihat satu-satunya anak perempuan yang dia ada bersedih dan bermuram sepanjang hari.Nawwal hanha termenung , diam tidak berkutik dan tidak memberi apa-apa reaksi ke atas nasihat ibunya itu.Dia berasa sangat-sangat sedih dan terkilan kerana kesibukan dirinya yang sentiasa perlu bekerja ke luar negara.Mereka berdua hanya berhubung melalui panggilan telefon.Rasa terkilan menjalar ke tangkai hati Nawwal Hanani.
*******************
Setahun sudah pemergian Haiqal Iskandar,Nawwal masih kekal begitu.Sendiri.Baginya cinta dia terhadap sesiapa telah mati seiring dengan pemergian Haiqal Iskandar.Hampir dua minggu,Nawwal bermimpi perkara yang sama berulang-ulang kali.Seorang lelaki berwajah sedih seringkali muncul dalam mimpinya.Seolah-olah ingin memberitahunya sesuatu.Setiap kali Nawwal ingin melelapkan matanya,lelaki itu pasti muncul didalam mimpinya sehinggakan dia kadang-kadang berasa malas ingin tidur yang mengakibatkan dirinya menjadi semakin lesu dan tidak bermaya.Lelaki yang mucul didalam mimpinya itu berwajah tampan,namun wajahnya tiada secalit senyuman pun dibibir dan sentiasa kelihatan sedih.Tubuhnya tinggi lampai dan tegap serta berkulit sawo matang.
Disebabkan Nawwal Hanani sudah tidak tahan dengan gangguan melalui mimpinya itu,dia telah melakukan solat istikharah memohon petunjuk daripada Allah,apakah erti mimpinya itu.
Pada suatu malam yang hening,Nawwal telah bermimpi akan lelaki tersebut.Wajah lelaki itu masih kekal begitu.Muram dan tiada senyuman.Dia cuba menegur lelaki itu.
“Assalammualaikum awak ...”Nawwal memberi salam pembuka bicara.Lelaki itu masih kekal begitu dan tetap membisu.Nawwal masih tidak berputus asa.
“Awak,pandanglah saya..kalau awak ada masalah,ceritalah pada saya,saya sudi jadi pendengar untuk dengar masalah awak.” Bersinar-sinar mata Nawwal tatkala dia berkata begitu.Hatinya dipagut rasa sebak mengingati arwah tunangnya secara tiba-tiba.
Lelaki itu terus menangis teresak-esak tatkala memandang tepat wajah Nawwal Hanani.Nawwal Hanani tergamam tanpa kata-kata.Pertama kali dalam hidupnya melihat seorang lelaki yang agak sasa dan gagah seperti lelaki ini menangis dihadapan dirinya yang merupakan seorang perempuan.Nawwal tidak mampu melakukan apa-apa kerana baginya mereka tiada pertalian,jadi tidak mudah bagi Nawwal untuk memujuk lelaki itu.Tangisan lelaki itu mula reda sedikit demi sedikit.
YOU ARE READING
Eeeee Seram Yeee....
TerrorSambungan dr Story Eeeeee Takut Yeee.... Yg sblm nie dah full parts dah so kite smbg kt sini plak ok.....