TIDUR PETANG

657 40 2
                                    

Amar menggosok-gosok kedua matanya. Berpinar-pinar. Terasa seperti kealam lain seketika. Dia mencapai telefon bimbit ditepi katilnya.


"Hm, dah pukul 10 malam. Lama jugak aku tidur."

Ya. Itulah Amar. Suka tidur petang. Sekali lagi dia jeling ke arah skrin telefonnya. Ada mesej. Tapi Amar mengendahkannya. Tidak dibaca. Kedengaran bunyi televisyen diruang tamu. Amar mengambil tuala, lalu melangkah ke ruang tamu. Kelihatan ibunya sedang berehat sambil menonton televisyen.

"Ibu, mana ayah?"

"Ayah kau keluar. Ada mesyuarat kat dewan kampung tentang kenduri lusa nanti."

Sebut saja kenduri, Amar teringat tentang kenduri kahwin anak Pak Ali lusa nanti. Amar melangkah ke bilik air, membersihkan badan setelah puas tidur.

Selepas 5 minit, Amar selesai. Segar sekali badannya. Dia menuju ke biliknya. Ibunya masih lagi menonton televisyen diruang tamu.

Setelah siap berpakaian, Amar menuju ke dapur untuk mengisi perut. Sesekali dia mengalihkan pandangannya kepada ibunya. Masih leka menonton televisyen.

Setelah selesai makan dan mencuci pinggan, Amar duduk ditepi ibunya.

"Amar, meh baring dekat ibu." Pelawa ibunya sambil menepuk peha.

Amar menurut saja. Rambutnya dibelai lembut. Terasa senang dia dimanja sebegitu rupa.

"Ah sekali sekala. Apa salahnya. Lagipun aku ni anak tunggal." Amar bermonolog didalam hati.

Selepas 10 minit, telefon bimbitnya berdering. Tertera "ayah" pada skrin.

"Assalamualaikum Amar. Ni mak ni. Telefon mak habis bateri. Mak dengan ayah baru habis mesyuarat kat dewan ni. Lepas ni kami nak jenguk Pak Lang kejap. Mungkin kami balik lewat sikit. Mak dah 'SMS' Amar tadi. Tapi Amar tak balas. Kat dapur tu ada lagi nasik dengan lauk. Okay Amar. Assalamualaikum."

Panggilan tamat. Jantung Amar berdegup kencang. Tubuhnya mulai menggeletar. Tangan 'ibu'nya masih lagi membelai rambut Amar.

"Hehehe. Kenapa Amar? Ibu dengan ayah pulang lewat yaa?"

Amar menelan air liur. Tangan yang membelai rambutnya bertukar kasar. Amar dapat melihat kuku makhluk itu yang panjang. Kini pipi Amar pula dibelai. Bau yang teramat busuk menerjah hidungnya. Masakan tidak. Peha makhluk itu menjadi bantal buat Amar bermanja. Amar mengambil keputusan untuk berlari dan bersembunyi didalam biliknya.

"Amar nak masuk bilik ke? Amar nak tinggalkan mak sorang-sorang kat sini ke?"

"Aduhhh. Macam mana benda ni boleh tau ni."

Amar nekad. Dia mengumpul segala tenaga lalu bangun meninggalkan makhluk itu diruang tamu. Dengan pantas Amar membuka pintu bilik dan menutup kembali. Terketar-ketar tangannya mengunci pintu bilik. Segera dia berbaring dikatil sambil membungkus tubuhnya dengan selimut.

BAM!
BAM!
BAM!
BAM!
BAM!
BAM!

Pintu biliknya diketuk dari luar. Tingkap biliknya juga dicakar-cakar.

"Pergi! Pergi dari sini! Jangan ganggu aku!" Amar menjerit dari dalam selimut sambil menutup telinga. Segala surah dan ayat suci al-Quran seakan-akan terpadam dari otaknya.

Pintu dan tingkap biliknya masih lagi diketuk dan dicakar.

"Ibu bukan nak ganggu Amar. Ibu cuma bosan duduk sorang-sorang. Sampai hati Amar tinggalkan ibu..." Makhluk itu mula menangis.

"Kau bukan ibu aku!" Amar membalas. Dalan hati dia mengharapkan ibu dan ayahnya segera pulang.

"AMAR MESTI TEMAN IBU JUGAK! IBU NAK AMAR! KELUAR SEKARANG!" Suara yang tadinya lembut bertukar garang serta kasar.

Katil Amar digoyang dengan kuat. Amar tahu makhluk itu sudah berada didalam biliknya. Berada disebelahnya. Selimutnya ditarik perlahan-lahan sehingga tertanggal. Amar memejamkan mata serapat-rapatnya.

"Kenapa Amar pejam mata? Amar tak sudi ke tengok ibu? Bukak lah mata Amar." Suara makhluk itu kembali lembut.

Seakan dipukau, Amar membuka matanya perlahan-lahan. Jantungnya berdegup kencang. Amar mula menangis. Dihadapannya berdiri satu makhluk yang mempunyai rupa paras yang buruk.

Kukunya panjang. Rambutnya berwarna putih, kusut hingga ke pinggang. Kelopak matanya seakan-akan terlipat keluar menampakkan bahagian yang berwarna merah. Matanya putih tanpa anak mata. Hidungnya panjang persis hidung ahli sihir jahat. Kulit mukanya menggelupas teruk. Giginya bertaring melepasi dagu.

"Pergi kau dari sini! Kau bukan ibu aku! Kau pelesit! Pergi! Jangan ganggu aku!"

Amar mula melaungkan azan sambil menutup mata dan telinga. Tak sanggup dia menatap pelesit itu lama-lama. Pelesit itu mula mengilai. Amar meneruskan azan.

Tiba-tiba tubuhnya dipegang. Amar membuka matanya. Kelihatan ibu dan ayahnya berdiri didepannya. Riak wajah mereka agak kehairanan.

Amar memeluk ibunya sambil menangis.

"Kenapa ni Amar?" Tanya ibunya, sedikit cemas.

"Tadi, ada pelesit datang ganggu." Amar meleraikan pelukan dari ibunya sambil menceritakan satu persatu. Ibu dan ayahnya saling berpandangan.

"Syukur lah Amar selamat." Luah ibunya sambil memeluk Amar. Kelihatan beberapa titis air mata jatuh dipipi ibunya. Ayahnya juga kelihatan lega sambil mengusap rambut Amar.

"Hehehehe. Nanti ibu datang teman Amar lagi yeee. Selamat malam Amar." Kedengaran suara pelesit itu dari jauh, kemudian hilang, digantikan dengan salakkan anjing.

Eeeee Seram Yeee....Where stories live. Discover now