Semua mati

23.9K 326 119
                                    

19 September 2001

          Aku terkejut. Bukan apa. Masa aku bangun pagi tadi, aku melihat kucingku berada di bawah meja. Tubuhnya mengeras. Dah mati. Aku terlupa membuka ikatan plastik yang ku ikat di leher menutup kepalanya. Bukan salah aku. Selalunya dia dapat koyakkan sendiri plastik tu tanpa pertolongan aku.

          Oh ya, aku baru sedar yang aku sudah mengetip kukunya. Aku tak suka tengok kucing memanjat perabot. Nanti barang jatuh pecah berderai aku juga yang kena sapu. Mana ada orang lain kalau bukan aku. Mak kerja. Aku tak. Lepas mak balik kerja dia ada tanya mana kucing ku pergi. Aku cakap lah dia dah lari pergi ikut kucing jantan. Aku cakap yang dia bunting. Mak aku percaya lah. Lagipun aku tipu mak aku yang aku tengah sedih taknak diganggu.

          Petang tadi aku bosan sebab tak ada benda nak dera. Aku baru teringat yang ayah aku meninggalkan ayamnya. Mak cakap nak bunuh jadi lauk. Jadi aku menawarkan diri untuk tolong mak aku bunuh ayam. Mak cakap okay saja. Esok lah tu. Hari ni aku nak tidur awal sebab nak bangun awal. Bolehlah aku buat eksperimen lama sikit. Kepada kucingku, sila meninggal walaupun dah meninggal. Goodnight.

20 September 2001

          Hari ni aku belajar benda baru. Yang selalu mengkokok di pagi hari ialah ayam jantan. Rasa teringin nak pergi sekolah pula tapi bukan sebab aku nak belajar. Aku nak bagitahu kawan aku. Kawan aku mesti tak tahu. Orang bodoh mana tahu. Dulu pun cakap misai kucing pakai untuk kira jarak objek. Dia nak tipu budak boleh lah.

          Masa tu aku tengah tengok ayam di sangkarnya. Aku tarik seekor kemudian dibawa ke bilik mandi. Selepas air di cerek mendidih aku simbah ke ayam tu. Sebelum tu memang aku dah ikat kaki dia. Mak pesan lepas kelar leher ayam, rendam dalam air panas. Tapi aku buat terbalik. Sebab tu aku cakap aku ni berbeza dengan orang lain. Otak cerdik, berani mencuba sesuatu yang baru. Aku ingat ayam tu akan mati, rupanya aku salah.

          Tidak mengapa. Thomas Edison pun gagal beribu kali. Aku cuma gagal sekali. Masih hidup tapi dalam keadaan lemah. Bulunya semua ku cabut. Dah habis cabut pun masih lagi dadanya mengepam nafas. Sekurang-kurangnya dia tak berputus asa untuk hidup. Tak macam ayah, bunuh diri. Kata makcik aku lah. Bukan aku yang cakap ayah bunuh diri.

          Mak tak tahu macam mana aku bunuh ayam tadi. Mula-mula aku simbah dengan air panas. Lepas tu aku gergaji paruh dia. Ada kawan aku kat sekolah, dia cakap mulut ayam. Bahasa melayu pun boleh fail. Dah ternganga, aku masukkan air panas menembusi kerongkongnya sehinggalah perut dia macam penuh air aku tengok. Akhir sekali aku paku matanya baru dia mati. Lepas mati baru aku kerat leher dia. Mak tak tahu sebab dia cakap dia tak perlukan kepala ayam tu jadi aku buang jauh-jauh, hilang bukti.

21 September 2001

          Hari ni aku pergi cari kayu api kat sungai. Elektrik kena potong sebab tak bayar. Jiran sebelah rumahku muka dia macam suka melihat aku tinggal di tempat gelap. Aku benci tengok orang macam ni. Nasib baik aku sibuk menguruskan hal rumah. Aku sangat penat hari ni. Nak tidur awal. Goodnight world.

24 September 2001

          Aku tak boleh bersabar dengan jiranku. Aku nekad. Aku akan bakar rumah mereka. Mereka tinggal bertiga. Suami isteri dan seorang bayi perempuan. Aku selalu memerhati suaminya akan turun kerja setiap hari kecuali Ahad pada pukul 8:30 pagi. Isterinya dan bayi mereka tinggal di rumah. Setiap kali suaminya pulang, dia dan isterinya selalu melihat pelusuk bilik kami. Mereka hanya masuk ke rumah itu pun kalau bayi menangis ataupun tiba waktu memasak atau masa mak balik kerja. Orang muda, biasalah. Ada saja yang nak dicerita.

          Mak selalu berpesan supaya buka pintu dan tingkap pada waktu tengahari kalau panas. Jimat bil elektrik. Rancangan aku ialah masa suami dia turun kerja, aku akan menyelinap masuk dan hidupkan gas mereka. Aku sangat yakin yang pada waktu tengahari isterinya akan menidurkan bayinya dan itu kesempatan aku. Awalnya aku nak beli ubat tidur dan bancuh dalam botol air mineral mereka di dalam peti sejuk supaya nanti dia terlelap dan tidak perasan akan hangat api. Tapi aku takut nanti polis mendapat tahu jadi aku tukar rancangan.

The Torture GameWhere stories live. Discover now