Rakaman

13.4K 231 24
                                        

28 September 2016

Kuching, Sarawak

Polis telah menerima panggilan daripada seorang lelaki yang berusia 30-an, memperkenalkan dirinya sebagai Tuhan. Perbualan selama lima minit itu telah dirakam dan polis berjaya mengesan lokasi pemanggil.

"Hello. Balai polis Kuching..."

"Tolong!"

"Sila bertenang. Boleh berikan keterangan dan lokasi encik? Nanti kami..."

"Dia datang!"

"Encik?"

"Dia datang!"

"Boleh encik bertenang? Tarik nafas dalam-dalam dan beritahu kami siapa yang datang."

"Saya."

"Maksud encik apa?"

"Saya datang."

"Encik ni siapa? Boleh beritahu?"

"Tuhan."

Perbualan sepi seketika sebelum pemanggil menyambung perbualan.

"Saya nak bercakap dengan Iskandar."

"Saya rasa dia orang yang kita cari(suara berbisik)... Tolong... rakam... ambil... okay saya sedia... krekkk(bunyi telefon ditarik)"

"Apa yang korang semua sedang buat? Merakam perbualan antara kita? (Bunyi ketawa)"

"Hello? Apa yang kau nak?"

"Kau apa khabar? Sudah naik gaji? (Bunyi ketawa)"

"Apa yang kau nak sebenarnya? Straight to the point."

"Kenapa? Saya saja-saja nak menelefon."

"Kau tahu kau sudah menjadi buruan hangat pihak polis. Kau nak bersembunyi di mana lagi Jim?"

"(Bunyi ketawa) Iskandar, kau tau tak ini sebabnya kenapa aku benci sangat dengan kau. Berlagak hebat. Berapa tahun sudah berlalu semenjak kau memburu aku?"

"Kau tak boleh bersembunyi lagi. Baik kau serahkan diri."

"(Bunyi ketawa) Tapi kau kena tau aku berada di mana. Kau kena cari aku."

"Tiada gunanya kau terus bermain permainan ni, Jim. Kemenangan sentiasa berpihak kepada orang baik pada penghujungnya."

"Bagaimana, sekiranya kau salah?"

"Sekiranya kau menang, lambat laun kau akan diadili di akhirat kelak."

"Bukankah aku Tuhan?"

"Kau bukan."

"Oh, aku bukan Tuhan. Jadi siapa Tuhan kau?"

"Kenapa kau menganggap diri sebagai Tuhan? Kau bukan Tuhan."

"Jadi siapa Tuhan kau? Bagaimana dengan Allen? Adakah itu yang Tuhan mahu terjadi padanya?"

"Kau sudah melebih-lebih bermain dengan nama anak aku."

"Bukankah kita sentiasa bermain, Iskandar? Bukankah ini perkara yang kita buat dari dulu lagi?"

"Kau yang bermain. Aku hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang polis."

"Adakah tugas seorang polis membunuh darah dagingnya sendiri? (Bunyi ketawa) Iskandar, Iskandar."

"(Bunyi barang bersepah dibaling jauh)"

The Torture GameTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang