Pada 28 September 2016, pihak polis berjaya memberkas pembunuh bersiri yang telah berlegar bebas selama empat belas tahun. Jimtes Loras Leio yang dikenali sebagai Jim si pembunuh bermulut manis telah melakukan pembunuhan terhadap dua puluh tiga orang selama tempoh tersebut. Namun, semasa disoal siasat, Jim mendakwa dirinya telah membunuh lebih daripada dua ratus mangsa.
Kebanyakan mangsa berumur antara dua belas hingga tiga puluh tahun. Walaupun begitu, polis mempercayai terdapat mangsa yang berumur kurang daripada sepuluh tahun. Semasa di mahkamah pengadilan, Jim mengaku bersalah atas tuduhan pembunuhan dan beberapa jenayah berat yang lain dan sesi pengadilan ditangguh sehingga bulan depan.
Jim sangat popular dengan caranya mengumpan mangsanya dengan berkenalan terlebih dahulu sebelum membawa mangsa ke tempat persembunyiannya untuk dijadikan bahan mainannya. Lebih mengerikan, Jim turut menyimpan beberapa bahagian tubuh mangsa di kawasan persembunyiannya.
Jim ditempatkan di penjara antarabangsa Malaysia, di Berten Rock. Ketika Jim diberkas di apartmentnya di Kuching Sarawak, polis telah menjumpai buku nota tebal kepunyaan Jim. Buku diari. Isi kandungannya ditulis oleh Jim sendiri mengenai dirinya dan apa yang dilakukannya seharian selama dia menjadi pembunuh bersiri. Pelik, buku yang seterusnya tidak berbentuk diari tetapi lebih kepada penceritaan.
Semuanya bermula dari buku diari tersebut.
YOU ARE READING
The Torture Game
Misterio / SuspensoAMARAN: Isi kandungan yang anda akan baca mengandungi unsur kejam, memualkan, lucah dan mungkin tiada nilai murni. Oleh itu, pembaca yang berumur kurang daripada 18 tahun sangat tidak digalakkan membaca penulisan ini. Cerita yang dikarang tiada kena...