Muka Surat Terakhir

13.4K 242 18
                                    

12 Julai 2002

          Lima bulan sudah berlalu sejak aku berjanji untuk menulis cerita tentang diriku yang berdasarkan kisah benar yang ku lalui dan diari seharian. Memandangkan aku perlu menulis cerita yang menarik, perjalanan seharianku juga perlu menarik sebab aku hanya pandai menulis berdasarkan pengalaman. Kalau diikutkan corak imaginasiku, sedikit lemah namun cukup hebat jika dibandingkan dengan penulis blog di luar sana. Esok aku akan mula menulis. Semoga berjaya.

13 Julai 2002

          Aku masih belum yakin jika aku perlu menyelitkan tarikh ataupun tidak untuk ceritaku. Risau jika aku terlupa apa yang aku buat dan menyulitkan aku untuk berbohong di luar sana. Apa-apa pun, esok aku akan betul-betul tukar penulisanku dari diari kepada cerita benar.

14 Julai 2002

Brienne, wanita yang ingin menjadi kekasihku masih lagi terkurung di dapur di rumahku di ladang. Rumah yang dihadiahkan oleh bakal bapa mertua tidak menjadi aku beberapa bulan sebelum aku membunuhnya. Kini hak ladang adalah milikku sepenuhnya. Rumah juga hak milikku sepenuhnya. Dan, ada Brienne yang menumpang di dapur.

Aku perlahan melangkah kaki ke dapur, sengaja bermain dengan Brienne agar nafasnya semakin laju akibat ketakutan. Aku sengaja mengurungnya di dapur agar dapat berborak dengannya ketika menjamu selera. Badannya ku ikat di kerusi kayu menghadap meja makan.

"Selamat petang"

Aku mengambil kuali yang digantung di dinding lalu mendekati Brienne. Dia mengalihkan mukanya ke arah lain. Matanya pejam.

"Tak mengapa. Saya tak akan dera awak hari ini" kataku kepadanya.

Aku membuka pintu peti sejuk lalu mengeluarkan baki lauk semalam. Selesai dipanaskan, aku menghidangkan makan malam di atas meja. Berhadapan dengan Brienne. Sudah tentu untuk aku seorang sahaja. Sambil mengunyah perlahan makanan, aku mengajukan beberapa soalan kepada Brienne.

"Awak dah makan?"

Tiada jawapan.

"Maafkan saya. Terlupa yang awak sudah tiga hari tidak menyentuh sebutir nasi pun."

"Awak pergi mana hari ni? Berjumpa kawan?"

Tiada jawapan juga.

"Maafkan saya. Terlupa yang awak sudahpun diikat di kerusi untuk sekian lamanya." Aku ketawa kecil.

"Kenapa dari tadi awak tak bercakap? Awak marah ke?"

Masih juga tiada jawapan lagi.

Aku menghadiahkan Brienne seukir senyuman. Lantas aku bangun dan duduk di kerusi di sebelahnya.

"Sekali lagi, maafkan saya. Terlupa yang mulut awak dilekatkan pita pelekat." Pita pelekat itu ku tarik dengan laju dan dia terbatuk di situ.

"Sebenarnya, saya ada benda nak bagitau."

"Lepaskan saya" sahut Brienne pula. Air matanya menitis membasahi pipi.

"Ssh ssh ssh. Jangan menangis. Saya ada berita baik." Aku mengambil tisu lalu mengelap lembut pipinya yang basah. Selewa dengan itu, aku menambah lagi.

"Awak ingat tak yang awak pernah cakap saya pandai bercerita dan patut menulis. Hari ni saya dah mula untuk bab pertama. Dalam buku diari saya."

Brienne hanya memandangku dengan perasaan tertanya-tanya. Mukanya kotor. Entah bila kali terakhir dia mandi. Aku lupa. Selang beberapa minit, aku menyambung kembali topik tadi. Tangisannya juga sudah semakin sepi.

"Tapi penulisan saya belum sampai ke tahap sepenuhnya. Mungkin awak ada sepatah dua kata nak bagitau."

"Lepaskan saya."

"Okay. Boleh."

Ikatan di badannya dileraikanku. Badannya lemah. Berat badannya juga menurun sejak beberapa bulan yang lepas. Aku menolongnya angkat dari kerusi.

"Awak tunggu di sini sekejap" kataku apabila berhenti di dapur gas. Pisau kecil yang diletakkan di atas sinki ku ambil dan dihalakan ke muka Brienne.

"Sekarang cuba teka aku nak buat apa."

Brienne mula menjerit namun jeritannya agak lemah dan rumahku jauh dari orang ramai.

"Jangan!!! Tolonglah, lepaskan aku Jim. Aku merayu."

"Sebenarnya aku kekurangan idea untuk penulisanku. Jadi, aku nak jadikan kehidupan seharianku menarik."

Brienne sudah mula tercungap-cungap. Risau jika nyawanya melayang. Tangannya menggeletar. Takut jika ajal menjemput. Hendak lari namun apakan daya, berapa hari tidak mengalas perut sehingga hampir tidak terdaya untuk melangkah sekaki pun.

"Awak tak payah takut. Saya tak akan bunuh awak. Sebenarnya saya bangga dengan awak sebab mampu bertahan hingga ke hari ini. Dan, saya nak ucapkan tahniah. Nak tau kenapa? Nanti saya bagitau. Tapi sebelum tu... saya nak bagi hadiah"

Aku menghidupkan dapur gas dan memanaskan hujung bilah pisau yang ku pegang sehingga panas dan kemerahan. Brienne sudah mula meronta. Merontalah sekuat hati kerana tidak kira bagaimana, dia tak akan dapat lari. Baju lusuh yang dikenakan pada badannya ditarik ganas oleh tanganku.

"Awak paling suka bahagian tubuh awak yang mana satu?" tanyaku kegembiraan.

"Tolong!!" Terduduk Brienne mengenangkan nasibnya. Jauh di lubuk hatinya, dia tahu yang dia tak akan dapat lari.

"Sebenarnya semua bahagian badan awak cantik. Saya taknak bazir masa jadi saya akan sasarkan belakang awak, okay?"

Sebenarnya Brienne masih tidak tahu apa yang aku akan buat terhadapnya. Mungkin dia ingat aku akan menoreh kulit ataupun memotong bahagian badannya. Dia salah. Seperti yang aku cakap tadi, aku nak ucapkan tahniah.

"Awak, tahniah. Tahniah sebab awaklah watak mangsa pertama dalam cerita saya. Awak suka tak menjadi orang pertama? Suka kan. Sekali lagi, tahniah Brienne."

"Apa yang kau mau Jim?" soal suara serak itu yang kadang-kadang batuk dan bercampur dengan suara tangisan.

"Tak ada apa, Brienne. Awak sedia? Saya mula. C - O - N..."

Teriakan Brienne yang lemah tiba-tiba lantang. Mungkin kesakitan yang dirasanya amat mendalam sejak aku menulis huruf C di kulit belakangnya diikuti dengan huruf O dan N. Aku belum selesai lagi.

"Brienne, tolong bertahan. Aku sambung okay? ...G - R - A - T - U - L - A - T - I - O - D. Hah! Kan dah sele... ops! Tersalah eja."

Tadi Brienne masih mampu terduduk. Sekarang dia hanya mampu terbaring di atas lantai menahan sakit. Pisau yang digunakan untuk mengguris belakang Brienne tadi dipanaskan lagi agar luka lebih mendalam dan memudahkan lagi kerjaku. Perkataan yang dieja di belakangnya tadi aku toreh garis selari untuk menandakan yang iyanya salah.

"Saya minta maaf sebab tersalah eja. Kita mula sekali lagi. C - O - N - G - R - A - T - U - L - A - T - I - O - N . Sekarang baru betul. Macam mana? Sakit tak?" Brienne sudahpun pengsan sebelum aku sempat menghabiskan perkataan tadi. Belakangnya mula basah dibaluti darah pekat yang keluar dari tubuh kurusnya. Perkataan "congratulation" sudahpun tercatit di belakangnya. Mungkin sakit baginya. Bukan salahku. Aku sekadar mengucapkan tahniah melalui torehan di belakangnya itu.

Diari Jim berakhir di sini. Namun pihak polis percaya Jim masih ada buku kedua untuk dia menyambung penulisan kejamnya. Dengan kesempatan yang ada, kakitangan penyiasat telah ditugaskan untuk menyoal Jim berhubung buku kedua yang mungkin disembunyikannya entah di mana.

The Torture GameWhere stories live. Discover now