04 Mac 1999
Nama aku Jim. Aku tak tahu macam mana nak mula tulis diari sebab ini pertama kali aku tulis benda macam ni. Apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih pada Lily sebab dah hadiahkan buku ni sempena hari jadi aku yang ke-13. Hari ni genap dah umur ku 13 tahun.
Walaupun muka Lily hodoh, tapi dia baik dengan aku sampai belikan aku hadiah walaupun aku benci melihat dia. Muka dia hitam. Agak-agak rumah dia tak ada atap sebab tu sunburn. Kesian. Kan bagus dia beli atap daripada belikan aku buku ni. Tapi tak apa lah. Mungkin dia satu-satunya orang yang ingat hari jadi aku. Selain mak aku lah. Goodnight.
05 Mac 1999
Di sini Jim melukis gambar batang zakar yang matang ditumbuhi beberapa helai bulu dengan menggunakan pen biru dan dicontengnya dengan pen merah, mungkin cuba memadam atau mengaburkan visual yang dilukisnya.
18 Julai 2001
Sudah dua tahun lebih aku biarkan buku ni tak dicotet sebaris ayat pun. Aku bosan. Benda ni kalau buat perempuan boleh lah.
19 Julai 2001
Hari ini aku rasa sangat gembira. Aku dah ada girlfriend. Selamat malam dunia.
21 Julai 2001
Hari in
17 Ogos 2001
Aku sangat tertekan. Ayah dan mak bertengkar. Aku malu. Jiranku juga mendengar ayah dan mak bergaduh. Aku cuba menenangkan mereka berdua tapi ayah baling kotak rokok dekat muka aku. Nak keluar dari rumah pun aku tak mahu, nanti jiran tanya apa yang berlaku. Aku taknak jawab. Semoga semuanya baik-baik saja. Night.
18 Ogos 2001
Nurul mengajakku putus. Sekarang pada buku ni saja lah aku meluahkan perasaan. Kenapa benda ni terjadi kat aku? Aku rasa macam tak ada orang sayang kat aku. Goodnight.
25 Ogos 2001
Aku pantang bila ada orang kacau aku masa aku tengah panas macam ni. Jangan sampai aku mengamuk. Butoh Vincent perampas! Dahlah masalah keluarga belum selesai, tambah lagi dengan masalah sekolah. Sekarang butoh Vincent rampas girlfriend aku!
30 Ogos 2001
Semuanya dah berakhir. Selamat tinggal Nurul. Mungkin kita bukan dicipta untuk bersama.
02 September 2001
Hari ini aku dera kucing peliharaan aku. Aku rasa seperti semua masalahku pergi. Aku puas. Pada awalnya aku hanya menjentik telinganya saja. Kemudian dia menggaru telinganya menggunakan kakinya. Aku tersenyum tanpa aku sedar. Kemudian aku mengangkat kucingku, lalu membawanya ke reban ayam ayahku.
Aku mengurungnya bersama ayam jantan. Ku ingatkan mereka akan berlaga tetapi kucingku cuba melarikan diri dan ayam jantan itu cuma mengepak sayapnya tanpa menghiraukan kucing yang sesangkar dengannya. Kawanku pernah berkata dia selalu mendera kucing saudaranya dengan menyepaknya sehingga mati. Tetapi aku rasa dia menipu sebab kucingku akan lari apabila dia berasa tidak senang. Mungkin dia betul.
Satu cara yang berhasil ialah dengan menutup kepala kucing dengan plastik hitam. Dia tak akan dapat melihat secara langsung dia tak akan bergerak. Aku memulas-mulas ekornya. Memusingnya dalam bulatan sehingga dia mula berasa pening. Sangat lucu. Apa-apapun jam sudahpun menunjukkan pukul 11 malam. Selamat malam.
05 September 2001
Ayah dan mak sudah pun bercerai secara sah. Aku tidak memutuskan untuk mengikut sesiapa jadi aku hanya tetap tinggal di sini. Ayah akan balik ke negeri asalnya di Sabah, bermakna aku tinggal bersama ibuku di Sarawak walaupun aku tidak memilih sesiapa. Aku sedikit rasa bersalah terhadap ayahku.
14 September 2001
Aku mendapat khabar daripada makcikku yang ayah membunuh diri di kediamannya. Dia mati tiga hari yang lalu. Pada Selasa yang lepas aku melawat ayahku di Sabah. Pada waktu itu dia bersendirian di rumah. Kami berdua bergaduh sehingga aku merasa sakit hati lalu menampal mukanya dengan bantal sehingga dia tidak mampu bernafas dan meninggal dunia. Sebab itu aku tahu dia mati tiga hari yang lepas.
Aku kemudian menggantung tubuhnya di atas kipas, seakan-akan dia membunuh diri. Aku tahu polis pasti dapat membezakan jika orang itu benar-benar membunuh diri dengan melihat tubuh badan mangsa dan tempat kejadian. Sebab itu aku mengemas biliknya terlebih dahulu dan meletakkan kerusi yang tumbang di bawah tubuhnya dan membetulkan posisi badannya.
Keesokannya aku balik semula ke Kuching. Bagaimanapun polis mendapat tahu aku pernah menempah tiket penerbangan ke Sabah. Aku disoal siasat. Aku memberitahu perkara sebenar bahawa kami ada bergaduh namun tidak mendedahkan mereka bahawa selepas itu aku membunuh ayahku. Polis sangat bodoh kerana mempercayai air mata ku. Terima kasih ke atas bakatku yang pandai berkata-kata. Aku selamat. Apa lagi yang selamat? Selamat malam!
16 September 2001
Jika diingatkan, aku berasa takut selepas aku membunuh ayahku. Aku terpaku seketika. Tanganku menggeletar, mulutku pucat, aku berpeluh walaupun pada hari itu hujan turun dengan lebat. Tanpa ku sedari juga, air mataku sedikit menitis. Itu adalah pasti. Yang palsu hanyalah ketika aku disoal siasat oleh polis. Jadi pada hari ini, aku melatih diriku untuk tidak menjadi takut. Terima kasih kepada kucingku. Dialah yang melatihku.
Badannya kurus kerana tidak diberiku makan. Aku mempunyai seekor kucing betina sahaja. Sama seperti ku. Aku anak tunggal. Tapi kucingku ini bukan anak tunggal. Cuma masa kecil mak aku buang adik beradiknya yang lain ke dalam sungai. Dalam erti lain, kami menunggalkannya secara sengaja. Sudah seminggu aku tidak datang ke sekolah. Tapi aku tak kisah. Dulu, semasa di kelas aku pernah berbual dengan kawanku tentang misai kucing ni.
Dia memberitahuku kucing menggunakan misainya untuk mengukur jarak sesuatu objek dan menjadi panduan untuknya bergerak dengan tepat. Kawan aku memang banyak yang bodoh. Dia ingat kucing ada belajar matematik. Memang boleh dijodohkan dengan Lily muka hitam. Seorang muka hitam, seorang otak kosong. Memang sepadan bagai pinang dibelah dua. Bila pinang dibelah, isi sebelahnya kosong dan isi sebelahnya hitam. Kenapa hitam? Hitam maksudnya hari dah malam. Jadi, selamat malam.
17 September 2001
Hari ini hari isnin. Aku tak tahu mana kucing aku pergi.
18 September 2001
Semalam aku tak dapat cari kucing aku. Mungkin beliau pergi cari makanan dekat tong sampah sebelah bus stop sana. Kena panggil dia beliau sebab dia yang akan tolong aku buang rasa takut kat hati ni. Hormat kucing yang sedia berkhidmat. Tapi tak apa, hari ini aku dah dapat beliau. Sebenarnya aku ni pelajar paling pandai di sekolah. Cuma sekolah tu bukan tempat aku. Tujuan aku menulis diari ni bukan untuk meluah sahaja, tetapi juga tempat aku mencatit semua benda yang aku buat supaya tak berlaku kesilapan di hari yang akan datang. Supaya aku tak lupa.
Yang pasti, bukan sebab aku kasihan tengok buku yang Lily hitam bagi ni kosong begitu saja.
YOU ARE READING
The Torture Game
Mystery / ThrillerAMARAN: Isi kandungan yang anda akan baca mengandungi unsur kejam, memualkan, lucah dan mungkin tiada nilai murni. Oleh itu, pembaca yang berumur kurang daripada 18 tahun sangat tidak digalakkan membaca penulisan ini. Cerita yang dikarang tiada kena...