Selepas Inspektor Iskandar berang dengan Jim, dia membelasah Jim di bilik soal siasat. Jim tidak melawan menyebabkannya cedera dan terpaksa dihantar ke hospital untuk rawatan. Empat hari kemudian, Inspektor Iskandar menyoal semula Jim. Kali ini, Jim bersetuju untuk memberitahu mereka di mana dia menyembunyikan buku keduanya. Jabatan siasatan jenayah kemudian menghantar beberapa penyiasat ke lokasi iaitu di Villa lama kepunyaan Jennette.
Pada 4 Mei 2004, Jennette telah dilaporkan hilang selepas majikannya membuat laporan polis bahawa Jennette tidak datang ke tempat kerja lebih daripada sebulan. Lima bulan kemudian, Jennette tampil di balai polis mengatakan yang dia sebenarnya hanya berhenti kerja tanpa surat pemberitahuan. Setibanya di lokasi, polis menemukan buku kedua Jim.
Buku kedua bermula dari sini
19 Julai 2002
Sebenarnya aku tidak menjangka yang aku akan membeli buku baru semata-mata untuk menyambung ceritaku yang pada asalnya hanyalah bertujuan untuk menulis diari. Sudah lama aku tidak mendengar khabar dari Lily si kulit hitam. Walaupun dia hodoh, kerana dia jugalah aku menulis cerita ini. Terima kasih Lily. Semoga makin hodoh.
Hari ini hari jadi Brienne. Bersempena dengan itu, aku menghadiahkannya sesuatu yang aku yakin dia tak akan lupa seumur hidup. Sementara dia masih belum bangun dari mimpi, aku keluar mendapatkan hadiah yang dijanjikan. Tidak lama. Bukan apa, tak jauh pun. Dapat saja hadiah, aku pulang ke rumah. Aku terus menendang kerusi di mana dia diikat di dapur. Brienne lantas bangun dari tidur.
"Good morning sweetheart."
Aku tahu Brienne sangat lemah. Kemungkinan dia dapat mendengar suaraku sangat tipis. Jadi aku memberinya baki nasi yang aku makan semalam. Sisa-sisa nasi di dalam periuk ku korek dan letak dalam plastik. Tanpa sebarang lauk, aku melempar plastik itu ke arah Brienne. Mukanya mendekati plastik itu, dengan menggunakan giginya, dia membuka ikatan tersebut lalu melahap nasi tadi.
Tupp!
Aku memijak kepala Brienne lalu berkata "saya paling tak suka kalau orang tu tak berterima kasih pada pemberian saya."
"Terima kasih Jim". Air matanya menitis. Hampir setiap harilah aku melihatnya menangis.
Biarlah dia bermandikan air mata, jimat sikit bil air aku nak bagi dia mandi. Kadang-kadang aku rendam dia dalam air hujan. Itu pun kalau ada hujan.
20 Julai 2002
Aku terlupa memberi hadiah kepada Brienne. Sepatutnya semalam. Takut nanti terlupa, aku berhasrat harini aku akan berikan dia hadiah. Lagipun, bukannya boleh simpan lama-lama. Seperti biasa, aku melangkah ke dapur.
"Brienne! Bangun!" Tersenyum aku melihat dia terkejut mendengar teriakanku.
"Happy Birthday!"
Brienne memandangku dengan perasaan was-was. Dia tahu pasti ada sesuatu yang tak kena. Dia betul. Mungkin tidak.
"Apa kau nak buat?" tanya Brienne risau.
"Saya cuma nak bagi hadiah. Itu jer. Maaflah kalau semalam saya lupa."
Brienne memerhatiku dari atas ke bawah. Dilihatnya tiada pisau. Tiada batang pemukul. Tiada benda merbahaya yang dipegangku. Apa yang dia fikir sekarang cuma satu. Aku mahu merogolnya. Untuk pengetahuan, aku tidak akan melakukan perkara sebegitu buat masa ini. Bayangkan badannya kotor tidak mandi berhari-hari, mana aku mahu merisikokan diri dijangkiti bakteria.
Tanpa membuang masa, aku meleraikan ikatan pada tubuhnya dan membogelkannya tanpa seurat benang pun yang tinggal. Brienne meronta sekuat hati. Akhirnya dia kalah dengan kekuatan seorang lelaki. Badannya ku hempas di atas meja. Aku mengikat semula tubuhnya. Kali ini di atas meja.
YOU ARE READING
The Torture Game
Mystery / ThrillerAMARAN: Isi kandungan yang anda akan baca mengandungi unsur kejam, memualkan, lucah dan mungkin tiada nilai murni. Oleh itu, pembaca yang berumur kurang daripada 18 tahun sangat tidak digalakkan membaca penulisan ini. Cerita yang dikarang tiada kena...