PROLOG
Sorry, tak boleh datang ke majlis pelancaran buku terbaru tu hari ni sebab masih kat sini. But I hope, everything is going to be awesome! Pray for you always, love you! – Bakal Suami Pilihan
Again?!
Aku baru cadang nak buat kejutan tu hari ini...
Spoil betul!
BAB 1
Dulu, aku selalu berangan, suatu hari nanti buku-buku aku akan ada atas rak kedai buku popular kat Malaysia ni. Pergh... Sure gempak tak ingat bila nampak nama, DIAN ARYANI di dada-dada rak kedai buku tu. Lepas tu, buku aku tersiar dalam akhbar Berita Harian sebagai buku terlajak laris. Tak pernah nak beli akhbar Berita Harian seumur hidup pun tapi apabila buku dah selalu masuk carta, kerja nak beli saja surat khabar tu setiap hari Jumaat.
Aku rasa itu semua idaman setiap penulis. Laratlah asyik Syamnuriezmil saja duk dalam carta. Kasihan kat dia juga, tak ada yang ganti... Heh!
Tapi...
Bila berangan dah jadi kenyataan...
Nak maintain susahnya!
Masuk buku ketiga... Aku seakan-akan lost!
Tiba-tiba aku tertanya pada diri sendiri, apa bendalah yang aku tulis ni? Kenapalah tak seperti buku-buku aku yang lepas? Kenapalah aku tak ada perasaan teruja seperti teruja untuk siapkan manuskrip aku yang dulu? Takkan baru keluar tiga buku... Aku dah lost?
Bak kata Ernest Hemingway – You shouldn't write if you can't write.
Aku dah tak boleh menulis dah ke?
Atau...
Sahih... Ini mesti pasal performance buku aku yang ketiga. Tak masuk carta. Tak hebat macam buku-buku aku yang sebelumnya. Kenapa jualan buku sekarang agak slow? Takkan hal ekonomi dunia punya pasal? Sangkut dengan harga naik turun minyak ke? Nak kata GST... Buku tak ada dikenakan GST.
Atau...
Cerita aku dah tak best? Tapi, semua reader aku... Okey aje!
Atau...
Mereka semua air cond aku?
Kalau jualan tak baik, kenapa bukan penerbit yang panggil? Kalau ini hal berkenaan jualan, mestilah penerbit punya masalah. Atau, ini sebab manuskrip aku yang keempat? Tak okey ke? Kalau okey, kenapa editor nak jumpa aku? Selalunya, Kak Adibah tu luluskan saja. Tak banyak songeh, tak banyak tukar. Cuak dah aku ni. Atau dia nak campak manuskrip aku macam dia campak manuskrip penulis lain.
Huh...
Macam-macam rasa dalam hati ini...
Selagi tak berdepan dengan Kak Adibah, selagi itulah macam-macam rasa yang keluar.
"Dian... Kak Dib panggil masuk."
Aku menoleh. Aku pandang Abang Fauzi. Dia tu, assistant editor Kak Adibah. Selalunya, aku deal terus dengan Abang Fauzi. Kali ini, aku kena berdepan dengan Kak Adibah sendiri. Cuak, mak... Cuak!
"Okey... Okey."
Dup-dap, dup-dap...
"Relakslah. Macam orang nak jumpa guru besar saja."
"Memang pun!"
"Kalau tak buat salah... Tak kenalah marah. Kan?"
"Abang senanglah cakap. Abang jumpa guru besar tu hari-hari. Jumpa hari-hari dengan jumpa setahun sekali, ada beza tau."
YOU ARE READING
MANUSKRIP CINTA
RomanceTajuk: Manuskrip Cinta Penulis: Syamnuriezmil Muka Surat : 682 Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0992-45-7 Harga: RM26.00 (Semenanjung) // RM29.00 (Sabah & Sarawak) DAPATKAN SEGERA DI WEBSITE http://karyaseni.my/ http://p2u.my...