Eh, silap... Dia baru putus ASA. Bukan putus CINTA. Heh... Sorry for auto replace! – Rian
CEH!
Salah keyboard rupa-rupanya...
Aku ingatkan betullah tadi.
Ohhh...
Perangkap?
No!
Klise!
Aku kena tukar konflik.
Aku kena buat yang Elena merupakan tunang Rain tetapi Elena ada boyfriend lain! Elena tak suka Rain sebab dia anggap Rain seperti abangnya kerana mereka sudah kenal daripada kecil. Tetapi, Rain tak kesah pun untuk ditunangkan kerana Rain... Mamat serius yang tak ada masa nak cari jodoh. Dia fokus nak jadi doktor pakar jantung.
Tapi...
Rain tak sangka... Elena minta ditunangkan olok-olok kerana dia ada boyfriend. Rain akur dan sebab itu Rain berkawan dengan Nia. Bila dengan Nia, tiba-tiba Elena muncul dan mengatakan dia putus cinta dan mahu kembali kepada tunangnya.
Yes!!!
Baguslah auto replace tu...
Aku dapat konflik baru.
Tulis Dian...
Nanti terlupa!
Cepat-cepat aku ke meja dan mencari buku idea aku. Kat mana-mana ada kertas. Semua buku pun ada conteng. Sebabnya, idea tu akan datang macam inilah. Kalau tengah tidur pun, boleh terbangun.
Sedang aku tulis...
Dahi aku berkerut.
Cinta...
Dan
Asa...
Jauh beza kut!
Apa yang auto replace nya?
Bukan kalau auto replace, pangkalnya kena sama ke? C... Cina ke cincin ke... Apa hal pergi ke asa?
Hmmm...
"Hmmm... Tulis apa?"
Terkejut aku apabila Helena muncul di belakang aku.
"Eh, Helena... Tak ada apa. Saya memang suka catit apa-apa, selalu lupa. Maklumlah, dah berusia. Solatlah. Saya dah bentangkan sejadah."
"Terima kasih sebab sudi tumpangkan saya."
"Sikit punya hal."
"Bilik ni siap ada dua katil... Awak tidur dengan siapa?"
"Adik saya. Tapi, dia kat UKM sekarang, study."
"Ohhh... Banyak buku ya dalam bilik awak. Awak suka membaca?"
"Suka sangat."
"Awak mesti suka menulis juga, kan?"
"Suka juga tapi tak adalah sampai nak tulis buku."
Cover.
Walhal dah berbuku-buku aku tulis.
Selalunya penulis tak suka cakap yang dia tu seorang penulis. Yang tahu aku ini penulis, cuma Gee. Lain-lain tak tahu. Kalau mereka tanya aku kerja apa... Aku kata aku pengutip sewa rumah sewa arwah ayah.
Memang banyak pun rumah sewanya. Bukan saja rumah panjang ni. Rumah-rumah lain pun ada juga. Rumah panjang ini saja yang dibina berdekatan dengan rumah kami. Senang katanya. Rumah yang lain... Jauh-jauh juga. Ada di Sungai Petani, ada juga di Melaka. Sebulan aku boleh dapat dekat RM10 ribu... Belum campur, hasil kebun, hasil ternakan... Hasil royalti lagi!
Alhamdulillah...
"Lama-lama mesti pandai tulis buku. Bolehlah awak tulis kisah saya..."
"Dengan Rian?"
Helena ketawa. "Mungkin lepas ini?"
"Maksud awak?"
"Tak apalah... Saya solat dulu."
Mungkin lepas ini?
Apa maksud, mungkin lepas ini?
Mungkin lepas ini, cerita tentang dia dengan Rian. Habis sebelum ini, cerita dia dengan siapa? Bukan Rian tu tunang dia ke? Apa cerita di sebalik hubungan Helena dan Rian? Adakah sama cerita yang aku ciptakan antara hubungan Elena dan Rain? Macam mana dengan Nia? Dian?
Eh...
Apa hal aku nak masuk dalam cerita Helena dan Rian?
Esok... aku bawa boyfriend untuk kau. Datang kat kafe, tempat biasa... – Gee
Aku tengok mesej Gee... Aku tersengih. Ini baru kisah Dian dan...
Siapa weh? – Dian
Boyfriend kaulah! Dah... Aku nak kerja ni. – Gee
Dan... Bakal boyfriend aku!
Pergh...
Terlupa dah aku tentang MUNGKIN LEPAS INI!
Dah dapat boyfriend punya pasai...
YOU ARE READING
MANUSKRIP CINTA
RomanceTajuk: Manuskrip Cinta Penulis: Syamnuriezmil Muka Surat : 682 Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0992-45-7 Harga: RM26.00 (Semenanjung) // RM29.00 (Sabah & Sarawak) DAPATKAN SEGERA DI WEBSITE http://karyaseni.my/ http://p2u.my...