BAB 5

4.9K 130 3
                                    

Seawal pagi aku bangun untuk menulis. Pukul 4 pagi sudah terpacak di depan komputer. Kadang-kadang aku solat tahajud terus sebelum menulis. Solat tahajud ini bukan saja menenangkan tetapi juga mempermudahkan segala urusan aku. Ada sebab kenapa Allah S.W.T selalu bangunkan aku pukul 4 pagi.

Tapi hari itu, aku tak menulis di bilik tidur. Aku menulis di dapur. Dapur antara tempat kegemaran aku... Bukan sebab mudah dapat idea tapi sebab senang nak buat air Nescafe.

Heh!

Lagipun, Helena sedang nyenyak tidur. Tak naklah kacau dia dengan bunyi ketukan bunyi keyboard aku ni. Kalau Nian ada pun, aku tak tulis dalam bilik. Yalah, ketuk-ketuk keyboard ni, walaupun dalam silent mode tapi cahaya komputer tu mengganggu tidur orang. Ada sesetengah orang tak boleh tidur walaupun ada cahaya sikit.

Helena!

Semalam dia banyak bersembang dengan ibu. Tak sempat aku nak korek banyak pasal dia. Lagipun, dia sembang pun... Tak ada sembang sangat pasal dia dan Rian. Seakan-akan dia dengan Rian tak ada apa-apa hubungan pun!

Ya...

Apa maksud mungkin lepas ini?

Aku baru teringat hal itu pukul 4 pagi ini...

Ceh!

Helena nak balik dah pun pagi ni, mana sempat nak korek. Tapi, mendengar apa yang dia cerita pada ibu... Dia dan Rian berkawan sejak kecil tapi abang Helena, Herlan lebih baik dengan Rian kerana sebaya.

Tersama pula dengan jalan cerita dalam manuskrip aku. Tapi, aku tak adalah buat yang Elena tu ada abang pula. Sebab itu Elena menganggap Rain sebagai abang sebab dia tak ada abang.

Hmmm...

Berbalik pada Rian dan Helena. Keluarga Rian dan keluarga Helena merupakan kawan lama kerana bapa Rian dan bapa Helena, merupakan doktor pakar, satu universiti, satu hospital juga.

Keluarga doktorlah ni.

Helena pun doktor juga tapi doktor biasa. Bukan doktor pakar. Beza usia Helena dan Rian dalam lapan tahun. Kalau aku dan Rian bezanya enam tahun maknanya Helena muda dua tahun daripada aku, so, Helena 28 tahun.

"Pertunangan atas dasar keluarga."

"Ohhh... Bila nak kahwin?"

"Jangkanya hujung tahun."

Hujung tahun? Hujung tahun ni dah tak lama sangat pun. Lagi tiga bulanlah? Sama bulan pesta buku satu Malaysia pula!

"Tak lama tu. Dah berapa lama bertunang?"

"Dah masuk empat bulan. Itulah mak cik, lagi tiga bulan saja nak langsung. Nak tak nak, terpaksalah saya datang ke sini untuk jumpa dengan Abang Rian nak selesaikan hal kahwin inilah, sebab dia tu sibuk sangat!"

"Itulah. Mak cik tak pernah nampak Rian balik ke KL sejak tiga bulan dia menyewa rumah mak cik. Sibuk kerja saja. Tak tengok kiri kanan pun!"

"Dia tu macam papa, patient paling utama."

"Patutlah dia 36 tahun dah!" sampuk aku.

"Dia cita-cita nak jadi konsultan cardiologist sebelum usia dia 40 tahun. So, he need more hours and more experience."

Rian gila kerja.

Rain?

Alahhh, aku buat dia orang yang sama sajalah. Pening-pening buat apa. Sebab Elena meminta Rain untuk bertunang olok-olok, Rain anggap dia tak ada jodoh dengan Elena dan terus bercita-cita untuk menjadi doktor pakar seperti ayahnya. Sehinggalah Rain bertemu dengan Nia.

MANUSKRIP CINTAWhere stories live. Discover now