BAB 11

4K 114 3
                                    

Pilihan yang sukar apaaa?

Dua-dua pun bukan pilihan aku. Dua-dua tak memilih aku pun. Dua-dua pun ada agenda. Ibu ni... Main sebut saja. Suka hati tok dia saja nak cakap macam ni. Tahu tak, apa yang keluar daripada mulut dia tu... Tidak berhijab. Direct terus kepada Allah S.W.T.

Haih ibu...

Nak sangat aku kahwin cepatlah tu.

Dah 30 tahun dah... Feel nak kahwin tak seberat sewaktu usia aku 25 tahun. Masa terkinja-kinja nak kahwin dulu, tak ada pula yang nak masuk meminang. Mai tak dak feel yang datang mengarut-ngarut pula. Doktor gay la... Doktor bertunanglah. Sebab itu bila fikir-fikir, kenapalah kisah cinta tak semudah kisah cinta Nia dan Rain?

Jumpa dan jatuh cinta.

Kan senang?

Kenapa nak ada antagonis bagai?

Kalau ada pun lagi menguatkan cinta mereka.

Masalahnya aku, nak ada antagonis apa. Protagonis pun... Sengal! Manalah cinta nak mai kalau feel pun datang terhegeh-hegeh macam siput.

Tak kesahlah pilihan sukar ke apa...

Yang penting sekarang ialah manuskrip aku kena siapkan sebelum deadline. Kau ingat senang nak dapat peluang kedua daripada Kak Adibah? Susah tau manuskrip nak diterbitkan dengan syarikat penerbitan yang besar dan terkenal macam tu. Jangan buat hal, Dian... Jangan buat hal! Takkan kau nak makan duit rumah sewa arwah ayah kau sampai mati? Aku kena juga buat sesuatu untuk diri sendiri. Benda senang bukannya datang bergolek. Kita yang kena bergolek, bergolok-gadai untuk cari kesenangan!

Jadi...

Dian...

Kau ialah Nia Ariana. Kau kena rasa apa itu cinta dalam tempoh kurang dari tiga bulan ni. Ambil peluang. Doktor gay pun... Doktor gaylah, Dian. Lagipun, dia dah all out. Takkan kau nak call out pula? Bukan senang kut nak dapat pengalaman first hand macam ni. Manuskrip kau kali ni, confirm gempak punya, Dian! Silap hari bulan, best seller selama dua tahun. Bukan senang nak dapat best seller selama dua tahun macam Syamnuriezmil tu.

"So, keputusan aku ialah..."

"Apa?"

"Aku ikutlah preskripsi dia untuk tiga bulan ni semata-mata untuk manuskrip aku."

"Tiba-tiba aku terfikir Dee..."

"Fikir apa?"

"Kalaulah Rian cakap, sebenarnya apa yang Helena cakap tu betul, kau nak teruskan dengan Izak ke? Yalah, sebab Rian tu kan memang Rain dalam cerita kau."

"Kau dengan ibu sama saja fikiran. Aku rasa, kita tertukar kat hospital kut. Kan kita lahir sama tarikh dan sama hospital."

"Kau ingat ni apa... Sinetron Indonesia nak tukar-tukar bayi?"

Aku tergelak.

Entahlah.

Aku pun tak pasti.

Mungkin... Itu akan buat pilihan aku jadi sukar. Yalah kan, better Rian than Izak. Sebab Rian memang Rain dalam manuskrip aku. Tapi, kalau aku tengah bercinta dengan Izak... Takkan aku nak tinggalkan dia semata-mata Rian pula? Macam aku pula yang antagonisnya!

"Dian dengan Izak. Nia dengan Rian."

"Amboi... Dua-dua sekali sapu."

"Penulis kan. Dia ada banyak karakter."

"Jangan karakter kena gelek traktor sudahlah!"

Tak menyokong langsung!

"Benda spekulasi tak payahlah nak fikir. Sekarang ni, yang penting... Aku kena jalankan eksperimen aku segera. Aku dah sampai bab yang Nia dah jatuh cinta pandang pertama dengan Rain ni. So, aku kena feel yang aku ada rasa jatuh cinta pandang pertama dengan Izak."

MANUSKRIP CINTAWhere stories live. Discover now