Malam itu.
Aku sedikit letih.
Selalunya, aku tak menulis malam. Selalunya, aku tidur awal. Tapi, sebab aku sedang menunggu preskripsi Izak itulah sampai sekarang aku tak tidur lagi. Lama betul dia ambil masa nak tulis preskripsi. Aku dah bagi manuskrip tu sejak aku balik dari hospital lagi. Lama dah!
Belek tengkoraklah tu!
"Lama tenung komputer tu... Tak dak idea ka?"
"Haih ibu ni. Kak bukan menulih pun. Kak tengah tunggu e-mel. Sambil baca-baca manuskrip ni, celah mana pula nak tambah."
"E-mel siapa?"
"E-mel daripada boyfriend gay kak itulah!"
Dahi ibu berkerut.
"Ibu tak boleh marah kak."
"Awat?"
"Yalah, sebab kak buat eksperimen cinta dengan seorang doktor gay. So, mustahil dia boleh jatuh cinta kat kak. Jadi, tak dak istilah permainan hati dan perasaan. Masing-masing ada agenda masing-masing. Visi dan misi."
Aku sebab manuskrip aku.
Dia?
Hmmm...
Dia mungkin sebab nak cover aktiviti dia, kut. Mana tahu! Dan buat apa aku nak tau? Untunglah sebab dia nak juga bantu aku, jadi boyfriend aku. Ingat senang nak dapat orang yang sama kerja macam Rain... Jadi sedikit sebanyak... Realiti aku macam fantasi aku. Walaupun, Rain ialah Rian.
"Mana? Tengok orangnya lagu mana?"
Aku menunjukkan gambar profil WhatsApp pada ibu. Kemudian ibu tersenyum memandang aku.
"Doktor ni?"
"Doktor pakar tulang. Orthopedist."
"Sungguh ka gay?"
"Sungguhlah. Dia habaq."
"Betui ka?"
"Ya Allah ibu ni... Awat pula tak betui?"
"Muka jantan lagu ni, badan tegap-tegap..."
"Mulut macam loji."
"Bawa jumpa ibu."
"Awat?"
"Kata jadi boyfriend, takkan tak dak nak kenai-kenai dengan keluarga. Lagipun, ibu rasa sengai-sengai tangan ibu ni. Kot-kotlah... Ada kena-mengena dengan tulang ka?"
Dan dan...
Rasa sengal.
Sengal betul!
"Nantilah."
"Manalah tau, ada rezeki ibu, bermenantukan doktor. Tak dapat Rian, dapat... Siapa nama dia?"
"Izak Ashaal."
"Tu dia, nama orang putih."
"Maknya mak Datin, pereka fesyen, ada butik kat Ipoh tu."
"Patutlah. Sayang noh... Pi jadi gay pula. Pernah pasrah ka? Putuih cinta? Cinta tak kesampaian? Tengok muka, takkanlah tak ada yang berkenan. Memilih kut?"
"Manalah kak tau. Tak dan nak interview lagi sebab dia ada patient. Tapi cerita dia tak menarik sangat, bu. Cerita Rian dan Helena tu lagi best."
"Awat dengan depa?"
Aku pun ceritalah pada ibu kejadian pagi tadi. Tadi waktu aku balik, ibu tak ada di rumah. Manalah sempat nak menyembang. Lagipun, ibu pun dok sibuk sekarang dengan program di masjid tu. Yalah, sejak jadi AJK ni, semedang tak lekat di rumah. Ada program itulah, ada program inilah. Entah-entah dia ada program lain kat luar?
Aku ni...
Sikit lagi dah boleh jadi Rick Castle dah.
Writer cum investigator.
Lepas tu ada show sendiri.
Aummm sangat!
"Dia kata lagu tu?"
"Helena habaq sendiri kat kak."
"Kak silap dengaq kut? Kat hospital tu kan hingaq."
"Dakkk... Kak betui-betui dengaq dia cakap yang kak dengan Rian bercinta. Dia tak sampai hati nak putuskan percintaan kak dengan Rian sebab kak baik dengan dia. Memanglah kak baik dengan dia sebab baik ada makna. Kalau kak bercinta dengan Rian tu, kak dah naik angin dan dengan Rian sebab bertunang tak habaq."
"Macam manuskrip kak tu laaa?"
"Haaa..."
"So, kak rasa bukan kaklah Rian tu cinta?"
"Ahhh... Kak rasa Helena buat andaian saja atau Rian buat kak jadi ba baa black sheep!"
Aku dengan ibu...
Macam kawan.
Aku cerita semuanya pada ibu. Aku tak pernah tinggal satu pun. Aku lain sikit daripada Nian. Nian Aryana binti Aryan tu perahsia orangnya. Aku pun jarang dapat tahu rahsianya sebab dia kata aku akan cakap pada ibu.
Memang pun!
Ibu ni macam pen drive bergerak aku. Dia boleh ingat setiap cerita yang aku tulis, siap atau tidak. Aku tak tahulah apa yang tok aku bagi dia makan tapi dia ada otak serupa pen drive yang tak ada butang format dan unlimited storage!
Hebat ibu aku.
Tengoklah anak dia lagu mana!
Kajian mengatakan, penentuan anak itu bijak ataupun kurang bijak tertakluk kepada gen ibunya. Ibu bijak, anak mesti bijaklah. Ibu kurang bijak... Anak... Wallahualam! Nasib baik aku dan Nian dilahirkan oleh Puan Seri Diana binti Haji Daud tu!
"Ibu rasa lagu mana?"
"Orang perempuan ni, dia tak akan cakap kalau dia tak nampak. Mungkin Helena nampak sesuatu bila Rian dengan kak. Sebab tu dia rasa kaklah orangnya."
"So, ibu rasa Rian tu?"
Tinggg!!!
Mesej masuk.
WhatsApp daripada...
Sayang, tengok e-mel. – My Gay BF
Heh...
Aku saja letak nama dia kat contact aku macam tu. Sebab tadi masa dia simpan nombor aku, dia tulis MY SAYANG. Kalau Nia, mungkin akan rasa berbunga hati tu sebab Rain kan sweet.
Aku?
Mengenangkan mulut dia yang macam loji tahi tu...
Potong!!!
Tapi...
Aku kan kena jadi Nia!
Haih...
Macam manalah nak jadi Nia kalau aku dapat 'Rain' tu ialah Izak? Rosaklah mood aku, habislah manuskrip aku!
Lama betul nak tulis preskripsi. Tulis novel ke apa? – Dian
Abang ni doktor, sayang... Bukannya penulis. – My Gay BF
Aku mencebik. Ada saja nak menjawab!
Aku terus buka laptop. Puas sikit tengok e-mel dalam komputer berbanding telefon bimbit.
Subject : Prescription for 3 months
Aku buka e-mel tu. Aku saspens. Apalah agaknya preskripsi yang my gay boyfriend aku tu tulis. Punya lamaaa nak tunggu karangan daripada dia. Harapnya janganlah dia minta yang mengarut-ngarut. Ibu ada di sebelah pun turut saspens. Macam dia pula yang kena berjumpa dengan doktor.
Tapi bila aku buka...
Be Yourself 1000mg OD x 3/12
Trust Me 1000mg OD x 3/12
Love Me Unconditionally 1000mg OD x 3/12
*OD – once a day
Aku?
Apa dia ingat aku ni Panadol dua biji ke?
Ibu memandang aku. "Ibu rasa... Kak akan berdepan dengan dua pilihan yang sukar."
Errr...

YOU ARE READING
MANUSKRIP CINTA
RomantikTajuk: Manuskrip Cinta Penulis: Syamnuriezmil Muka Surat : 682 Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0992-45-7 Harga: RM26.00 (Semenanjung) // RM29.00 (Sabah & Sarawak) DAPATKAN SEGERA DI WEBSITE http://karyaseni.my/ http://p2u.my...