" ABANGGGGG JANGAN LAH ! "
" Eomma, tengok sini! Yunji gagal dalam Sains! "
" Abanggg~ "
Yunji mengejar langkah Wonwoo dan cuba mencapai Iphonenya dari tangan abangnya itu. Puan Song keluar dari dapur bersama senduk di tangannya. Beliau mendekati kedua-dua anaknya yang sedang bergaduh manja itu. Wonwoo segera menghampiri Puan Song lalu menunjuk telefon Yunji kepada wanita 45 tahun itu. Gadis 17 tahun itu menghentakkan kakinya lalu memukul bahu Wonwoo.
" Apa bising-bising ni, Wonwoo, Yunji, ha? " Puan Song melihat skrin telefon yang sedang dipegang oleh Wonwoo. Skrin yang memaparkan keputusan peperiksaan akhir tahun Yunji yang berada di Gred 11. " Matapelajaran lain okay, tapi kenapa Sains boleh gagal ni, Yunji? " Mulut Puan Song mula mengeluarkan 'peluru'nya. Yunji memejamkan mata sambil mengeluh panjang. Abangnya seronok melihat Yunji dibebel oleh eomma mereka itu.
" Itulah, eomma suruh belajar, taknak... tahu main telefon saja. Kelas tuisyen pun taknak pergi. Tak kasihan ke tengok appa kerja bertungkus - lumus, ha? " Wonwoo memberi telefon itu kepada pemiliknya semula. "Yunji, kamu dengar tak apa yang eomma kata tadi? " Yunji menjeling lalu memukul lengan Wonwoo dengan kuat. Lelaki itu rebah ke lantai dan tidak sedarkan dirinya. Terlepas senduk dari tangan wanita tua itu kerana terkejut lantas wanita itu meluru ke arah Wonwoo.
Pipi remaja lelaki itu ditepuk.
" Wonwoo... Wonwoo sayang. "
Yunji berubah gelisah. Tubir matanya panas dan berair. Apa aku dah buat ni...? Yunji bersimpuh di sisi abangnya itu lantas menggoncang lengan Wonwoo. " Abang... abang! " Apabila tidak mendapat sebarang reaksi sebagai balasan dari Wonwoo , Yunji mula menitiskan air mata ketakutan. " Abangg! Bangunlah, abang! Janganlah main-main... abang! Jangan tinggalkan adik! Abang! "
" Wonwoo... Jeon Wonwoo! Wonwoo, bangun, Wonwoo. "
" Chakkk! " Wonwoo mencelikkan mata dengan wajah yang riang. Dia memaut bahu Yunji lalu menarik gadis remaja itu ke dalam pelukannya. " Abang ni jahat tau! Adik takutlah, abangg! Jangan main macam tadilah, abang! " Wonwoo menepuk-nepuk belakang badan Yunji yang tersedu-sedan menangis. " Yelah, adik tu pun... pukul abang kuat sangat. Mianheiyo, okay? " Wonwoo menyeka air mata Yunji lantas bangkit ke posisi duduk.
Puan Song melihat dua beradik angkat yang sedang berpelukan dan saling memujuk itu. Walaupun senang melihat keakraban Yunji dan Wonwoo, rasa risau tetap ada. Mereka bukan adik-beradik kandung... bimbang perkara yang tidak diingini terjadi.
" Dah, abang, adik... pergi naik dan mandi. Lepas itu, turun semula dan makan, faham? Wonwoo, jangan buat perangai budak-budak kamu macam tadi tu. " Wonwoo mengangkat tabik sambil membalas, " ai ai, captain! " Wonwoo mencuit bahu Yunji. Gadis itu menepis tangan Wonwoo dan berpura-pura merajuk. " Ala, adik ni... merajuk pula dah! "
" Abang jahat! "
Yunji berlari naik tangga menuju ke biliknya. " Waaaa! " Wonwoo mengejar adiknya dari belakang. Yunji meluru masuk ke biliknya dan mengunci pintu dengan segera. Dia melekapkan telinganya di pintu. " Adik... " Yunji mengetap bibir dan sengaja tidak menjawab panggilan Wonwoo. Bibir nipis gadis itu mengukir senyuman gembira. Tiba-tiba, muncul sekeping kertas dari celah bawah pintu bilik. Yunji mencangkung dan mengambil kertas itu.
{ Abang Wonwoo loves Adik Yunji }
Yunji menahan ketawanya.
" Mandilah, Si Wonwoo Hapak! "
" Yalah, Si Yunji Gendut! "
Yunji menggulingkan biji matanya ke atas seraya mencapai tualanya di kerusi meja belajarnya. Kertas yang diberi Wonwoo tadi dipandang dan dia tersenyum lebar. Dia tahu... kasih sayang abangnya itu sekadar abang dan adik.
Wonwoo menyandarkan kepalanya di pintu bilik Yunji sambil terkebil-kebil. "Adik... abang betul-betul maksudkan apa yang abang tulis tu... " Wonwoo tersenyum senget. Dia tahu Yunji tak dengar apa yang dia baru saja katakan tadi kerana di pendengarannya, jelas bunyi pancuran air.
" Wonwoo, Yunji! Cepat turun! " Puan Song menjerit nama anak-anaknya dari dapur. Wonwoo kelam kabut masuk ke dalam bilik untuk membersihkan dirinya.
YOU ARE READING
Oppa • Wonwoo ✔️
Fanfiction" kalau boleh bercinta dengan orang yang dekat , kenapa nak bercinta dengan orang yang jauh?! " Inspirasi drama melayu wkwkwk status ; (✔️)completed ( )on-going ( )on-hold ( )coming soon