Wonwoo melihat tasik buatan yang berada di hadapannya itu. Untuk seketika, dia terbuai dengan alunan air tasik itu. Perlahan-lahan, dia mengalihkan pandangan ke wajah Kath di sebelahnya.
" Aku perlu tamatkan segalanya hari ini. "
Kath menunggu bicara Wonwoo yang seterusnya.
" Kau tahu kan yang aku tak akan pernah suka atau cintakan perempuan lain selain Yunji? " Kath mengangguk dengan senyuman pasrahnya. " Ya. Kath tahu sangat. "
" Jadi... mari tamatkan semuanya sekarang. Kau tak payah susah-susah berlakon jadi kekasih aku sebab aku dah tak perlukan sekarang. Bagitahu Mingyu... yang dia dah menang. "
" Wonwoo... Kath tak pernah terima bayaran dari Mingyu. Ya, memang mula-mula Mingyu bayar Kath. Tapi... sejak Wonwoo layan Kath dengan sangat baik dan lembut, Kath mula suka dan sayang Wonwoo. "
" Tapi aku- "
" Ya, ya... Kath tahu perasaan Wonwoo terhadap Yunji tak akan pernah sekalipun berubah. Jadi, Kath datang sini pun sebab nak cakap terima kasih sebab sudi sayangkan Kath walaupun sekejap. dan. walaupun palsu. "
Melihat mata Kath yang berkaca-kaca, hati Wonwoo sedikit tercuit dengan rasa simpati.
"Maafkan aku, Kath sebab tak dapat cintakan kau. Tapi, kita masih berkawan. "
" Ya, kawan... Kath tak kisah. " Jari jemari Wonwoo menyeka air mata Kath.
-
" Kenapa Yunji diam saja sejak tadi? Tak suka ke Mingyu bawa Yunji jalan-jalan? "
" Bukan tak suka... Sejak abang keluar dari rumah tu, hidup rasa sunyi. Rumah tu pun dah kosong... "
Mingyu memeluk bahu Yunji. " Lepas kita dah kahwin dan tinggal bersama, rumah tu akan kembali riuh. Janganlah Yunji sedih lagi. Kan Wonwoo hyung janji nak balik sekali-sekala. "
" Memanglah awak ada dekat rumah tu nanti... tapi, awak dan abang tak akan sama. "
Mingyu melepaskan bahu Yunji.
Hari perkahwinan mereka tak lama lagi... tapi, perubahan Yunji itu sungguh ketara. Mengikut hipotesis Mingyu, gadis itu sangat mencintai Wonwoo... tapi Yunji masih tak sedar akan perasaan itu. Dan kesimpulan yang Mingyu tahu adalah... Mingyulah orang yang perlu sedarkan gadis itu tentang perasaan yang masih tersembunyi di dalam hatinya itu {ok ayat belit pffuu}.
Tangan Yunji digenggam dan gadis itu segera dibawa ke suatu tempat.
" Mingyu, kita nak ke mana? "
" Saya nak pulangkan awak kepada orang yang sepatutnya. "
-
" Jadi, apa yang Wonwoo nak buat lepas Yunji dan Mingyu kahwin nanti? "
" Mungkin... sambung belajar di England. "
" Rumah nenek Kath dekat situ. Bolehlah kita ke sana sekali. "
" Ohh! Ya? Boleh juga... " Wonwoo tersenyum lebar. Mukanya begitu teruja. Kath benar-benar cemburu dengan Yunji kerana mampu memiliki lelaki yang sempurna di matanya itu. Yunji bertuah kerana dicintai oleh lelaki ini...
" Jeon Wonwoo. "
Wonwoo dan Kath sama-sama memusingkan kepala. Melihat Mingyu dan Yunji berada di belakang mereka, Kath segera mengambil beg tangannya lalu menghulur tangan kepada Wonwoo. " Selamat tinggal, Wonwoo. Jangan lupa sms Kath bila bercadang nak ke England atau Amerika. Kath janji akan jadi pemandu pelancong yang terbaik di sana. " Wonwoo tersenyum hangat lalu menyambut salam gadis itu.
" Terima kasih, Kath. " Gadis itu mengangguk lantas berjalan pergi.
" Aku nak pulangkan semula Yunji. Yunji bukan aku punya. Dia, kau yang punya. Aku tak mampu cintakan dia macam yang kau buat. " Mingyu mengambil tangan Wonwoo dan Yunji seraya diletakkan bersama. Tanpa membazir masa, lelaki itu mengejar langkah Kath yang semakin jauh. Di bangku batu itu, hanya ada Wonwoo dan Yunji berdua. Tangan mereka masih bercantum bersama.
" Abang minta maaf sebab tinggalkan adik haritu. "
" Maafkan adik juga sebab tak pernah sedar perasaan abang dekat adik. "
" Abang rasa adik dah tahu apa yang abang nak cakap ni tapi, abang tetap akan cakap abang sayang dan cintakan adik. Harini , esok , lusa dan sampai bila-bila. "
" Harini, esok, lusa dan sampai bila-bila, adik cintakan abang. "
Wonwoo mencapai pipi Yunji lalu ditarik sehingga bibirnya bertemu dahi gadis itu.
YOU ARE READING
Oppa • Wonwoo ✔️
Fanfiction" kalau boleh bercinta dengan orang yang dekat , kenapa nak bercinta dengan orang yang jauh?! " Inspirasi drama melayu wkwkwk status ; (✔️)completed ( )on-going ( )on-hold ( )coming soon