f i v e

2.2K 194 21
                                    

Beg kerja Wonwoo terjatuh dari tangan apabila melihat satu figura manusia yang sangat, sangat, sangat dibenci olehnya sedang duduk bersama keluarganya di meja makan untuk bersarapan. Wonwoo lihat pula Yunji sedang menanggalkan apron dari badannya. "Amboi... dah macam layan suami dia pula dah.... " Wonwoo mengambil semula beg kerjanya lalu mendekati meja makan. Matanya tidak berkelip memandang Mingyu yang turut memandangnya. Pandangan mereka bertembung dan muncullah kilat di antara pandangan mereka itu. ok tipu je.


" Ada orang tu... dah kena pecat dari jadi driver Yunji. " Yunji memandang sinis ke arah Wonwoo yang sedang menuang teh ke cawannya. "Ish, kau ni kan. "

" Dah, abang, adik, jangan gaduh. Malu sikit dengan Mingyu tu, kan dia tetamu kita. Mingyu, ahjumma harap awak tak kisah dengan perangai kebudak-budakan si Yunji ni. " Mingyu melemparkan senyuman manis buat Puan Song. Yunji ketawa kecil. Wonwoo membuat muka meluat. Geram punya pasal sebab makan semeja dengan musuh ketat, tahu-tahu saja, dah tiga pinggan nasi goreng dia habiskan. 

" Abang lapar sangat ke? Jangan makan banyak sangat, nanti sakit perut kang! " Puan Song menegur anak terunanya yang tak henti-henti menyuap nasi ke dalam mulutnya. Mingyu, Yunji dan Encik Song juga terkejut melihat Wonwoo yang berselera besar ketika itu. Yunji menyiku lengan Mingyu. Mereka bertukar pandangan sebelum Mingyu bersuara lembut, " Ahjumma, ahjussi... saya dan Yunji minta diri dulu, ya? Kami kena masuk awal pagi ni sebab ada mesyuarat. "


" Ha? Oh, yalah. Terima kasih, ya, Mingyu, sebab sudi sarapan dengan kami sekeluarga. Lain kali, ajaklah keluarga Mingyu datang sini. "


Wonwoo tersedak. Tersembur-sembur nasi goreng dari mulutnya. Encik Song menghulur segelas jus oren kepada anaknya itu. Suasana berubah sepi apabila Wonwoo begitu. Wonwoo mengurut tekaknya yang perit dan pedih. Terkejut benar dia dengan kata-kata Puan Song tadi... 'Baru sekali eomma jumpa dia, eomma dah suka dia? ' Wonwoo berdiri dan menolak kerusi dengan kasar. Dia terus melangkah pergi.


" Kenapa dengan abang tu...? " Encik Song menyoal hairan. Tak ada ribut , tiba-tiba saja anak lelaki tunggalnya itu berubah angin. Tiba-tiba kedengaran bunyi enjin kereta dihidupkan. Yunji mengeluh panjang. Yunji mengucup kedua-dua pipi Encik dan Puan Song lalu menarik tangan Mingyu. "Yunji pergi dulu, eomma, appa. "

" Kerja baik-baik. "


-


" Abang awak tu menakutkanlah. Dia macam tak suka saya saja. "


" Dia sebenarnya baik tapi sejak dua menjak ni, tiba-tiba dia cepat naik angin. Saya pun tak tahu kenapa. Tapi, awak jangan ambil hati, tau? "


" Yalah... Lagipun, saya tak kisah sebab dia kan bakal abang ipar saya. "


Yunji ketawa lantas mengangguk perlahan.


-


Wonwoo menggenggam buku limanya. Sakit hati betul! " Ishh! " Fail dicapai lalu dicampak ke pintu pejabatnya semasa pintu itu dibuka oleh seseorang dari luar. " Woi, Jeon Wonwoo! " Fail biru yang dibaling oleh Wonwoo diambil lalu diletakkan di atas meja semula. Mata Wonwoo membulat kerana tak menyangka kehadiran bosnya di situ. " Kalau kau marah dekat aku sekalipun, janganlah lempar fail yang ada benda penting macam ni. " Encik Choi Seungcheol berkata.

Oppa • Wonwoo ✔️Where stories live. Discover now