t h r e e

2.6K 228 20
                                    

" Abang nak tahu tak... Mingyu tu, baik sangat... dia belanja adik makan tengah hari tadi. Pandai betul dia cari restoran. Lepas ni, adik tahulah nak makan dekat tempat mana yang murah dan sedap! "

" Mingyu tadi asyik tolong adik buat kerja. Yalah, adik kan tak biasa dengan tempat kerja baru. Dia banyak bantu adik... "

" Pandaikan Mingyu pilih bunga untuk adik. Dahlah bunga kegemaran adik... wangi pula tu! Ayy, sukalah macam ni. "


Wonwoo mengorek telinganya yang terasa bernanah mendengar puji-pujian melambung oleh Yunji terhadap si mamat poyo, Mingyu, tu!  Dia menjeling Yunji yang tersenyum suka sambil membelek bunga pemberian Mingyu. Kemudian, matanya melihat pula tiga kuntum bunga ros yang berada di atas dashboard kereta. Bila dah ada bunga dari Mingyu, bunga dari abang dia ni dia lupakan!


" Abang... adik rasakan. Adik dah sukalah dekat Mingyu. Abang rasa mac-- "


Wonwoo tak boleh tahan.

" Kau ni kan, dik! Mingyu yang kau baru jumpa tak sampai sehari tu, kau dah boleh kata kau suka dia, dah boleh puji dia melambung-lambung sampai ke bulan... abang ni, yang tolong kau... yang sayangkan kau sejak badan kau macam papan sampai sekarang dah besar panjang jadi lawa cun-melecun, tak ada pula kau puji aku macam si Mingyu tu. Eyy, tak fahamlah aku! "


" Apa abang ni! Eee, meroyan eh? "


" Ha'ah! Memang aku meroyan! Sebab kaulah! "


" Sebab adik, pasal apa pula?! "


" Diamlah kau! "


" Abang! Terpercik air liur, eey apalah abang! "


Wonwoo menekan brek secara mengejut.


Zzzrrttt booom!


" A- abang! Abang dah langgar orang! " Kata Yunji dengan cemas apabila ada seorang penunggang skuter sedang terduduk lemah di bahu jalan setelah berlanggar dengan belakang kereta abangnya itu. Wonwoo menghentak stereng kereta lalu keluar dari kereta dengan kasar. Yunji mengikut abangnya dengan perasaan risau. Mereka berdua mendekati seorang lelaki dalam usia 20-an mengaduh sakit.

" Woi, kau buta ke apa?! " Wonwoo terus menjerkah pemuda yang luka di telapak tangannya itu. Terkejut beruk lelaki itu. " Aku yang buta, kau tanya? Kalau aku buta, kau tu bodoh! Dah tahu skuter aku ni nak masuk kiri, yang kau belok kiri dan halang jalan aku, kenapa?! Habis rosak skuter bapa aku! Siapa nak ganti? Siapa nak jawab kalau bapa aku tanya nanti? " Balas lelaki itu semula dengan beraninya. Wonwoo menahan marah dengan hidungnya yang kembang kempis. Ddanya naik turun dengan pantas.


Yunji memegang tangan Wonwoo. " Dah, abang. Kita yang salah. Biar adik bayar ganti rugi. Nah, encik... ada sikit saja ni. Harap dapatlah bayar ganti rugi untuk kerosakan skuter encik ni dan rawat luka encik tu... " Beberapa helai not berwarna biru kehijauan dihulur kepada lelaki yang masih terduduk di tepi jalan raya itu. Lelaki itu tersenyum kecil kepada Yunji dan tiba di wajah Wonwoo, jelingan maut diberikan. Tiba-tiba dia terpandang bunga ros yang dibeli buat kekasihnya berada di bawah tempat skuternya.


" WAHHH! Bunga ros aku dah rosakkkk! Apa aku nak kata dekat kekasih aku, woi! Tengoklah apa kau dah buat! " Hampir menangis lelaki itu sambil menarik rosnya yang sudah penyek dihempap skuter. Wonwoo mendengus kasar lantas berjalan ke kereta dan mengambil sesuatu. Dia kembali bersama bunga ros yang dia hadiahkan buat Yunji. " Nah! Aku ganti semula bunga ros kau tu. " 


" Abang! Tu adik punya, kan? "


" Heh. Kau bukan nak pun bunga aku ni! Kau kan lagi sayang bunga yang Mingyu bagi tu! " Wonwoo terus berlalu dan masuk ke dalam kereta. Yunji menghela nafas berat lantas meminta pamit kepada lelaki yang teruja mendapat bunga ros baru yang ternyata lebih berkilat dan wangi. Yunji duduk di sebelah Wonwoo lalu memakai tali pinggang keledar. " Abang ni datang bulan ke apa? Tiba-tiba nak marah adik kenapa? "


" Aku tak tahulah apa yang bagus sangat dengan budak si Mingyu tu.. sampai kau boleh tergila-gilakan dia. Kau tahu tak... bunga aku tu, lagi mahal dari bunga yang dia beli ni! Tapi... kau langsungggg tak hargai! "


" Dahlah! Malas adik nak gaduh. "


" Kau yang cari pasal dulu. "


Yunji memeluk tubuh. Dia tak mahu mengeruhkan lagi keadaan yang sudah sedia keruh macam air lumpuh tu.. lelaki di sebelahnya itu susah dipujuk kalau dah merajuk dan naik angin. Tak ada ribut , tak ada taufan , tiba-tiba saja nak marah orang tak tentu pasal...


-


Setibanya mereka di rumah, Wonwoo terus melangkah laju dan naik ke tingkat dua banglo itu. Encik dan Puan Song yang sedang minum teh di dapur berasa hairan melihat anak teruna mereka yang berwajah cemberut itu. Yunji masuk ke dalam rumah bersama beg-begnya dan tidak dilupakan, bunga pemberian Mingyu. Bunga itu diletakkan di atas meja. Pipi appa dan eommanya itu dikucup sebelum dia menjeling tangga yang dilalui oleh Wonwoo tadi.


{tangga : wonwoo yang buat 'taik' dengan kau, aku pula yang engkau jelingkan, yunji? -sekadar luahan tangga- }


" Macam mana dengan kerja hari ini? " Puan Song menyoal anak perempuannya itu. Yunji mendagu lalu mengangguk perlahan. Encik Song memandang tangga lalu wajah Yunji pula dipandang lelaki tua itu. " Abang kamu tu... kenapa? Muka macam tauhu masam. " Yunji sekadar mengangkat bahu. " Datang bulan, rasanya... dia langgar orang tadi. Dia yang salah, tak nak mengaku. Lepas itu, marah lagi orang yang jadi mangsa tu. Bukan nak bayar ganti rugi, maki orang tu adalah... minta maaf pun tak, tau. "


" Iya? Kamu berdua cedera, tak? " Yunji menggeleng. " Kita berdua okay. Orang yang kena langgar itu saja cedera ringan dekat tangan. " Puan Song mengangguk lega. " Hm. Ini... " Bunga yang diberikan oleh Mingyu dibelek oleh eomma. " Siapa bagi bunga ni? " Yunji tersenyum kecil sambil menjawab, " Mingyu... dia kawan Yunji dekat tempat kerja. " Kedua-dua orang tua itu mengangguk. Yunji mengendurkan semula senyumannya. " Tapi, abang tak suka dia. Adik puji dia sikit saja pun. Tiba-tiba saja abang nak marah adik. Tu, tengah merajuklah tu! " Kepala Puan Song tergeleng-geleng. Dia fahamlah kenapa anak lelakinya itu marah benar tadi...


" Dah... Yunji naik atas dan mandi. Nanti, ajak abang turun untuk makan malam sama-sama. "


" Taknaklah. Abang tu, kalau merajuk... susah sangat, sangat, sangat nak pujuk. "


" Belum cuba, belum tahu. "


" Belum cuba lagi... adik dah tahu reaksi dia. Tapi, yalah... adik kan adik yang baik jadi adik akan paksa abang makan malam. " Kepala Yunji diusap lembut. Yunji mengucap selamat tinggal lalu mengangkut barang-barangnya naik ke biliknya.

Oppa • Wonwoo ✔️Where stories live. Discover now